Puteri Gunung Ledang |
Pelakon2nye mmg ramai,, sbb 2 lar mahal citernye....hahahah...ok lar...tunggu punye tunggu....research kite pown nk bermule.... kite mulekn research kite dr skrang!
Kerajaan Melaka semakin meluas dengan empayarnya. Semasa Kesultanan Melaka, Sultan Mahmud datang ke Majapahit untuk mengeratkan silaturrahim antara kerajaannya, Hang Tuah, pengiring Kesultanan Melaka bertemu dengan Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah.
Gusti Putri adalah adik kepada Gusti Adipati Handaya Ningrat, raja Empayar Majapahit. Sejak Hang Tuah datang ke Majapahit, Hang Tuah bercinta dengan Gusti Putri. Cinta agung mereka tidak sesiapa yang tahu kecuali Dato' Bendehara dan Tun Mamat.
Ketika Hang Tuah dan pengiring Kesultanan Melaka hendak pulang ke Bumi Melaka, Gusti Putri sempat berjumpa dengan Hang Tuah secara rahsia. Gusti Putri berkata bahawa dia akan ke sana Melaka jika Hang Tuah tidak dapat menemuinya di sini, Majapahit. Sejak dari itu, Gusti Putri dan Hang Tuah tidak dapat bertemu lagi. Semasa Gusti Putri menanti kerinduan Hang Tuah, Kerajaan Demak telah mengugut Gusti Adipati supaya mengahwinkannya dengan Gusti Putri, jika tidak Pangeran Demak akan berperang dengan Empayar Majapahit. Kerana itu, Gusti Adipati menyuruh Gusti Putri untuk menerima lamaran tersebut.
Gunung Ledang |
Hang Tuah pergi berjumpa dengan Pangeran Demak untuk menyelesaikan permasalahan mereka. Pangeran Demak mengaku kalah selepas berperang dan tidak mengganggu Majapahit lagi. Sejurus selepas itu, Sultan Mahmud terus menyediakan hantaran buat si Puteri Gunung Ledang. Penghantar rombongan tersebut dianggotai oleh Hang Tuah yang menyukarelakan pergi walaupun hatinya berduka, Tun Mamat dan beberapa orang lagi. Dato' Bendehara tahu bahawa Hang Tuah tengah berdukacita akan rombongan itu dan terus tidak membenarkan Hang Tuah pergi. Tetapi, Hang Tuah berdegil dan terus menjalankan perjalanannya kerana hasratnya ingin berjumpa Gusti Putri.
Majapahit. |
Rombongan itu telah di ketahui oleh Gusti Putri. Gusti Putri bertapa di Gunung Ledang selama dia di sana. Disebabkan itu, Gusti Putri tahu akan kehadirannya. Gusti Putri telah menyamar menjadi nenek kebayan untuk mengetahui akan isi hati Hang Tuah yang sebenar-benarnya. Hati yang ingin Puteri Gunung Ledang itu ingin tahu iaitu benarkah Hang Tuah pergi hanya sekadar titah Sultan atau kerana cinta agungnya?
Setelah Hang Tuah sampai ke Gunung Ledang, Gusti Putri terus menyambut kedatangannya dengan penuh rasa cinta. Tetapi, setelah mereka memberitahu apa yang dihajatinya, Gusti Putri terus terpaku dan tersentuh. Dia barulah tahu bahawa Hang Tuah benar-benar patuh akan titah sultan dan sanggup menggadaikan cinta agungnya. Kerana kemurkaan Gusti Putri, dia memutuskan 7 syarat sebelum menerima lamaran tersebut. Hang Tuah memutuskan untuk tidak pulang ke istana kerana telah gagal menyempurnakan perintah Sultan Mahmud. Hang Tuah menetap di hutan belantara dan membenamkan keris Taming Sari di sungai. Syarat-syarat tersebut dinyatakan di dalam bahasa sanskrit jawa. ianya berbunyi begini.
"Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya,"
Jawapannya, Tujuh tempayan air mata dara sunti.
"Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya,"
Jawapannya, Tujuh tempayan air pinang muda.
"Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya,"
Jawapannya, Tujuh dulang hati hama.
"Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya,"
Jawapannya, Tujuh dulang hati nyamuk.
"Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning kuning raja dari tapak ke takhta,"
Jawapannya, Jambatan perak dari Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang.
"Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta,"
Jawapannya, Jambatan emas dari Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang.
Semasa ini, Sultan Mahmud telah mengerah rakyatnya dan berjaya melakukan kesemua syarat-syarat itu. Gusti Putri berasa amat gentar ketika itu. Dia merasakan bahawa Sultan Mahmud akan berjaya menyelesaikan kesemua syarat tersebut. Sehinggalah dia turun ke Melaka untuk ke istana Sultan Mahmud sebelum syarat ketujuh dilaksanakan.
"Ketujuh, darah seguntal tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil,"
Jawapannya, Semangkuk darah Putera Kecil Sultan Melaka.
Semasa Sultan Mahmud mendengar syarat ketujuh itu, dia bersetuju lalu dihentikan oleh Puteri Gunug Ledang. Gusti Putri menjelaskan kepada Sultan Mahmud bahawa kesemua syarat-syarat itu satu penolakan kerana setiap syarat itu ada perkataan darah. Apabila sultan mendengar sahaja, baginda begitu murka dan terus berkata "Bumi Melaka ini bumi berdaulat, sehiris luka yang beta terima, seMelaka sakitnya terasa!"
Gunung Ledang yang tidak pernah nampak puncaknya. |
jd..ape yg korang dpt dlm cerite nie????? hahahahah...itu korang fikirlah jawapannye ye....
sebenarnya mmg benar Puteri Gunung Ledang ini wujud dan sehingga kini ia masih lg hidup cume di alam laen iaitu alam bunian. Puteri Gunung Ledang ini duduk di puncak Gunung Ledang yg tiade sesiape yg tahu di mane puncaknye.... kalaw yg selalu kite pergi di sane adelah kaki gunung sahaje..di sane ade tujuh telaga yg selalu dijdkn tempat mandi puteri tersebut. Hmmmm...korang rasekn,, Hang Tuah pule hidup lg ke x????
ini ade sedikit lagu tema Filem Puteri Gunung Ledang lakonan Tiara Jacquelina dan M. Nasir. semoge berjumpe lagi..bubye....
No comments:
Post a Comment