Blogger Widgets

Greeting!

Tuesday, April 10, 2012

Kritika: Misteri Elfira (Episod 2)

  Realiti... realiti... Telingaku mendengar sesuatu yang aku tidak jangka. Terketar-ketar tanganku mengikut degupan jantungku yang tidak henti-henti. Tanganku ingin menolak pintu itu tetapi hatiku menahan. Perasaanku bercampur baur dengan keanehan tersebut. Semangatku tiba-tiba datang untuk melawan hatiku menahan aku menolak pintu itu. Apabila ku tolak, memang benar, Sustera lah di pandangan optikku. Dan itulah jugalah realiti optikku...

"Abang, kakak, keputusan apa yang perlu Sustera lakukan? Elfira amat bermakna di sini kerana dia, semua kawasan-kawasan kita penuh ceria. Tetapi penghulu tidak mengerti. Manusia seperti Elfira, ibarat binatang buas di dunia bunian ini," kata Sustera kepada Maja dan Tihani.
"Penghulu memang begitu, dia selalu menganggap, semua manusia penghancur dunia." kata Maja
"Aku tak boleh berkata apa-apa, tetapi, janji mesti ditepati. Kau telah mengikat janji dengan penghulu, di mana kau akan melepaskan Elfira ke dunia semula setelah 100 purnama" Tihani berkata.
"Saya tahu kak, tapi, saya mahu Elfira bersemadi di sini, kerana dialah pembawa rahmat dunia ini. Seakan-akan, dia anugerah daripada Tuhan," kata Sustera.

  Ya Allah? Betul ke apa yang aku dengar? Macam tak percaya Sustera sanggup penjarakan aku dalam dunia ni. Bermakna, aku dah boleh keluar lah ni? Dan jumpa....Nazmi? Wah sukanya.....

"Apa kau cakap ni Sustera? Kau tak boleh semadikan dia di sini? Kalau penghulu tahu bagaimana?" marah Tihani.
"Saya tak bermaksud begitu, saya hanya takut, dunia kita hancur dan pupus begitu sahaja." kata Sustera.
"Sudah! Kamu berdua adik perempuan abang, jangan memalukan abang dengan pergaduhan ini." jawab Maja.
"Maafkan saya abang. Tak mengapalah, saya akan tunaikan janji saya. Saya akan bawa Elfira keluar dari sini." balas Sustera yang mengalah.

 Sustera... nak bawa aku keluar? Sustera!!!! I love you lah kau!!!! Hehehe, tak sabar aku nak keluar dari sini.! Aku kena kemas-kemas barang aku kat dalam bilik dulu. Seronoknya.

Sementara pula di kantin kolej.

  Nazmi dan Shahfiq sibuk membaca kerja kursusnya di meja kantin. Tanpa disedari Linda muncul dari belakang. 
"Hai Shahfiq! Hai Nazmi. Sibuk ke? Boleh I duduk?" Linda terus duduk di sebelah Nazmi.
"Shahfiq, kau study macamana? Ok?" Linda sekali lagi bersuara.
"Ok. kau tanya laki kau tu, tak yah tanya aku leee" kata Shahfiq.
"Shahfiq, kau jangan macam-macam." Nazmi bersuara.
"Dah lah, aku chow dulu, gi lah dating berdua" Shahfiq meninggalkan Linda dan Nazmi berdua.
"Shahfiq, hadoi dia ni,"
"Nazmi, aku nak tanya kau sikit," Linda berkata dengan serius.
"Apa dia~~~," kata Nazmi sambil mengeluh.
"Kau sebenarnya, tak suka aku ya?" keadaan mula menjadi sunyi apabila Linda berkata begitu. Nazmi mula terhenti membaca kerja kursusnya. 
"Ke-kenapa kau cakap macam ni?" Nazmi berkata.
"Aku tahu, aku ni suka menggedik dengan kawan-kawan aku. Aku sebenarnya dah tahu dah, ramai tak sukakan aku sejak dari sekolah lagi. Ye lah, aku ni anak orang kaya, memang tak lekang kalau orang cakap aku berlagak." Linda bercerita.
"Kau ni, tiba-tiba meluahkan 'perasaan' kau ni kat aku apasal? Dah tak betul?"
"Nazmi, aku tahu aku ni bukannya baik, tapi susah kalau aku nak bercerita dengan orang baik macam kau. Aku rasa peluang aku duduk sebangku dengan kau ni sangat tak sangka. Selalunya, kau asyik dengan Shahfiq je. Tak berpeluang aku nak meluahkan hati aku ni dekat kau. Kat dalam kolej ni, tak ada langsung kawan aku yang baik walaupun satu kepala. Aku tahu, masing-masing nak kikis duit aku je,"
"Li-Linda? Kau serius ke ni? Kau demam ye? Hahaha" gelak Nazmi.
"Oklah Nazmi, terima kasih sebab sudi dengar cerita aku. Aku pergi dulu. Bye!" Linda bangun dari bangku dan terus pergi.
"Aik? Pergi macam tu je? Selalunya aku yang pergi dulu? Buang tabiat ke apa?" kata Nazmi seorang diri.

