Blogger Widgets

Greeting!

Saturday, March 31, 2012

Kritika: Sekecil Dosa (Episod 6)


"Ya Allah, jika kau memberi ku peluang untuk hidup suatu ketika dahulu, aku bersyukur ke hadrat illahi. Tetapi kini, kau tariklah nyawa ku supaya aku tidak memberi dosa kepada orang lain" Sejurus Syarif berkata, dia tersungkur berlumuran darah akibat dilanggar oleh kereta di tepi jalan.

Beberapa hari kemudian.

  Perjalanan Mak Miah yang ingin ke airport untuk menunaikan umrah terhalang akibat disekat oleh roadblock. Sejurus itu, pihak pengurusan Ibadah Mekah pula menelefon Arfan memberitahu bahawa nama Mak Miah tidak tersenarai

"Kenapa kau ni Afran! Kau nak buat hal lagi ke? Apa orang tu jawab?" kata Mak Miah. Afran membalas,
"Mak, pihak agensi pengurusan haji kata, nama mak, tak ada dalam senarai..."
"Hah?!" Mak Miah terus menggosok-gosok dadanya dan mula kelihatan semput.
"Mak? Mak! Abang, cepat pergi hospital! Abang!" jerit Jijah.



  Mak Miah terlantar di hospital. Doktor memberitahu kepada Afran dan Jijah bahawa ibu mereka menerima kejutan yang amat dasyat menyebabkan koma. Mereka terkejut. Hadi tiba di situ lalu termenung tidak dapat berkata apa-apa.  Mereka hanya berserah semuanya kepad Allah SWT.

  Sewaktu Mak Miah koma, Mak Miah melalui suatu visi yang aneh. Dia berjalan ke suatu tempat yang dia pernah lalui. Matanya memandang ke arah stesen bas. Alangkah terkejutnya dia melihat dirinya sendiri menunggu bas. Kelihatan seorang remaja lelaki menegurnya.


"Assalamualaikum makcik, saya tumpang duduk ya," dengan nada yang perlahan sambil senyuman yang lebar.
"Waalaikumsalam!" Mak Miah menjawab salam lalu sepi tanpa reaksi muka.

  Mak Miah mula berasa pelik apabila dia melihat dirinya menjawab salam dengan penuh ego. Kemudian dia dibawa angin muncul ke suatu tempat yang aneh sekali lagi. Rupa-rupanya apabila dia sedar dia berada sebuah bas. Sekali lagi dia melihat dirinya duduk di tepi penjuru dan di hadapannya seorang remaja lelaki yang dia kenali sewaktu menunggu bas di stesen. 

  Akibat seorang warga asing menolak remaja lelaki itu sewaktu dia ingin keluar, remaja lelaki itu hampir terjatuh dan plastik makanannya terkena sipi-sipi muka Mak Miah. Mak Miah menepis plastik tersebut lalu terjatuh. Sewaktu itu, remaja lelaki itu mula turun dari bas dan wajahnya mula berubah. 

  Mak Miah terkejut apabila dihayati wajah remaja itu seperti Syarif. Dia mula melihat dirinya berlaku kasar dengan Syarif sehingga Syarif berasa amat sedih. Sewaktu Syarif ingin menyembarang jalan raya, emosinya terganggu lalu tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Mak Miah cuba menghalang namun, Syarif kemalangan.

  Mak Miah menjerit dan tubuhnya sekali lagi dibawa angin pergi ke suatu tempat yang lain. Dia melihat dirinya sekali lagi bersama Jijah untuk membeli ikan. Melihat sekali lagi dirinya kasar terhadap Syarif menyebabkan hati Mak Miah tersebak. 

  Setelah dia meraung mengingati kejadian-kejadian yang pernah dia sakiti hati Syarif, akhirnya dia sedar. Niat ke tanah suci itu tertangguh akibat sikapnya itu. Mak Miah membuka mata perlahan-lahan. Dia melihat Syarif di tolak olehnya sekali lagi di tepi jalan. Situasi itu berlaku di hadapan Jijah dan Afran. 

  Mak Miah menangis sekali lagi lalu dia terduduk di situ. Setelah kereta itu pergi, dia melihat Syarif menangis. Syarif bangun perlahan-lahan lalu memandang ke arah jalan. Mak Miah yang menangis itu berdiri mendekatinya. Malangnya, belum sempat Mak Miah menegur Syarif, Syarif dilanggar oleh sebuah kereta di hadapan mata Mak Miah.

  Lantas, Mak Miah dihembus angin sekali lagi di bawa ke tempat yang yang serba gelap. Mata Mak Miah berpinar-pinar. Dia melihat Syarif yang sedang bersujud dan bangun untuk tahiyat akhir. Syarif yang memakai baju melayu putih dan berkain pelikat biru serta memakai kopiah memberi salam sebelah kanan. Mak Miah yang berada di sebelah kiri Syarif terkejut dan menjerit setelah melihat wajah Syarif yang berdarah sewaktu memberi salam sebelah kiri. Mak Miah cuba melarikan diri. Tiba-tiba di hadapannya terlihat Elina. Mak Miah terhenti.

"Kau bukan nenekku, nenekku tak sekejam itu!" kata Elina.
"Elina! Ni nenek! Nenek Elina!" kata Mak Miah sambil mendesak.
Mak Miah melihat pula dihadapannya Jijah sedang berdiri memegang perutnya. Perwatakan Jijah amat pelik. Jijah mula mengoyakkan perutnya sehingga anaknya keluar. Mak Miah tercengang lalu terkedu. Anak Jijah yang berlumuran darah berkata dengan kuat.

"Kau bukan nenekku. Neneku tak sekejam itu!" Mak Miah menjerit sekuat hati sambil mengeluarkan airmatanya.

  Tersentak Mak Miah di atas katil hospital. Matanya mula terbuka. Dia tersedar dari koma selama seminggu. Dia melihat Hadi, Afran, Elina dan Jijah di samping dia.

   Dua Bulan kemudian

  Mak Miah melawat kubur Syarif. Mak Miah mengetahuinya melalui lelaki yang menjual ikan bersama arwah Syarif itu. Suraya dan Mak Besah hanya membisu di belakang Mak Miah. Kesedaran Mak Miah kini jauh berbeza dengan sikapnya dahulu. Kamal berborak dengan Afran, Hadi dan Jijah di tempat letak kereta luar dari tanah perkuburan. 

"Hari ni hari jadinya yang ke 19 tahun. Arwah ibunya pernah menyimpan wasiat kepada si arwah. Tapi dia masih tak dapat membaca." kata Mak Besah kepada Suraya dan Mak Miah.
"Wasiat?" kata Mak Miah.
"Ya, wasiat itu mengatakan yang dia adalah anak yatim piatu yang diambil sebagai anak angkat oleh ibunya. Tapi, mungkin ada hikmah disebalik Tuhan menduganya sehingga begini." kata Suraya.
"Takdir, apapun yang terjadi, tak boleh nak dihalang. Kita, boleh melihat, tapi tak boleh juga nak mengata." balas Mak Besah.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”

Berakhir sudah kisah kehidupan manusia. Walaupun Sekecil Dosa yang kita tidak dapat melihat berlaku pada diri kita, namun balasannya amat besar jika tidak tahu di mana punca dan asalnya. 

  Mak Miah dapat menunaikan umrah bersama Mak Besah atas niatnya kerana bersyukur dia diberi peluang untuk membersihkan kehidupannya semula daripada dosa-dosa kecil yang telah dia lakukan. Kehidupan Jijah dan Afran bahagia bersama Elina dan anak baharu mereka. Hadi pula giat bekerja dan Suraya serta Kamal menjalani kehidupan mereka seperti biasa.


TAMAT









  











No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !