Blogger Widgets

Greeting!

Saturday, June 23, 2012

Kritika: Misteri Elfira (Episod 4)

Seorang wanita berjalan ke arah kolej itu. Shahfiq yang sedang membelek-belek telefon bimbitnya terdengar sapaan salam dari arah bawah tangga. Shahfiq membalas semula sapaan itu dan matanya bergerak perlahan-lahan memandang ke arah sapaan itu datang.
"Waalaikumsalam.. Farisya?"

Inilah realiti optikku...

 Jef, Elfira, Nazmi dan Linda berjalan bersama-sama di kaki padang. Kiosk yang berdekatan itu menarik perhatian mereka. Jef menawarkan dirinya untuk membeli air. Linda yang memandang ke arah masing-masing juga menawarkan diri sekali untuk membeli air. Duduklah Elfira dan Nazmi di bangku taman itu.

"Elfira, kau okay?" sapa Nazmi.
"Okay? Apa yang kau cakap ni?"
"Selama ni aku tinggalkan kau. Ya, mungkin aku buat silap dan tergesa-gesa tapi.."
"Ya, mungkin dah lama aku tinggalkan kau tapi bukan kau tinggalkan aku. Sejak kejadian dunia bunian tu berlaku, aku tak dapat nak keluar lagi. Dan kau memang patut bertemu dengan Linda sebab semua salah aku."
"Kejap kejap kejap, dunia bunian? Apa yang kau cakap ni? A-aku tak faham?"
"Owh, ahm... ya.. aku mungkin nervous sikit sebab dah lama tak jumpa kau. Hihihi," ketawa Elfira.
"Owh, hahaha. Well, kau tak apa ke aku dengan erm.. dia?"
"Hah? Of course lah tak. Kau kan kawan baik aku."

Sementara di dunia bunian.

"Tihani! Mana Sustera!?" kata Maja.
"Dia pergi menjengah Elfira. Katanya dia nak bawa balik Elfira ke sini." balas Tihani disebalik tembok itu. Mereka masih lagi berperang dalam keadaan huru-hara.

Di dunia pula, Shahfiq duduk di sebuah kerusi kafeteria. Dia memegang straw di gelasnya. Sambil memandang ke arah Farisya. Farisya adalah teman sekelas di dalam sekolahnya dahulu. Mereka tidak rapat semasa di bangku sekolah kerana Shahfiq lebih meluangkan masa bersama sahabat karibnya Nazmi dan yang lain.

Farisya dahulu pernah menyimpan hati dengan Shahfiq tetapi pada masa itu, Shahfiq lebih rapat dengan Syazrin. Peluang itu mungkin sia-sia sahaja lalu selepas tamat persekolahan, dia terus mengikut ibubapanya ke London dengan harapan dapat melupakan cintanya.

Farisya yang sedang menelefon ayahnya yang berbual rancak disitu. Shahfiq masih lagi termenung.

"Okay Daddy, nanti Isya call later. Kirim salam dengan Mommy kat sana ya. Bye." kata Farisya kepada ayahnya yang berada di London.
"Owh, well, kat mana kita tadi. Oh ya, Nazmi and the rest, where they are? Tak nampak pun sejak I balik Malaysia. Are they still waiting for the Universiti atau Kolej lain?" kata Farisya kepada Shahfiq.
"Ya-yea-yeah... hahaha. Nazmi kolej sini tapi dia tak datang. El-Elfira masih duduk rumah lagi. Dan.."
"Dan Syazrin? Where's she? I tak sabar nak jumpa dengan dia."
"Syazrin?"

Di rumah Nazmi. Nazmi mengambil segelas air di peti aisnya. Dia seakan-akan tidak tahu untuk berkata apa-apa. Sustera dari jauh memerhatikannya. Nazmi yang berjalan menuju ke sofa terhenti apabila dia terpijak sepucuk surat. Lalu dia membuka surat itu dan membacanya.

Hai Nazmi,


   Saya dah beli buku-buku yang awak nak tu. And I'd also bought the novel too. Saya beli dua. Harap kita dapat baca sama-sama bila ada masa lapang.


                                                                                                            XOXO Linda.


"Hehm, Linda..." Nazmi berhenti seketika.
"Tapi... Elfira? Aku masih cintakan dia lagi. Elfira, aku takkan lupa sumpah cinta kita di Pokok Cenuai tu. Aku tahu kau terperangkap dalam dunia bunian tu. Tapi kau masih nak berahsia dari aku."

Sustera yang memerhati dari jauh terkejut apabila kenangan silamnya masih tidak padam. Dia mula resah kalau-kalau dia masuk semula ke alam itu.
"Nazmi masih ingat lagi?" Sustera menarik nafas panjang.
"Betul kata ayah, cinta tak boleh dipadam begitu sahaja." Sustera terus pergi dari situ. Nazmi pula baring di atas sofa sambil termenung.

Hari demi hari semakin berlalu. Elfira dan Jef semakin rapat. Setelah perjumpaan Farisya dan Shahfiq, mereka melawat ke kubur Syazrin. Farisya hanya dapat bersedekahkan al-fatihah sahaja. Nazmi pula masih keliru dengan cintanya. Linda masih melayani Nazmi dengan sepenuh hati. Walaupun berminggu-minggu berlalu, peperangan di dunia bunian tidak lagi berhenti malah semakin sengit. Shahfiq yang kini memandang Farisya bukan lagi sekadar teman biasa, Farisya pula masih tidak sedar bahawa cinta zaman sekolahnya dahulu tumbuh kembali. Jef pula mula menyukai Elfira dalam diam. Dan dalam diam juga, isi hati Elfira sedikit demi sedikit diganti oleh Jef. Nazmi dan Linda pula semakin renggang apabila Nazmi tidak fokus lagi dengan perhubungan mereka. Hari-hari berikutnya, Shahfiq mengenalkan Farisya kepada Elfira. Dan mereka mula rapat. Hari demi hari jugalah, Farisya banyak meluangkan masa Elfira setelah Elfira mula belajar di kolej tersebut. Farisya banyak menggantikan tempat Syazrin. Dalam persahabatan itu, Nazmi jarang berjumpa dengan Shahfiq kerana khuatir fikirannya terganggu akibat Elfira yang sering bersama Farisya dan Shahfiq. Lebih-lebih lagi Elfira berada di kolej yang sama. 
Seronoknya lah bila aku dah masuk kolej. Study kena study juga. Tapi, Jef, hahaha. Tak sangka dia tu lawak. Nampaknya Jef dah pandai nak pujuk aku. Hahaha, 

Okay, dah lama aku tak jumpa Sustera. Agak-agak, macam mana dia sekarang ya? Tengah baring atas katil ni, baik aku panggil dia. Tapi macam mana ya? Erm, arggh, panggil je la dia. 
Ehem, ehem... SUSTERA! Datang LAH! 


Di dalam bilik Elfira. Selepas Elfira menyeru nama, satu angin kecil dengan kerlipan cahaya memenuhi ruangan di situ. Sustera muncul dalam keadaan terdengus-dengus dengan bajunya yang kekotoran.

"Sustera? Kenapa dengan kau? Kenapa semua ni?" soal Elfira.
"Elfira, kami...sedang... berperang.. "
"Apa? Tapi... ahm.. okay. Aku perlu ke sana."
"Tapi Elfira, kami takkan menyusahkan kau. Aku tahu bahawa kau sudah ketahui di mana mereka sangat takutkan manusia seperti kau. Tapi... aku takut penghulu akan apa-apakan kau."
"Kejap, mereka? Oh ya, penghulu. Kalau 'mereka' takutkan aku, penghulu tu juga mesti takutkan aku, aku kene pergi ke tempat bunian segera,"
Sedang Elfira berkata-kata, Sustera sudah menghilangkan diri. Elfira yang terpinga-pinga terfikir satu jalan untuk ke sana. Jalan itu adalah, terowong lubang di rumah Nazmi.

Malam yang sunyi itu, Elfira beranikan diri keluar ke rumah Nazmi berseorangan. Dengan topi di kepala, beg sandang, baju kemja T yang dikenakan dengan kemeja butang lengan panjang dan seluar jeans, Elfira berlari seperti dikejar harimau bintang lajunya. Akibat kelajuan pelarian dia itu, dia bertembung dengan Farisya yang sedang berjalan kaki dari kedai komputer. Mereka berdua tersungkur ke tanah.

"Aduh,, Elfira, kenapa ni? Sakit tau" kata Farisya.
"Isya, aku ada hal penting ni, nanti-nanti aku ceritakan kau," Elfira terus bangun dan berlari semula. Farisya yang tidak sedap hati itu, terus mengikuti Elfira sambil berlari menjerit-jerit nama Elfira.

Setibanya mereka berdua di rumah Nazmi, Elfira mula memanjat pagar.
"Okay Elfira, kau dah lama tak buat perkara ni. Ingat asal-usul kau. Lasak dan Bergaya" kata Elfira pada dirinya.
"Wow Elfira, you know what, dah setahun aku tak buat aktiviti lasak ni. Great!" kata Farisya sambil memanjat laju di atas pagar dan turun dengan selamat. Elfira tergamam dan terpaku seketika apabila melihat Farisya yang dahulunya di kelas sekolah dahulu pendiam, berubah menjadi wanita serba boleh.

"Dekat sini, ramai bodyguard, so kita kena pantas dan berhati-ha~~~~ Farisya? Mana kau?"
"Aku dah dekat terowong lubang ni," Farisya bersuara.
"Pantas betul si Farisya ni, hmm.. tak sia-sia aku bawa dia sekali" Elfira yang berjalan perlahan-lahan, akhirnya terus terjun ke lubang itu. Semasa Elfira terjun, Elfira menarik sekali tangan Farisya menyebabkan jam tangannya tercicir dan juga topi Elfira terjatuh ke tepi lubang itu.

Walaupun mereka berjaya sampai ke lubang itu, tanpa disedari, Shahfiq mengekori mereka. Shahfiq yang ternampak Elfira dan Farisya berlari bersama di tepi rumah Nzmi menyebabkan dia ingin untuk mengekori mereka. Perasaan Shahfiq yang suka ingin tahu bertambah apabila Elfira menceritakan terowong lubang di sebelah rumah Nazmi yang boleh membawa ke dunia bunian.

Setibanya Shahfiq di situ, bunyi cengkerik malam sangat bising menyebabkan Shahfiq hilang tumpuan dari tertangkap pengawal rumah Nazmi. Bunyi rumput di kaki Shahfiq berjalan itu menyebabkan pengawal itu tersedar akan kehadiran Shahfiq. Shahfiq yang akhirnya mengalah terus di bawa berjumpa dengan Nazmi. Nazmi yang sedang menonton televisyen terkejut apabila pengawal rumahnya menangkap sahabatnya sendiri iaitu Shahfiq.

"Shahfiq! APa kau buat dekat rumah aku ni? Asal kau masuk senyap-senyap?" kata Nazmi.
"Naz-Nazmi...Elfira, dengan Farisya...... pergi dekat belakang rumah kau, pergi dekat terowong lubang tu" kata Shahfiq sambil termengah-mengah kerana berlari tadi.

Nazmi tanpa berlengah lagi terus membawa Shahfiq ke terowong lubang belakang rumah dia. Fikiran dia bercelaru, ingatannya kepada dunia bunian itu semakin pulih. Apabila tersedar, dia terkejut, disinilah pintu masuknya. Pintu masuk yang boleh menghentikan masa dunia. Shahfiq yang kelihatan takut terus terduduk.

"Nazmi, takkan kita kena terjun dalam lubang ni?" kata Shahfiq.
"Kita mesti terjun! Aku tak kira, melibatkan nyawa atau tak, kita kena ikut Elfira dengan Farisya."
"Weh Nazmi, kau dah gila ke ha? Entah-entah, dia tak masuk dalam lubang ni ke."
"Mustahil! Aku tahu diorang masuk dalam lubang ni. Kau tak ingat ke Shahfiq, kita sama-sama pernah masuk dalam dunia bunian? Melalui lubang ni?"
"Apa kau merepek ni Nazmi?" Shahfiq yang keliru terus termenung setelah Nazmi menerangkan semula peristiwa dahulu.
"Kau tak ingat ke, aku, kau, Elfira dan Syazrin pernah masuk ke dalam dunia bunian tu? Tolong lah Shahfiq, percaya kat aku, kita kena selamatkan diorang dari naga tu!" terang Nazmi dengan penuh emosi.
Shahfiq terdiam memikirkan bahayanya di sana.

"Bro, ak-aku.. tak boleh bro. Aku tak nak pergi lagi bro,"
Nazmi yang hampir berputus asa terus terduduk di atas rumput. Malam semakin dihiasi bintang dan terang bulan. Mata Nazmi secara tiba-tiba terlihat jam tangan dan topi di tepi semak lubang itu. Nazmi terus mencapainya.
"Ini jam tangan...." Nazmi berkata.
"Farisya! Jam tangan Farisya!" Shahfiq terus merampas jam tangan itu dari tangan Nazmi.Nazmi mencapai topi Elfira dan termenung. Mulutnya mulaberkata dengan nada yang tenang dan perlahan.

"Shahfiq, aku tahu kau tak akan pergi ke tempat tu lagi. Tapi kau kena fikir. Orang yang kau sayang mungkin ada dalam lubang ni. Aku tak kisah kalau kita mati sekalipun, demi menyelamatkan orang yang kita sayang. Aku tak nak kau, murung lepas kematian arwah Syazrin macam hari tu. Kau ingat masa kita pergi memancing kat tasik hari tu? Masa Syazrin terjatuh dalam tasik, kita berdua langsung tak perasan. Kita dah tak ada peluang nak selamatkan dia masa tu sebab dia dah lemas. Nasib baik kita dapat tarik dia ke tebing tasik. Kalau tak, sampai sekarang kita tak dapat mayat dia. Shahfiq, aku tak nak kau menyesal macam hari tu. Sekarang kita dah ada peluang untuk cari mereka. Mungkin siapa tahu, dengan cara kita terjunkan diri kita ke dalam lubang ni, kita dapat tahu di mana mereka sekarang"

Shahfiq yang hanya terdiam mendengar kata-kata dari Nazmi itu terus bangun. Dia memandang ke arah jam tangan Farisya. Dengan semangatnya, dia menarik tangan Nazmi dan terus terjun ke dalam lubang. Perkara itu menyebabkan gelang Nazmi dan jam tangan Shahfiq serta Farisya tercicir sekali lagi di tepi lubang itu.

"Farisya, aku takkan biarkan diri kau senasib dengan yang terdahulu!"

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !