Blogger Widgets

Greeting!

Saturday, July 28, 2012

Musika: Wujud Ku Di Sini KeranaNya

"Kau terasing...di jiwaku bermimpi...setiap nadiku... kau wujud selalu.."

Assalamualaikum....wah, dpt jugak berhubung dalam bulan Ramadan ni, ok..hari ni sye akan menceritakan lagu terbaru sempena bulan puasa ni. Lagu apa ya? Erm... ok jom kita lihat.

Pernah dengar lagu tema drama 7 Ramadan? Ya, lagu temanya dinyanyikan oleh Roman menampilkan Mira (Tilu) dan Amylea berjudul Wujud. Apa yang menarik dengan lagu ni. Jom kita baca isi kandungan lagu ni.

Tuesday, July 10, 2012

Ramadan Semakin Hampir...!

Assalamualaikum semua.... hahahah dah lame tak update status.... ok ..skrang nk masuk bulan puase... mesti yoosshhh punye...

Okay, sebut psl puasa atau Ramadan, sye akan bertugas sebagai admin di produsi kami iaitu Loading Pictures Production [http://www.facebook.com/pages/Loading-Pictures-Production/221251094560644]
dalam Page Laman Sosial kami. sangat seronok bile dpt kongsikan sedikit sebanyak tazkirah bulan Ramadan. Dan, sudi-sudi lah melawat ke Blog Rasmi Loading Pictures Production [http://loadingpicturesproduction.blogspot.com/]  sbb sye dah berpindah... hah berpindah? Jgnlah terkejut. Blog LPP dulu menumpang maklumata dalam blog Hazrul Imagination ni, tp skrang tak lagi. Sebab atas persetujuan semua admin, LPP berpindah ke Blog Rasminye terrsendiri. dan kami akan memberi maklumat dan pelbagai aneka slot dlm tu.



Tuesday, July 3, 2012

Kritika: Misteri Elfira (Episod 5)

"Sustera!!! Aku datang!" Jerit Elfira sambil berlari ke arah rumah susu bersama Farisya. Namun Farisya ketinggalan di belakang.
"Sustera!!"
"Elfira! Kau datang?" kata Sustera sambil terpinga-pinga.
Sustera, Maja dan Tihani datang ke arah Elfira. Keadaan sangat huru-hara ketika itu. Peperangan seakan-akan menggila di atas udara.
"Elfira, kau jang..."
"Sustera, aku terpaksa. Aku tak nak disebabkan aku, keadaan dunia ni huru-hara,"
"Tak apa Elfira, kami boleh selesaikan sendiri." kata Maja.
"Jangan, bagi aku pedang tu!" Elfira menangkap pedang dari Maja dan terus berlari ke arah penyerang. Dengan sekali hayunan, pedang itu bercahaya dan mengeluarkan satu pancaran laser yang membunuh semua orang yang menyerang. Suara mereka bertabur-tabur di kawasan itu.

Sustera, Maja dan Tihani terkejut melihat pedang itu bercahaya. Hanya orang yang tertentu boleh menghasilkan cahaya tersebut. Sejurus selepas itu, Penghulu keluar dengan lagak sombongnya. Dia memandang Elfira dengan mata yang tajam.

"Aku sudah kata, kau memang suka buat kacau segala urusan aku!" titah Penghulu itu.
"Kau jangan ingat, kau boleh ambil alih istana dan kawasan ni!" Elfira berkata dengan perlahan dalam nada yang marah.
"Oh, sungguh! Memang kau cari nahas buat penghabis nyawa kau ya." kata Penghulu sambil ketawa.
"Ehm, dan jangan kau ingat, kau boleh bunuh aku tapi aku tak boleh bunuh kau. Aku tahu semua kelemahan kau." kata Elfira sambil tersenyum sinis.
"Oh ya? Takkan tersampai niat kau!" Penghulu terus menerkam Elfira namun, Elfira mengelak. Pedang yang bercahaya itu tidak berkesan bila di hala ke araha Penghulu. Sedar tak sedar, Elfira tertangkap dari tangan Penghulu lalu mencengkiknya. Sustera, Maja dan Tihani cuba menghalang namun tak terdaya. Apabila masa semakin hampir, seseorang telah menolak Penghulu itu lalu ditikam dengan pisau. Elfira dilepaskan. Dalam mata yang kabur, Elfira memandang orang yang menolongnya. Mata yang hampir segar mula melihat Nazmi di situ.

Benar, Inilah realiti optikku.



Hammy Hamster !