Blogger Widgets

Greeting!

Thursday, April 5, 2012

Kritika: Misteri Elfira (Episod 1)

  Realiti...realiti... Mataku masih tidak lelap walaupun hampir menjelang subuh. Realiti yang aku lihat masih terbenam di dalam optikku. Aku masih baring di atas katil baldu putih. Aku memandang ke arah tingkap. Ya..., memang aku lihat, fajar menjelang berwarna jingga. Inilah realiti optikku...




  Namaku Nurul Elfira Nazrina Hishamudani. Aku tinggal di sebuah rumah susu di dalam dunia khayalan. Fantasi... menjadi sebati dalam hidupku. Sesiapa yang mendengar kisah hidupku, pasti akan menolak kepercayaan mereka lalu menuduh aku sebagai pereka kisah fantasi. Tetapi, inilah yang aku lalui setelah satu tragedi yang masih segar di ingatanku. 


  Kisah cintaku adalah penyebab semuanya. Namun, aku sesekali tidak menyesal bercinta. Cintaku masih terpendam dan membisu. Itulah sahabatku, Megat Shamsul Nazmi Megat Iskandar Rahman. Apalah khabarnya di dunia nyata. Kisah ku ini akan disambungkan semula untuk mereka-mereka yang tahu penyudahnya. Bermulalah kisah ini yang sedang berdepan dengan realiti. 


  Realiti yang aku hadapi setelah sahabat karibku, Syahirah Syazrin Abdul Putra Mustaqim, telah pun kembali ke asalnya.

Kisah bermula pada waktu malam semalam. Elfira diizinkan Sustera untuk menjenguk sahabat-sahabatnya dan juga kekasih rahsianya di dunia nyata. Elfira menjenguk di rumah Nazmi, namun rumahnya seperti tiada batang hidung Nazmi kelihatan. Angin yang meniup di telapak kaki Elfira terus membawanya terbang terapung ke rumah Shahfiq, Megat Shahfiq Ideris Megat Firlan Salleh. Harapan bertemu Shahfiq juga tidak kesampaian. Elfira terus terbang menuju rumah Syazrin. Aneh sekali apabila mata Elfira melihat ramai orang berbaju Melayu dan bertudung sopan di halaman rumah Syazrin. Melihat keanehan itu, Elfira meluncur terus ke pintu hadapan dan memasuki ruang tamu.

Terkejut Elfira melihat Syazrin yang dalam keadaan terkaku. Bibir Syazrin lebam kebiru-biruan. Elfira mendekati Syazrin yang terbaring diselimuti kain batik dan dikelilingi orang ramai. Dalam keadaan berhalimunan, Elfira mula menangis dan cuba membisik ke arah Syazrin. Mulutnya menyebut ""Syazrin, bangunlah," berkali-kali. Elfira cuba memegang tangan Syazrin namun tidak dapat sesekali untuk disentuh.

"Syazrin, bangunlah," kata Elfira. Sustera tiba-tiba muncul di sebelah Elfira lalu memegang bahu kirinya.
"Elfira, sahabat kau, Syazrin sudah meninggalkan dunia ini. Dia dijumpai mati lemas di sebuah tasik lama," kata Sustera.
"Tasik? Bagaimana boleh terjadi?" balas Elfira. Sustera hanya memalingkan muka dan mula berjauhan dari Elfira. Elfira mendekati Sustera dan mulutnya tidak terdaya untuk berkata-kata. Fikirannya mula bercampur-baur. Ketika Sustera berangkat pergi, terlintas di mata Elfira melihat dua orang sahabatnya memakai baju Melayu iaitu Nazmi dan Shahfiq. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Airmatanya hanya kekeringan di pipi. Dia mula beransur pergi.

  Oleh sebab kejadian tu, aku mula tidak selesa untuk tidur. Mataku berair seperti hujan gerimis yang tidak henti-henti. Sehinnga ke subuh. Aku hanya termenung di jendela. Melihat fajar menjelma dan terbaring di atas katil baldu putih. Tiba-tiba, aku terdengar namaku di panggil, "Elfira". Suara tu macam Sustera, Aku terus ambil selimut dari kaki dan berselebung.

Sustera masuk ke dalam bilik Elfira, dai melihat Elfira tidur tetapi pipinya seperti kesan airmata mengalir. Sustera hanya sedih melihat dan tidak berkata apa-apa.

Pagi itu, Nazmi bersiap untuk pergi ke kolejnya. Setelah tragedi itu berlalu selama setahun, fikirannya terhadap Elfira masih juga tidak luput. Shahfiq yang kini murung akibat pemergian Syazrin kelihatan lesu dan tidak bermaya untuk pergi ke kolej bersama Nazmi. Mereka meneruskan pengajian mereka sebagai ahli pengkaji hutan dan mendapat kolej yang sama. Persahabatan mereka masih tidak lekang walaupun pemergian Syazrin dan Elfira. Elfira, nama itu seperti tidak wujud di mata pandangan sesiapa kerana gadis bernama Elfira sudah di padamkan di dunia nyata oleh Sustera.

Pagi kolej yang indah, Nazmi dan Shahfiq terserempak dengan Linda, Nur Linda Fathani Ilham Jaafar.

"Hai Nazmi, wah handsome kau hari ni, jom pegi kelas sama-sama," kata Linda dengan lenggoknya.
"Eh, taknaklah, aku boleh pergi dengan Shahfiq," balas Nazmi.
"Alah, jom lah, Kau macam tak biasa dengan aku, kita kan The best couple of the year, hahaha"
"Gedik lah kau ni, aku tengah tak ada mood ni, sekali aku sepak laju-laju, baru kau tau," sergah Shahfiq.
Nazmi dan Shahfiq beredar dari situ. Linda mencebik mukanya sambil menghentak-hentak kakinya.

Linda sanggup membayar wang kemasukan kolej dengan harga yang tinggi semata-mata dapat belajar bersama-sama dengan Nazmi. Walaupun jurusan yang di ambil oleh Linda itu kurang diminatinya, namun asalkan dia sekelas dengan Nazmi pun tidak menjadi masalah.

Setelah Elfira tiada di dunia nyata, banyak perkara yang berubah. Dan semua itu berubah akibat Elfira bercinta dengan Nazmi secara senyap. Adakah Elfira patut meluahkan rasa cintanya? Tapi harus bagaimana dia mendedahkannya?

 Sementara di dunia Elfira...
"Sustera!" jerit Penghulu.
"Ya, penghulu..."
"Kau tahu, sudah tiba masanya untuk kau lepaskan Elfira. Sudah 100 purnama dia berada di sini. Kau lupakah janji-janji kau sewaktu kau ingin menumpangnya di dunia ini?" kata Penghulu dengan tegas.
"Saya tahu penghulu, tapi..."
"Tapi apa!"
"Berikan saya sedikit waktu untuk melepaskan dia,"
Sustera beredar di situ dan menuju ke bilik Maja, abang kepada Sustera. Kelihatan Tihani, kakak kepada Sustera juga berada di situ.

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !