Blogger Widgets

Greeting!

Tuesday, January 24, 2012

Kritika: Sekecil Dosa (Episod 4)

Mak Miah masih terduduk kekenyangan di meja makan. Jijah membasuh pinggan mangkuk di dapur. Afran pula bersiap-siap untuk pergi ke klinik kerana tidak sabar untuk membuat pemeriksaan kepada isterinya Jijah. Hadi pula mengambil tembikai di peti ais dan duduk di meja bersama Mak Miah.



"Mak, masa makan tadi mak ada cakap nak bagi tahu sesuatu dekat Hadi," kata Hadi.
"Oh, mak nak bagi tahu, mak berhajat nak pergi Mekah tahun ni," kata Mak Miah. Hadi terkejut lalu bersuara.
"Mak nak pergi Mekah? Pelik lah?" Hadi bingung, lalu Afran menyelit berkata.
"Yelah, sebab tu abang balik ni. Nak beli persiapan mak sebelum pergi Mekah buat umrah." kata Afran.
"Oh ya ke? Alhamdulillah," Hadi bersyukur sambil tersenyum lebar.
"Mak dah fikir masak-masak dah. Kalau mak takut naik kapal terbang, sampai bila mak dapat tunaikan haji dan umrah," kata Mak Miah.
"Bagus lah mak. Tapi mak, Hadi belajar dulu, kita kalau nak pergi, sekecil dosa pun kita wajib memohon maaf kepada sesiapa yang kita pernah sakiti secara langsung atau secara tidak langsung." balas Hadi sambil mengambil tembikai masuk ke dalam mulutnya.
"Ya ke? Mak kena jumpa semua kenalan mak lah ya?" tanya Mak Miah sambil mukanya seakan-akan memerli.
"Betul mak, selain kita memohon maaf kepada yang lain, kita juga kena meminta restu kepada Allah S.W.T. agar kemaafan itu diredhai Allah." kata Hadi dengan mulutnya mengunyap-ngunyap memakan tembikai.
"Lagipun mak, kita nak pergi bumi Mekah, pusat bagi bumi, tanah suci. Tak baik kita pergi dalam keadaan yang kotor." Afran berkata semasa melintas di meja makan.

  Jijah membawa anaknya Elina masuk ke dalam kereta dan terus mamakai selipar setelah bersiap. Sebelum Jijah dan Afran keluar, mereka bersalam dengan Mak Miah. Dengan pantas, kereta keluar dari halaman. Tinggal Mak Miah dan Hadi di rumah.

"Perlu ke aku minta maaf dengan semua orang yang aku kenal? Hai..., moga-moga Allah merestui perjalanan aku nanti," kata Mak Miah dalam hati.
"Mak nak pergi bila?" tanya Hadi.
"Lepas abang kau dah uruskan semua, mungkin bulan depan." balas Mak Miah.

"sekecil dosa pun kita wajib memohon maaf kepada sesiapa yang kita pernah sakiti secara langsung atau secara tidak langsung"
  Mak Besah, Suraya dan Syarif masih di pondok tepi pantai. Syarif kekenyangan dan berehat kerana mengah. Suraya pula menikmati udara segar di tepi pantai. Mak Besah mengemas mangkuk-mangkuk di situ. Bunyi hon kedengaran. Suraya melihat di halaman rumah Mak Besah. Kelihatan Kamal pulang setelah bekerja. Suraya pergi ke arah suaminya. Tinggal Mak Besah dan Syarif di pondok tepi pantai.

"Aku hairanlah, macam mana kau boleh kena langgar dengan kereta hari tu?" tanya Mak Besah.
"Aduhai... maklong. Saya ni terlampau banyak berfikir. Lagipun hari pertama saya bekerja. Terasa penaat pun ada juga," balas Syarif.
Sambil Mak Besah mengemas pinggan mangkuk di situ, Syarif terlintas untuk bertanya.

"Maklong, berdosa ke kita kalau kita berbuat salah dengan orang yang kita tidak kenal secara tidak sengaja?" Syarif bertanyakan kepada Mak Besah.
"Syarif, hidup kita mesti ada kesilapan. Kehidupan akan membawa kepada permasalahan. Masalah pula akan membawa kepada kesilapan dan disitulah kita akan menjadi seorang manusia yang sempurna. Jangan takut untuk hadapi masalah dan jangan sedih kalau kita tersilap." Mak Besah berkata sambil matanya memandang ke laut. Syarif terus mengalih pandangannya ke arah Mak Besah.
"Kalau kita berbuat salah, tak semestinya dosa akan melekat selamanya kepada kita. Allah S.W.T. Maha Mengetahui. Dialah yang akan mengatur seluruh gerak geri makhluknya. Kalau orang yang kau tak kenal telahpun berbuat salah padanya, InsyaAllah, Allah akan menemukan kau dan dia semula," Mak Besah menurunkan kakinya di pondokmitu untuk bersiap sedia pulang ke rumah.

"Terima kasih maklong," Syarif bersuara.
"Maklong rasa, akibat kau berbuat salah lah, kau terfikir semasa kau nak menyeberang jalan hari tu sampai kau accident?" Mak besah berkata sambil ketawa. Dia membawa pinggan mangkuk pulang ke rumah. Syarif terus bangun dan memulakan pekerjaannya. Dia membawa ikan-ikan ke gerai tepi jalan untuk dijual.

  Sementara di rumah pula, Kamal duduk di sofa bersama anaknya Adip yang sedang tidur. Suraya menyediakan air teh suam untuk suaminya. Kamal pula menyandar keletihan.

"Abang, Syarif dah mula bekerja kat laut tu," Suraya berkata.
"Baguslah, abang takut sangat kalau dia duduk dekat pekan sorang-sorang. Kan elok kalau kita duduk kat sini sama-sama dari dulu." balas Kamal.
"Alah bang. Masa tu Syarif sekolah lagi. Lagipun, saya tak nak lepas dari tanggungjawab saya," balas Suraya.
"Kadang-kadang, abang nak je bagi tahu kedudukan dia sekarang macam mana. Tapi disebabkan waksiat mak nya suruh tunggu dia 19 tahun, jawabnya, tunggu je lah."
"Harijadi dia bila bang?" kata Syarif.
"3 bulan lagi. Kau balik awal hari ni Kamal," Mak Besah menyelit setelah masuk dari pintu hadapan.
"Mak, tak sedar saya. Saya tak ada banyak sangat kerja kat pejabat." balas Kamal.
"Eloklah, kau kalau nak makan, ada nasi mak dah panaskan. Suraya masak kari tenggiri tadi. Mai lah makan." ajak Mak Besah. Kamal bangun lalu makan bersama-sama Suraya.

"Kalau kita berbuat salah, tak semestinya dosa akan melekat selamanya kepada kita"
   Sebulan kemudian


  Mak Miah dan Jijah pergi ke pasar basah. Akibat Jijah yang teringin memakan ikan merah masak sup, mereka mencari serata tempat untuk mendapatkan ikan itu kerana semua pasar basah sudah pun habis dijual. Akhirnya, mereka tiba di sebuah gerai kecil di pinggir pantai.

  Jijah yang sudah mengandung 2 bulan sentiasa diiringi oleh Mak Miah apabila keluar membeli barang. Jijah keluar dari kereta dan menuju ke gerai tersebut.

"Adik, ikan merah ada tak?" tanya Jijah ke salah seorang penjual ikan di gerai itu.
"Ada kak. Akak nak yang kecil ke yang besar?" soal budak itu tadi.
Mak Miah keluar dari kereta menuju ke arah Jijah.
"Adik, kalau boleh yang sedang-sedang sebab ikannya nak dimasak sup," Mak Miah bersuara.
"Semasa Mak Miah berdiri membelek-belek ikan merah itu, Syarif yang sedang mengangkat bakul ikan terpandang ke arah Mak Miah. Dia terkejut melihat wanita tua yang menepis bekas makanannya di bas hari itu muncul di hadapan matanya. Syarif dengan beranikan diri terus menuju ke arah Mak Miah dan mula bertanya.

"Makcik, kenal saya tak?" soal Syarif.
"Mana aku kenal kau siapa?" balas Mak Miah,
"Makcik, sayalah yang masa dalam bas hari tu. Makcik, saya nak minta maaf sebab bekas makanan saya terkena dekat muka makcik. Makcik jangan tersinggung. Saya betul-betul minta maaf." jelas Syarif sambil tersenyum lebar semasa berjumpa dengan Mak Miah.

"Ya Allah, akhirnya kau makbulkan doa aku untuk bertemu dengan orang yang pernah aku buat salah kepadanya," dalam hati Syarif berkata.

Mak Miah merenung ke arah Syarif lalu mula berkata.
"Oh, kau yang aku tepis bekas makanan hari tu," ......

 
  

1 comment:

Hammy Hamster !