Blogger Widgets

Greeting!

Tuesday, July 3, 2012

Kritika: Misteri Elfira (Episod 5)

"Sustera!!! Aku datang!" Jerit Elfira sambil berlari ke arah rumah susu bersama Farisya. Namun Farisya ketinggalan di belakang.
"Sustera!!"
"Elfira! Kau datang?" kata Sustera sambil terpinga-pinga.
Sustera, Maja dan Tihani datang ke arah Elfira. Keadaan sangat huru-hara ketika itu. Peperangan seakan-akan menggila di atas udara.
"Elfira, kau jang..."
"Sustera, aku terpaksa. Aku tak nak disebabkan aku, keadaan dunia ni huru-hara,"
"Tak apa Elfira, kami boleh selesaikan sendiri." kata Maja.
"Jangan, bagi aku pedang tu!" Elfira menangkap pedang dari Maja dan terus berlari ke arah penyerang. Dengan sekali hayunan, pedang itu bercahaya dan mengeluarkan satu pancaran laser yang membunuh semua orang yang menyerang. Suara mereka bertabur-tabur di kawasan itu.

Sustera, Maja dan Tihani terkejut melihat pedang itu bercahaya. Hanya orang yang tertentu boleh menghasilkan cahaya tersebut. Sejurus selepas itu, Penghulu keluar dengan lagak sombongnya. Dia memandang Elfira dengan mata yang tajam.

"Aku sudah kata, kau memang suka buat kacau segala urusan aku!" titah Penghulu itu.
"Kau jangan ingat, kau boleh ambil alih istana dan kawasan ni!" Elfira berkata dengan perlahan dalam nada yang marah.
"Oh, sungguh! Memang kau cari nahas buat penghabis nyawa kau ya." kata Penghulu sambil ketawa.
"Ehm, dan jangan kau ingat, kau boleh bunuh aku tapi aku tak boleh bunuh kau. Aku tahu semua kelemahan kau." kata Elfira sambil tersenyum sinis.
"Oh ya? Takkan tersampai niat kau!" Penghulu terus menerkam Elfira namun, Elfira mengelak. Pedang yang bercahaya itu tidak berkesan bila di hala ke araha Penghulu. Sedar tak sedar, Elfira tertangkap dari tangan Penghulu lalu mencengkiknya. Sustera, Maja dan Tihani cuba menghalang namun tak terdaya. Apabila masa semakin hampir, seseorang telah menolak Penghulu itu lalu ditikam dengan pisau. Elfira dilepaskan. Dalam mata yang kabur, Elfira memandang orang yang menolongnya. Mata yang hampir segar mula melihat Nazmi di situ.

Benar, Inilah realiti optikku.



Nazmi? Aku tak percayalah. Tapi, badan aku terkaku. Tak boleh bergerak langsung. Mulut aku tak boleh nak bercakap. Aku terus dibawa ke rumah susu. Pandangan aku masih tak bergerak dari memandang Nazmi. Tapi, setiap kali aku tertenung matanya, aku terlihat Jef. Perasaan aku susah nak dijawab. Kalaulah Jef ada kat sini, aku mungkin takkan berkata-kata dan terus membeku. Farisya pula sampai di rumah susu bersama Shahfiq. Mereka kelihatan intim bersama. Aku harap, kekal macam tu lah. Susah nak dibayangkan bila Farisya ikut sama. Tapi dia taklah terkejut macam aku mula-mula datang sini.


Nasib baik aku kat dunia bunian ni, kalau aku kat dunia realiti, mesti si Nazmi ni dukung aku. Isshh, mahu merah padam muka aku ni nanti. Haiii, untunglah Sustera terbangkan aku sampai ke katil rumah susu ni.


Tapi, keadaan betul-betul sunyi. Aku tahulah peperangan dah berakhir, Tapi, takkanlah sampai sunyi sekali. Eh, kejap. Aku rasa aku sorang je kat dalam bilik ni, siapa punya tangan yang dekat pintu tu? Hish, mengendap rupanya. Siap kau!

Elfira menarik tangan tu lalu mengepitnya dengan pintu. Terdengar suara lelaki menjerit sekuat hati menyebabkan burung Cenderawasih dana Mayang Berjurai terbang berkeliaran. Sustera, Maja dan Tihani datang ke bilik Elfira. Mereka bertiga terkejut kerana melihat Putera Bunian Jafri di hadapan pintu Elfira.