  Nazmi memandang Linda pergi begitu sahaja. Mungkin itu adalah salah satu 'trick' dia menganggu Nazmi. Nazmi semakin pelik. Namun, dia berasa tidak sedap hati. Nazmi cuba mengekori Linda. Telefon bimbit Linda berbunyi lalu Linda mengangkat. Secara langsung, Nazmi mendengar perbualan Linda di telefonnya. Alangkah terkejut Linda apabila dia diberitahu bahawa ibubapanya kemalangan di jalan raya. Nazmi mendengar dengan teliti. Airmata Linda mula mengalir. Terus Linda patah balik semula jalannya yang ingin ke kelas. Nazmi cuba bersembunyi namun, Linda yang berlari itu tersadung kakinya di lantai lalu terjatuh dan terlihat Nazmi. Nazmi cuba menolong Linda. Linda merayu kepada Nazmi supaya membawanya ke hospital dengan segera. Nazmi hanya akur sahaja.

  Setibanya di hospital, bapa Linda disahkan meninggal dunia tetapi ibunya masih tidak sedarkan diri. Linda tidak terkata apa-apa. Nazmi hanya berada di sisinya sahaja. Doktor memberitahu Linda bahawa ibunya berada di dalam keadaan yang amat tipis.

  Beberapa jam kemudian, ibunya tersedar. Linda yang berada disisi ibunya memegang tangan ibunya sambil menangis. Nazmi hanya duduk jauh di kerusi dinding.

"Linda," 
"Ya mama, Mama jangan tinggalkan Linda."
"Siapa tu?" kata ibu Linda.
"Itu...itu Nazmi," balas Linda.
"Oh,, Nazmi yang Linda selalu ceritakan tu?" 
Nazmi terkejut apabila ibu Linda berkata begitu. Nazmi terus bangun dan bersalaman dengan ibu Linda.
"Makcik," tegur Nazmi.
"Nazmi, Linda selalu sebut nama Nazmi. Katanya, Nazmi ni baik." kata ibu Linda.
"Tak adalah makcik,: Nazmi tersipu-sipu. "Saya dengan Linda selalu....."
"Mama, Linda nak mama sembuh," celah Linda. Nazmi hanya memandang Linda ketika itu.
"Linda, mungkin sudah tiba waktunya mama pergi. Kau jagalah diri kau baik-baik. Jangan sesekali buat jahat ya. Ingat pesan mama," kata ibu Linda.
"Nazmi,"
"Ya makcik,"
"Makcik tahu kamu ni baik-baik orangnya. Makcik harap, sepeninggalan makcik, kau jagalah Linda elok-elok. Makcik tak nak dia kesunyian. Mungkin dah tiba makcik pergi meninggalkan Linda." 
Setelah Nazmi mendengar semua luahan isi hati ibu Linda, Linda mula menangis kembali. Beberapa detik setelah itu, ibu Linda menghembuskan nafas yang terakhir.

 "Aku tahu itu amanah terakhir makcik. Walaupun aku baru sahaja berjumpa dengan makcik, tapi, hati aku rasa lain bila dia cakap macam tu. Linda, ya, Linda mungkin dalam kesedihan yang teramat lepas ni. Aku mesti selalu dekat dengan dia," kata Nazmi di dalam hati.

  Sejak hari itu, Nazmi selalu melawat ke rumah Linda. Linda sering dalam keadaan kemuraman. Walaupun Nazmi datang untuk menjenguk, Linda hanya termenung sahaja. Walaupun Shahfiq sering berkata buruk pasal Linda pada Nazmi, Nazmi tetap tidak mendengar semua itu. Nazmi masih melawat Linda. Sehinggalah satu hari, Nazmi datang ke rumah Linda seperti biasa. Nazmi duduk di sofa. Orang gaji Linda iaitu Mak Lah yang sudah menganggap Linda sebagai anaknya, membawa Linda turun dari biliknya ke ruang tamu untuk berjumpa dengan Nazmi. 

 Linda hanya termenung sahaja. Air yang dibuat oleh Mak Lah itu Nazmi minum dengan perlahan-lahan. 

"Aku dah tak ada siapa-siapa lagi, Nazmi," kata Linda yang selama ini membisu.
"Apa kau cakap ni Linda, aku ada, selalu temankan kau,"
"Aku dah tak ada sesiapa lagi, Nazmi. Aku tak mampu nak hidup lagi. Biarlah aku mati je," kata Linda sambil teresak-esak.
"Linda, kau jangan cakap macam tu. Yang pergi tu kita lepaskanlah. Kita yang hidup mesti kena teruskan. Dah, dah dah, aku tak nak kau macam, apa-apa pun, aku nak kau sentiasa ok, dan lepas ni kita pergi kolej sama-sama. Ok," Nazmi sambil tersenyum ke arah Linda. Linda hanya merenung ke arah Nazmi.

Sebulan kemudian, Linda yang masih dalam keadaan trauma itu datang ke kolej bersama-sama Nazmi. Wajah Linda tidak seperti dahulu. Mukanya lebih kepada muram dan tidak bermaya. Ketika Linda berjalan dengan Nazmi, mereka terlihat kawan-kawan Linda yang bersuka-ria di kantin.

"Kau tengoklah Nazmi, diorang langsung tak melawat aku, kenduri aku pun, aku tak nampak langsung batang hidung diorang,"
"Sudahlah Linda, kawan memang macam tu. Dah, jom pergi kelas," jawab Nazmi dengan ceria.

Semakin hari semakin mereka rapat. Hubungan mereka semakin mesra. Nazmi seolah-olah melayan Linda sebagai adiknya sendiri. Sehinggalah mereka merasai sesuatu perasaan yang aneh timbul di hati masing-masing tanpa mereka sedar.

Dunia Elfira pula, sedang bersiap-siap untuk keluar dari dunia pelik itu. Elfira memandang Pokok Cenuai yang pernah menjadi saksi cinta dia dengan Nazmi. Setelah lama menunggu untuk pintu keluar siap, akhirnya, tiba untuk Elfira keluar. Sustera kelihatan sedih namun hatinya dipujuk oleh Elfira di mana Elfira akan sentiasa melawat ke dunia ini jika adanya pintu masuk dan keluar. 

"Sustera, terima kasih sebab jaga aku sebaik mungkin," kata Elfira.
"Elfira, kau tak marah dekat aku walaupun aku mengurung kau selama ini?" jawab Sustera.
"Tidak, mungkin, ini aku anggap sebagai hukuman aku membawa kawan-kawan aku masuk ke dunia ini. Sustera, doakan aku berjaya diluar sana ya." 
"Baiklah, Elfira."
Elfira keluar dari dari biliknya dan terus menuju ke pintu keluar dunia itu. Keadaan ketika itu amat bising kerana pintu keluar itu dibuka.
"Elfira!! Setelah kau keluar, semua akan menjadi sediakala! Kau adalah seorang manusia biasa dan seorang wanita yang berumur 18 tahun!" jerit Sustera.

  Elfira keluar dari situ. Dia seakan-akan terapung-apung lalu terjatuh di sebuah tanah yang berumput lalu berlanggar dengan seorang lelaki.

"Issh, mana kau datang! Adui," kata lelaki itu yang mengeluh akibat terjatuh.
"Sorry sorry sorry bro, aku tak sengaja!" kata Elfira.
"Uissh, cun pulak kau ni. Nasib baik cun, tak jadi aku nak marah," 
"Aku cun? Kau buta ke?" jawab Elfira.
"Buta tak buta, aku ni waras lagi taw"
"Ok, kalau waras, boleh ke tepi, aku nak jalan."
"Wo-woa--woah-woah, nanti dulu. Lepas kau jatuhkan aku, kau nak blah macam tu je. Nama-nama-nama-nama... nama kau ape? Ade no. phone tak? Aku nak tackle kau ni,"
"EEiisshh,, lelaki perasan. Aku Elfira,"
"Aku, Jef. Muhammad Jefri Anuar Bin Sulaiman. Sedap tak sedap tak sedap tak nama aku?" kata Jef sambil ketawa.
"Ok, Jef... sekarang aku kat mana ni?!" kata Elfira.



No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !