Assalamualaikum......wawawah...dh lame x update blog..hahahha..mestilar...ngah perikse....lgpown ade demam sikit...ok x per lar......hari nie ak nk citerkn psl satu kisah yg mungkin misteri bg korang semue....ok ok ok.....tajoknyer
Anak Mati Beragan ....... kite mulekn research kite dr skrang!!!!!
|
Gigi Gajah Mati Beragan |
Anak Mati Beragan fasal 1 mengenai manusia yang di sumpah. Fasal 2, seperti binatang kongkang yang mati beragan
di pokok. Fasal 3 iaitu seorang kanak-kanak. Cerita ini lebih diketengahkan melalui fasal 3 iaitu kanak-kanak kerana kisah ini lebih difahami melalui fasal 3. Kisahnya bermula seorang gadis kecil bernama Comel.
Dia hidup bersama keluarga tercintanya. Ibubapanya sangat menyayanginya. Abangnya, Kamal sering membawanya bersiar-siar di taman. Comel juga dimanjai oleh kakaknya sendiri. Kehidupannya mula gembirasejak dia dilahirkan ke dunia.
|
Kulit Tenggiling Mati Beragan |
Pada suatu hari, ibubapanya serta abang dan kakaknya pergi keluar membeli belah. Comel enggan untuk ikut bersama kerana dia leka bermain dengan anak patungnya. Sejurus selepas itu, Comel mendapat berita khabar yang kurang dipercayai olehnya. Keluarganya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di situ juga. Comel mula menangis tanpa henti. Bermulalah kisah ngeri dalam hidup Comel.
|
Misai Harimau Mati Beragan |
Comel tidak makan dan minum. Ketua Kampung banyak bersedekah pada Comel. Namun, akibat Comel tidak bergaul dengan orang ramai, Comel menyepi diri. Comel terseksa kerana orang ramai membaling batu kepadanya terutama kanak-kanak kerana rambutnya yang kusut-masai, bajunya yang compang-camping dan baunya yang busuk. Comel tiap kali menangis bersendirian di rumah. Sehinggalah suatu hari, Comel ditemui mati kebuluran di dalam rumah. Comel mati kerana kerinduannya terhadap ibubapanya dan juga kakak abangnya yang sudah meninggal dunia. Comel juga mati dalam keadaan yang terseksa akibat dipulau orang kampung.
|
Anak Mati Beragan |
Matinya secara beragan, hidupnya mati tak segan. Roh Comel berkeliaran mencari teman. Akibat jasadnya tidak dikapan, Comel dalam rupa yang ngeri mencari-cari seorang kawan yang boleh menemani hidupnya yang sepi.
macamtulah citernye
Anak Mati Beragan nie.....korunk rase...camaner???? korang rase,,, Comel 2 berkeliaran lg tak????? mesti lar....mesti ade...cume....kite,, kite jer yg belum menemui sempadan makhluk yg tercipte dr angin, api dan air.....sempadan dunia mmg wujud...percayelah....inilah yg kite alami selama ini.....ok lar....berakhir sudah citer
Anak Mati Beragan nie...jd fikir2knlah yer...bubye... :)
No comments:
Post a Comment