"Tuanku?" Sustera bertanya lalu mereka bertiga menghadap putera.
"Sekejap, Jef?" soal Elfira sambil mulutnya mencebik kemarahan. Elfira terus tumbuk ke arah Jef namun Jef mengelak.
"Apa semua ni? Pakai baju putih seragam bagai." soal Elfira sekali lagi.
"Sabar, sabar.." kata Jef.
"Tuanku? Apa semua ni?" kata Tihani.
"Ya, ya, ya. Tenang. biar beta jelaskan."
"Beta? What..." Elfira bersuara.
"Begini, begini. Beta...sa-saya sebenarnya Elfira, saya ni Putera Bunian. Nama saya Jafrizal Halwazni. Saya turun ke dunia sebab nak mencari awak." jelas Jef.
"Tuanku, kenapa tuanku mahu mencari Elfira?" kata Maja.
"Itulah, saya memohon maaf kepada kamu bertiga sebab tak percaya yang Elfira boleh selamatkan dunia kita. Saya ingat dengan kuasa yang saya ada, saya boleh atasi dengan seorang diri. Tapi, hampir seluruh kuasa saya ditarik oleh Penghulu. Jadi, dengan kuasa yang ada sedikit, saya pun carilah dia. Saya nak tahu apa yang sebenarnya ada pada dia. Saya tengok biasa je."
"Apa maksud kau biasa hah" Elfira memukul Jef dengan sekuat hati.
"Aik, sakitlah. Nantilah dulu saya habiskan cerita. Ehem ehem. Okay, selepas beberapa bulan saya tinggalkan dunia bunian dan hidup bersama Elfira." Elfira menjeling ke arah Jef.
"Maksud saya, hidup berkawan bersama El-fi-ra... Saya tahu, dia ada sebuah kuasa di dalam hati yang mampu meluluhkan semua penyerang hati dan pengganas jiwa. Dengan hati itulah, dia hidup sehingga kini. Walaupun saya tahu, dia... cintakan... orang lain." Jef mula memandang ke bawah. Elfira mula terdiam.
"Dengan adanya saya di sini, saya harap.... Elfira.... dapat terima saya.... sebagai penyeri sudut hati saya." sehabis sahaja Jef berkata, Shahfiq yang mengendap bersama Farisya dan Nazmi mula menyampuk.

"Wow, ending yang menarik!" kata Shahfiq.
"Shahfiq?" kata Elfira lalu dia menolak Jef keluar dari biliknya dan terus tutup pintu. Nazmi yang berada di situ terus pergi dari kawasan tersebut. Farisya pula memukul Shahfiq kerana dia bersuara.

Jef mula bingung. Dia keliru, dan dia tidak tahu untuk buat apa-apa.
"Tuanku, tuanku biasa-biasa sahaja?" kata Tihani.
"Okay, saya okay."Jef terus berjalan perlahan-lahan dan terus pergi.
"Pelik, bahasa apa yang tuanku gunakan? Moden sungguh!" kata Maja.
"Hissh.. bahasa moden lah!" balas Sustera.

Elfira yang berada didalam bilik mula mengeluarkan airmatanya. Dia tidak mahu hatinya disakiti oleh kedua-dua lelaki. Perasaannya seperti ingin membunuh diri tetapi apakan daya. Hari berganti hari mereka masih berada di dunia bunian. Elfira masih berada di dalam bilik. Nazmi juga hanya terkurung di dalam bilik dan termenung. Shahfiq dan Farisya pergi bersiar-siar ke Pokok Cenuai. Jef pula hanya terduduk di sofa empuk.

Sustera, Maja dan Tihani masih bingung dan tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka bertiga puas memujuk Elfira keluar dari biliknya namun tidak berhasil.

Pada suatu pagi, Elfira keluar senyap-senyap dari rumah susu untuk melihat Pokok Cenuai saksi cintanya dengan Nazmi. Elfira menangis di hadapan pokok itu. Tanpa disedari, Nazmi datang hampir di sebelahnya.

"Lepaskanlah aku." kata Nazmi dengan perlahan. Elfira memandang wajah Nazmi.
"Lepaskanlah aku, kalau kau telah menyayangi Jef."
"Aku...aku.." kata Elfira sambil teresak-esak.
"Aku tak kisah, Elfira. Aku tahu, cinta kita tak boleh tandingi takdir. Walaupun kita telah mengikat sumpah setia. Aku akan ingat peritiwa tu sampai bila-bila."
"Aku sayangkan kau. Aku tak nak kita terputus dari perhubungan. Aku nak macam dulu-dulu. Belajar sama-sama, makan sama-sama. Aku tak nak semua tu hilang." kata Elfira.
"Tapi, kita tak boleh bersama. Aku janji, kita akan seperti dulu. Aku boleh nampak kau dan Jef. Kau berdua lebih mesra. Aku tak sanggup nak lukakan hati kau. Ya, mungkin aku terluka tapi sekurang-kurangnya aku dapat jaga kau,... bila kita berkawan. Kau akurlah pada takdir. Tariklah kata-kata sayang kau terhadap aku, maka aku tariklah juga kata-kata sayang aku terhadap kau. Kita mulakan hidup yang baru." Nazmi menarik tangan Elfira dan menggenggamnya dengan erat.

"Kau, aku, Nazmi dan Elfira. Takkan terpisah buat selamanya. Dan selamanya juga, takkan terpisah" kata Nazmi. Elfira terus memeluk Nazmi di situ. Suasana itu terus menjadi nostalgik apabila dikenang zaman mereka bersama-sama di Pokok Cenuai suatu ketika dahulu.

Sementara di rumah susu.

"Farisya, saya sayang awak sampai bila-bila" kata Shahfiq.
"Jijik betulllah kau ni Shahfiq, romantik-romantik bagai. Geli lah. Standard cukuplah." balas Farisya sambil ketawa.
"Ya lah, kata nak romantik tadi."
"Tahu, tapi janganlah romantik sampai macam tu," kata Farisya.
"Habis nak macam mana?" soal Shahfiq.
"Carilah sendiri macam mana."

Elfira masuk ke rumah susu dengan senang hati bersama Nazmi.
"Hai, Elfira dah balik ni!!!" Elfira menyapa dengan hati yang gembira.
"Elfira?" "Elfira?" Elfira?" El-fi--ra?" jawab mereka dalam keadaan yang pelik.
"Apasal! Salah ke? Saya nak makan!" kata Elfira sambil berjalan ke arah dapur. Ketika melintasi sofa, dia melihat Jef yang sedang tidur. Elfira terus menghampiri Jef dan menarik tangan Jef dengan selamba.

"Cepat Jef, makan. Aku dah lapar." kata Elfira.
"Eh-eh eh, apa ni? Aduh," balas Jef.
"Cepat makan, lepas makan kita dah boleh balik. Kau nak ikut aku balik atau kau nak jadi Putera Raja kat sini. Cepat!" kata Elfira.
"Hah ha apa?"
"Aku kata, kau nak ikut aku balik ke atau kau nak jadi Putera Raja kat sini,"
"Ahmm..." Jef tergamam sambil menggaru kepala.
"It's okay, kau stay sini je. Aku tak kis...."
"Okay okay okay, aku ikut kau. Ke mana saje kau pergi." Jawab Jef sambil tersenyum lebar dan terangguk-angguk.
"Ha, bagus. Apa lagi, cepat makan! Aku dah lapar." Elfira memandang masing-masing yang sedang terpinga-pinga,
"Ha, korang, tak nak makan sekali ke? Ke korang nak aku suapkan." kata Elfira. Farisya, Shahfiq, Sustera, Maja dan Tihani berpusu-pusu pergi ke meja makan. Nazmi pula hanya tersenyum sambil tangannya menyelok poket berjalan ke arah meja makan.

Mereka mula menjalani kehidupan seperti biasa. Setelah masa terhenti lama di dunia, akhirnya bergerak semula setelah mereka keluar dari dunia bunian itu. Elfira, Nazmi, Farisya dan Shahfiq masing-masing berkawan rapat di kolej mahupun di luar kolej. Jef pula sibuk ulang-alik ke dunia bunian untuk menguruskan hal-hal penting. Tidak lupa juga, Nazmi dan Linda semakin akrab. Setelah lama menyepi, akhirnya Elfira melahirkan anak yang pertama bersama Jef. Hubungan mereka selama 15 tahun itu diakhiri oleh akad nikah. Shahfiq dan Farisya berjaya menghasilkan sebuah syarikat taraf gergasi di Malaysia namun, rezeki mendapat cahaya mata belum sampai lagi. Nazmi dan Linda pula sibuk menguruskan syarikat perabot mereka dalam keadaan Linda yang sedang mengandung.


Mereka hidup dengan gembira. Perhubungan mereka masih lagi kekal dari kini dan selamanya.

TAMAT

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !