Blogger Widgets

Greeting!

Tuesday, January 31, 2012

Kritika: Sekecil Dosa (Episod 5)

 Mak Miah dan menantunya Jijah pergi ke gerai kecil di pinggir pantai itu. Sebaik sahaja Mak Miah keluar dan bertanyakan ikan merah, pertemuan Syarif dan Mak Miah sekali lagi diaturi oleh Allah S.W.T. Syarif yang kini menjual ikan di gerai itu bertanya kepada Mak Miah.


"Makcik, kenal saya tak?" soal Syarif.
"Mana aku kenal kau siapa?" balas Mak Miah,
"Makcik, sayalah yang masa dalam bas hari tu. Makcik, saya nak minta maaf sebab bekas makanan saya terkena dekat muka makcik. Makcik jangan tersinggung. Saya betul-betul minta maaf." jelas Syarif sambil tersenyum lebar semasa berjumpa dengan Mak Miah.


Mak Miah merenung ke arah Syarif lalu mula berkata.
"Oh, kau yang aku tepis bekas makanan hari tu. Kau ingat aku tak kenal, heyh." Mak Miah menjawab
dengan penuh ego. Tangannya masih membelek-belek ikan terus matanya tidak langsung memandang Syarif.

"Makcik," kata Syarif.
"Nak apa lagi?" jawab Mak Miah tanpa matanya bergerak langsung dari mata pandangannya.
"Saya..." belum sempat Syarif menghabiskan ayatnya, Mak Miah bertanyakan harga kepada penjual itu.
"Berapa ni? Kau bagilah yang murah-murah sikit," sambil dahinya berkerut dan keningnya meninggi.
"Makcik," Syarif selagi lagi berkata.
"Heh, kau nak apa sebenarnya? Kau tak habis-habis panggil 'makcik, makcik,' Kau nak apa? Dahlah, aku tak suka tengok budak macam kau. Hidup macam negara barat. Suka enjoy sana sini. Ni kau kerja macam ni sebab kau dah terdesak kan. Tak ada duit nak beli dadah gam kan? Dah Jijah, jom balik," kata Mak Miah meleret-leret sampai Jijah memegang tangannya sebagai tanda isyarat untuk pulang. Penjual ikan itu mula kebingunggan. Penjual yang lain masing-masing memandang Syarif. Syarif hanya mampu istifar di dalam hati. Mak Miah dan Jijah pulang menaiki kereta.


  Pada malam itu, Syarif bersembahyang bersama Mak Besah, Kamal dan Suraya. Adip pula tidur di tepi dinding mereka bersolat. Selesai sudah sembahyang, Mak Besah menegur Syarif. Mukanya kelihatan kurang gembira. Matanya asyik tunduk ke bawah. 


"Syarif, kenapa dengan kau ni? Masalah apa yang kau bawa sampai ke rumah tadi?" kata Mak Besah. Syarif masih lagi tunduk dan terdiam.
"Ikan tak habis jual ya? Kau kena marah ke Syarif?" sampuk Suraya.
"Mak, saya bawa Adip masuk tidur dulu ya," Kamal membawa Adip ke bilik tidurnya. Mak Besah mendekati Syarif. Jarinya memegang muka Syarif sambil memaksa wajahnya di dongakkan. Kelihatan mata Syarif merah berair seperti baru lepas menangis.
"Kau menangis Syarif? Kenapa kau ni, cuba bagitahu maklong," kata Mak Besah.
"Tak ada apa-apa Mak Besah. Syarif teringatkan pelanggan dekat gerai tadi. Dia marah Syarif sebab salah buat kerja." balas Syarif.
"Lah, itu je? Tak apalah Syarif, orang berniaga, mesti macam tu, jom akak buatkan air panas sikit." Suraya memujuk lalu bangun dan terus mengajak Mak Besah dan Syarif minum bersama. Mereka pun bangun setelah lega mendengar penjelasan Syarif. Ketika mereka keluar dari ruang solat, Syarif berjalan dengan perlahan menyebabkan dia terserempak dengan Kamal.


"Syarif, ada masalah ke? Kalau ada, abang boleh tolong," kata Kamal dengan penuh simpati.
"Ahm..." Syarif serba salah memulakan ayatnya.
"Tak apalah Syarif, abang faham. Kalau sampai masanya, Syarif jangan segan-segan bagitahu abang. Abang akan tolong sedaya yang mampu," 
"Baik bang, terima kasih." Syarif menamatkan kesedihannya dengan tersenyum semula. Mereka berdua menuju ke meja dapur untuk minum bersama-sama.


 "Ya Allah, Sesungguhnya kau Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Agung. Kau ampunkanlah dosaku yang telah ku perlakui kepada mereka-mereka yang ku tidak sengaja. Aku bermohon supaya kekalkan cahaya keimananku yang semakin pudar dan berilah sinar hidayah kepada dia yang telah aku bersalah padanya" Doa Syarif ketika bersembahyang
 Sementara di rumah Mak Miah.

"Erm..sedapnya sup ni mak. Dapat juga Jijah rasa,"
"Hah, ingat apa yang mak ajar tadi, jangan kuah belum mendidih, dah masuk ikan, nanti hanyir."
"Hah, sedap tu sedap. Pinggan jangan lupa basuh," kata Hadi sambil menyampuk perbualan Mak Miah dengan Jijah.
"Kaulah kena basuh, tak lama lagi, kakak kau ni nak beranak. Kena banyak rehat." kata Afran kepada Hadi.
"Sudah, tak payah nak membising kat sini. Masing-masing tahu mana tugas masing-masing kan. Jadi buat je lah," Mak Miah menjawab sambil memandang ke arah masing-masing.

 Hati Jijah bergelodak ingin bertanyakan hal pagi tadi. Dia takut nak bertanya kerana dari tengah hari sampai ke petang, Mak Miah kelihatan marah pada budak itu. Walaupun begitu, Jijah terpaksa akur dengan keadaan. Dia hanya mampu memendam sahaja kerana ikut hati mati, ikut kata binasa.

  Keesokan harinya, Afran, Jijah, Elina dan Mak Miah bertolak pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan kandungan Jijah. Semasa perjalanan pulang, Afran perasan ada seorang budak lelaki menahan keretanya dari hadapan di tepi jalan. Ketika itu, jalan kurang kenderaan.

"Eh, ada budak lelaki tu?" Afran berkata.
"Abang, berhentilah bang, kesian dia sorang-sorang. Kereta rosak kot," kata Jijah. Apabila kereta berhenti, Mak Miah terus bersuara.
"Afran, kau jalan balik! Budak ni memang tak boleh percaya, aku tak suka! Jalan balik!" kata Mak Miah. Afran terkejut. Budak itu mendekati kereta tersebut. Jijah memerhati dengan teliti. Kelihatan mukanya seperti budak yang dimarahi oleh Mak Miah ketika di gerai pinggir pantai itu. Jijah lantas membuka tingkap.

"Assalamualaikum, cik. Boleh tumpang?" kata Syarif. Mak Miah terus keluar dari kereta dan menghamun Syarif.
"Kau nak apa? Kau tak sudah-sudah nak buat jahat. Kali ni kau nak apa? Kau nak merompak? Heyh, pergilah!" Mak Miah menolak Syarif sambil mulutnya membebel-bebel berleretan. Jijah dan Afran keluar dari kereta.
"Mak, kenapa ni?" Afran bingung.
"Sudahlah mak, kesian dia. Dia tak jahat pun mak." kata Jijah sambil menghalang Mak Miah dari terus memukul Syarif.
"Kau tahu apa hah! Dia hari tu, nyaris-nyaris nak meraba aku kau tahu!" Mak Miah bersuara tetapi masih kurang jelas kedengaran kerana percakapan agak laju akibat membebel.
"Makcik! Kenapa makcik susah nak terima saya! Kalau tak nak tolong, jangan pukul saya! Saya boleh minta orang lain tolong saya," Syarif bersuara lantang. Mukanya tidak mampu untuk tersenyum dan dahinya berkerut. Dia terus meninggalkan tempat itu. Mak Miah menarik nafas panjang akibat terkejut. Afran mengorak langkahnya untuk memanggil Syarif. Namun disebabkan Afran tidak tahu nama Syarif, dia terhenti di situ lalu mengajak Jijah masuk ke dalam kereta semula dengan Mak Miah.

  Semasa di dalam kereta, Mak Miah dengan muka yang marah tidak pernah lekang sepanjang perjalanan. Afran tidak henti bertanyakan budak itu. Hampir keseluruhan Mak Miah menceritakan bagaimana dia terserempak dengan Syarif. Tetapi, dalam kesibukan bercerita, Mak Miah tidak pernah ambil tahu siapa nama Syarif. Jijah yang mengunyah asam terkunyap-kunyap mendengar kisah Mak Miah. Mereka seakan tidak percaya dengan cerita yang di beri. Sehinggalah mereka tiba di rumah dan keadaan menjadi sedia kala.

Beberapa hari kemudian;

  Mak Miah bersiap-siap hendak pergi ke airport bersama Afran dan Jijah. Elina pula duduk di tempat duduk belakang kereta bersama Jijah. Hadi pula sudah pun mula bekerja sebagai seorang juruaudit di sebuah syarikat. Oleh sebab itu, rumah Mak Miah kosong semasa bertolak ke sana.

  Semasa dalam perjalanan, Mak Miah pening-pening kepala. Fikirannya tidak menentu. Afran dan Jijah tidak perasan tentang Mak Miah. Namun, halangan untuk pergi ke airport mula berlaku. Destinasi ke Mekah terhenti apabila Afran ditahan polis semasa roadblock kerana cukai jalannya masih belum ditunaskan. Afran pelik, sedangkan cukai jalannya sudah dibayar. Malahan, sticker roadtaxnya disahkan palsu. Namun, polis itu tidak mengambil tindakan ke atas Afran tetapi Afran harus mematah balik pulang ke rumah. Mak Miah dalam keadaan marah mula bersuara membebel-bebel di dalam kereta. Jijah hanya mampu mendiamkan diri. Afran masih menafikan yang dia tidak membayar cukai jalan dan sticker itu palsu. Hatinya mula goyah. Afran mula fikir lain. Perjalanan ibunya sendiri ke tanah suci terhalang. Dia mula menghubungi pihak pengurusan ibadah Mekah. Apabila disemak semula, nama ibunya tiada. Fikirannya mula menjadi celaru..

"Kenapa kau ni Afran! Kau nak buat hal lagi ke? Apa orang tu jawab?" kata Mak Miah. Afran membalas,
"Mak, pihak agensi pengurusan haji kata, nama mak, tak ada dalam senarai..."

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !