Blogger Widgets

Greeting!

Thursday, May 31, 2012

Kritika: Misteri Elfira (Episod 3)

"What? Kita dekat Kuala Lumpur lah! Apa jenis soalan kau ni," kata Jef.
"Kuala Lumpur? Oh ya, yeah, woah-ho!" teriak Elfira tanpa memikirkan rasa malu. Orang sekeliling turut memerhatikan Elfira terkinja-kinja di situ. Jef mula rasa malu. Dengan bahunya yang menggalas beg laptop terus pergi dari situ dengan reaksi muka yang ngeri.
"Jef? Hei Jef! Tunggu aku! Kau kena tolong aku!" jerit Elfira yang berlari ke arah Jef.

Inilah realiti optikku.


Kelihatan Nazmi dan Linda berjalan bersama-sama menuju ke kafeteria. Pasangan yang bahagia ini sudah menjadi buah mulut kolej tersebut. Shahfiq pula semakin dipinggirkan di kolej, namun ketika belajar di kampus,  hubungan Nazmi dan Shahfiq tidaklah terputus.

Shahfiq yang berjalan keseorangan di situ terlihat di tepi seberang jalan. Wajah yang pernah dia lihat dahulu seakan-akan pulih seperti sedia kala. Ingatannya pulih dan terlintas di mindanya nama Elfira. Ingatannya itu juga telah mengimbau kenangan dia bersama-sama sewaktu di bangku sekolah. Shahfiq terus berlari dan menjerit nama Elfira.

"El-El-Elfira!!" teriak Shahfiq. Elfira yang sedang berjalan dengan Jef berhenti dan memandang ke arah teriakan itu. Elfira memerhati lelaki yang memanggilnya itu. Jelas kelihatan di matanya itulah Shahfiq. Jef sibuk menceritakan tentang kisahnya. Tengah Jef bercakap, dia ditinggalkan oleh Elfira yang sedang berlari ke seberang. Jef terpinga dan terus mengikut Elfira.

"Shahfiq! Shahfiq!" Elfira menghampiri Shahfiq.
"Elfira!" Kau dari mana!?" kata Shahfiq.
"Aku dari mana? Ahm..."
"Elfira, ke mana kau menghilang? Ke...mana... kau,... menghilang? Kenapa aku tanya soalan macam ni? Kau hilang kah? Ahm... lupakanlah. Jom, pergi lunch, kita boleh sembang panjang!" kata Shahfiq sambil kebingungan.
"BAGUS! Aku suka kau belanja!" balas Elfira.
"Ahm, saya?" Jef mencelah.
"Oh! Shahfiq, ini Jef. Kenal-kenallah," kata Elfira dengan senyuman.
"Oh, hai Jef. Jom sekali lunch." ajak Shahfiq.
"Ok juga." balas Jef.
"Ok JOM MAKAN!" kata Elfira dengan gembira.
"NANTI!"jerit Shahfiq sambil terfikir tentang Nazmi dan Linda. Shahfiq cuba mencari helah supaya Nazmi dan Linda tidak berjumpa dengan Elfira.
"Kenapa Shahfiq! Kau buat terkejut aku lah!" ujar Elfira.
"Aku rasa, kita makan fast food je lah. Stall dengan kafeteria kat situ dah penuh. Tak selesa kalau nak berborak nanti." balas Shahfiq.
"Sudah-sudahlah. Aku dah lapar dah ni." Elfira menyahut. Mereka terus bergerak dari situ.

Malam itu, Elfira pulang ke rumah. Ibunya dan ayahnya seperti biasa melayan dia, seolah-olah mereka tidak pernah kehilangan Elfira. Ini membuatkan Elfira berasa amat berterima kasih kepada Sustera kerana telah menjadikan situasi ini kembali normal.

Kegembiraan Elfira tidak terhingga sehingga dia melompat-lompat di atas katilnya dan mencium patung kesayangannya.

Sudah sudah sudah Elfira. Kau ni memang gila-gila betul. Hahaha, aku rasa hari ni memang best sebab dapat jumpa Shahfiq sampai dia sanggup ponteng kuliah dia. Tapi, aku tak nampak langsung Nazmi. Manalah dia ya? Jef, Jef, Jef. Asal dengan mamat tu hah? Minta nombor telefon aku bagai. Nak ngurat aku lah tu. Telefon? Handphone? Mana handphone aku! Mesti kat dalam laci. Hah! Jumpa pun, rindu kau handphone. Hebat juga aku ni, dah lama aku tinggalkan dunia ni, masih ingat nombor telefon aku sendiri. Hahaha. Mak dengan Ayah layan aku macam biasa je, thanks Sustera sebab jadi normal balik. 


Ok, apa aku nak buat dulu. Oh My Lappy! Check facebook lah! Erm, akaun aku hidup lagi ke tak. Wah! Friends!

Sementara di dunia bunian.

  Sustera sibuk bersiap sedia untuk berperang. Maja dan Tihani pula menyiapkan perisai dan pedang untuk berlawan. Penghulu Bunian tidak berbuat apa-apa tindakan pun. Dunia itu menjadi kacau-bilau akibat Elfira kembali ke dunia nyata. Musuh-musuh mereka amat takut pada manusia kerana mereka tidak sehebat manusia yang tercipta sempurna fizikal dan mental. Musuh mereka juga ingin merampas kota bunian itu kerana hasil tanih mereka. Penghulu Bunian pula seratus peratus menyerahkan peperangan ini kepada Sustera, Maja dan Tihani kerana Penghulu Bunian itu tidak kisah jika kota mereka dirampas kerana Penghulu itu terdiri daripada kaum kerabat musuh tersebut. Cuma Penghulu itu tidak boleh terus merampas kota itu tanpa peperangan kerana itulah undang-undangnya. Jikalau dia berbuat demikian, Pengulu itu sendiri seakan-akan memakan sumpah dari penghulu-penghulu yang terdahulu.

  Sustera pula ingin mempertahankan kota itu kerana itulah warisan nenek moyang ayahanda dan bondanya. Sebelum ayahandanya menghembuskan nafas terakhir, ayahandanya pernah berkata bahawa kota ini akan lengkap jika ada seorang manusia yang memimpinnya. Usaha Sustera itu telah berjalan sejak dahulu lagi, namun, ramai manusia yang ingin mementingkan diri sendiri dan cuba memorakperandakan dunia bunian.

Keesokkan harinya di Bumi.

  Elfira mula mengambil udara segar dengan berjoging. Dia tahu, mulai hari itu, dia akan keseorangan kerana teman karibnya, Syazrin sudah pergi kepada Yang Esa.

  Sedang dia berjoging, kelihatan Jef sedang bersenam di bangku tepi. Dia cuba mendekati Jef. Jef yang sedang menekan tubi sambil mulutnya mengira terkejut kerana Elfira menghampirinya. Dengan mukanya merah tersipu-sipu terus berdiri dan mengosok-gosok tangannya tanda malu.

"Bersenam abang handsome..." sapa Elfira.
"Tak adalah, kira rumput pagi-pagi ni," balas Jef sambil tergelak kecil.
"Ceh, gurau-gurau dengan aku lak. Nih, asal tak tepon or sms aku semalam? Minta nombor aku, mesej tak nak," kata Elfira.
"Uh-uh-ah--ha..mesej-aku..tak biasa--"
"Tak biasa? ko ni duduk zaman apa? Hahaha" gelak Elfira.
"Tak-ta-ta-tak--aku-nak-simpan dalam-phone"
"Kau kenapa? Gagap-gagap pagi-pagi ni. Simpan dalam hp buat apa?" Elfira berkata,
"Tak-ada...alahhh....."
"Ohhh... kau nak ngurat aku ya..." Elfira mula tersenyum. Muka Jef mula memerah.
"Aku tahulah aku cantik, kan kan kan kan" Elfira melangkah ke depan selangkah demi selangkah. Jef pula mundur selangkah demi selangkah.
"Ha, kau me-me-memang can-canti. Sebab tu aku suka KAU," gagap Jef terus hilang apabila berkata sedemikian.
"Apa? Hahaha... kau tergoda lah ni. Hahahah. Dah jom lah teman aku jogging,"
"O--o-ok ok ok," Jef dengan mukanya merah padam terus mengikut Elfira dengan malu-malu.

  Sedang Elfira dan Jef berjogging, Elfira ternampak Nazmi dan Linda duduk di meja taman. Elfira cuba mendekati mereka dalam rasa gembira namun, apabila Nazmi memegang tangan Linda, Elfira berhenti lalu tergamam.

  Nazmi pula terlihat Elfira yang berdiri tegak di hadapannya. Nazmi mula bangun dan senyum. Perlahan-lahan Nazmi mendekati Elfira.

"Elfira? Kau ...kau," kata Nazmi.
"Ya, Nazmi. Aku Elfira." balas Elfira.
"Kau, kau sihat,"
"Aku, hehehe, aku ....aku macam biasa," balas Nazmi.
"Kau.."
"Elfira?! Wah, ke mana kau menghilang? Ke--mana--kau--menghilang? Kenapa aku tanya macam ni? Eh, lupakanlah. Lama tak jumpa kau," kata Linda.
"Hai Linda," Elfira bersalaman dengan Linda. Nazmi mula terdiam.
"Kau, marah, kat, aku...lagi? Aku nak minta maaf, sebab dulu aku suka merendah-rendahkan kau." kata Linda kepada Elfira.
"Tak apalah, aku tak ambil hati pun,"
"Hahaha, seronok jumpa dengan kau. Nanti boleh kita lepak sama-sama. So, kau dengan siapa sekarang?" Linda berkata lagi.
"Aku...aku.."Elfira mula tergamam sekali lagi.
"Kami dah bercadang bersama lepas habis pengajian." Linda memegang tangan Nazmi dengan senyum memadang Elfira. Sementara itu, Jef yang dari tadi ditinggalkan Elfira terus menghampirinya.
"Wah, tah--niah..." Elfira mula suram.
"Aku harap kau gembira juga." kata Linda.
"Elfira, aku tak..." belum sempat Nazmi menghabiskan ayatnya. Jef pun datang.
"Elfira, ada apa-apa masalah ke?" celah Jef.
"Linda! Ni bf aku. Kami baru je kenal. harap dapat berkenalan." Elfira terus memegang lengan Jef. Jef terpinga lalu tersenyum.
"Ok Elfira, kau menang. Hahaha, bf kau lagi kacak tau. Hahaha," kata Linda sambil mencuit Nazmi yang terdiam dari tadi.
"Hai, nama saya Jef," Jef mula mengenalkan diri.

  Elfira memandang ke mata Nazmi. Nazmi pula memandang ke arah mata Elfira. Sustera dari jauh memerhatikan Elfira.

Sustera yang memaling mukanya itu terus berkata di dalam hati, "Maaf Elfira. Aku terpaksa menghapuskan cinta itu..."


No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !