Blogger Widgets

Greeting!

Friday, January 20, 2012

Kritika: Sekecil Dosa (Episod 3)

  Sebulan kemudian, Hadi pulang ke halaman rumahnya iaitu rumah Mak Miah. Beg galas dan beg bagasi mengiringi Hadi di dalam perjalanannya pulang. Mak Miah yang sedang mencuci pinggan terhenti apabila terdengar suara yang menyahut salam di luar.

"Assalamualaikum!" sahut Hadi.
"Waalaikumsalam, sekejap..." jawab Mak Miah kembali. Mak Miah berjalan menuju ke pintu hadapan. Sejurus dia membuka pintu, mukanya berubah menjadi gembira. Dia melihat anaknya Hadi pulang dengan sihatnya.



"Hadi, kenapa tak cakap dengan mak kau nak balik?" kata Mak Miah.
"Alah, saja nak bagi surprise. Lagipun dah sebulan kan, Hadi balik ni tak pergi belajar lagi. Dah boleh cari kerja yang sesuai." jawab Hadi.
"Marilah masuk, mak tengah cuci pinggan. Baru je lepas masak. Jom lah makan sekali," kata Mak Miah. Hadi masuk dengan menanggalkan kasutnya. Dia melihat ke rak kasut. Hadi berasa pelik kerana banyak sekali kasut berjenama mahal bersaiz lelaki. Fikirannya terganggu. Mujur sahaja dia masuk, abangnya Afran keluar dari bilik. Hadi terkejut dan matanya memandang keluar halaman rumah. Tidak ada satu pun kereta di situ.

"Abang? Bila abang sampai?" kata Hadi dengan penuh kehairanan.
"Hahaha, kau ni, lembab betul. Aku sampai dulu dari kau. Aku sampai semalam lah." jawab Afran.
"Aik? Mana kereta?"
"Kereta? Kak Jijah kau pergi supermarket. Katanya nak cari mangga muda." balas Afran.
"Hahaha, abang ni kacaulah. Hadi balik barulah abang nak balik." jawab Hadi sambil ketawa. Gurauan mereka terganggu apabila Mak Miah menjerit dari dapur.

"Hadi! Panggil abang kau tu makan sekali! Mak dah hidangkan lunch ni," Mak Miah memekik di bawah dapur.
"Amboi, pandai pulak orang tua ni speaking." kata Hadi.
"Alah, siapa lagi yang mengajarnya. Kak Jijah kau lah. Selama kau takde kat rumah ni, kadang-kadang kitorang balik jenguk mak." Afran berkata sambil mengangkat beg Hadi masuk ke dalam bilik. Hadi menanggalkan stokinnya masuk ke dalam kasut. Mereka turun ke bawah untuk melihat masakan yang di masak.

  Semasa mereka turun dari tangga untuk menuju ke dapur, Jijah pulang ke rumah setelah balik dari kedai. Hon dibunyikan sekali menunjukkan dia sudah pulang ke rumah. Jijah masuk ke rumah dan membawa sebungkus mangga muda dan anaknya, Elina terkinja-kinja masuk ke rumah.

"Elina! Dah besar dah dia." kata Hadi kepada Elina yang berusia 3 tahun.
"Eh, Hadi, baru balik? How's your practical?" kata Jijah.
"Ok je. Takdelah teruk sangat." balas Hadi. Matanya memandang ke arah mangga muda. Terus Hadi bertanya.
"Akak mengandung lagi ke?" Hadi bersuara.
"Eh, apa kau merepek ni, apasal kau tanya?" balas Jijah.
"Mangga muda?" Hadi menjawab sambil menarik kerusi meja makan untuk duduk. Afran menjeling sambil menyampuk.
"Aik, sejak bila kau masuk Sains Rumahtangga ni Hadi?"
"Alah, mengandung lagi lah tu, kalau tak, kenapa kau cakap dengan mak yang kau teringin nak makan mangga muda tu," Mak Miah menyelit sambil tersenyum.
"Mak, Jijah nak makan kerabu mangga. Tiga hari lepas terpandang kawan Jijah makan. Tekak Jijah ni dan meraung-raung nak makan kerabu mangga ni," Jijah membalas dengan penuh ringkas sambil berjalan menuju ke sinki untuk membasuh mangga. Hadi terus mencapai senduk nasi untuk makan. Afran pula mendukung Elina naik ke kerusi makan bersama-sama. Mak Miah pula mengangkat jag air dan meletakkannya di atas meja. Tiba-tiba, terdengar bunyi seperti orang hendak muntah di dapur. Afran tersentak lalu terus berdiri untuk menuju ke dapur sambil fikirannya risaukan Jijah. Mak Miah pantas bersuara.
"Hai Jijah, anak dalam perut kau tu dah meraung-raung ke nak makan mangga?" Hadi dan Mak Miah sambil ketawa kecil apabila situasi itu berlaku.

  Sementara itu, Suraya membawa bekal Kari Ikan Tenggiri untuk diberi kepada Syarif. Syarif yang kini bekerja sebagai nelayan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia kini duduk di rumah mak saudaranya  iaitu Mak Besah. Mak Besah adalah ibu kepada Suraya. Suami Suraya iaitu Kamal adalah sepupu Syarif bagi anak kepada adik ibu Syarif yang bongsu. Namun, Mak Su dia telah pun meninggal. Mak Su dan Mak Long Besah berbesan. Suraya dan Kamal pula sepupu yang berkahwin atas dasar cinta. Syarif yang masih berusia 18 tahun sudah pun menjadi anak yatim piatu. Tetapi saudara-maranya sahajalah yang banyak membantu dia dari bangku sekolah. Semasa Syarif bersekolah, Suraya banyak menjaga Syarif dan duduk di sebelah rumah Syarif sebagai jiran.

  Suraya berjalan ke pantai melihat Syarif bekerja.  Terik matahari tengah hari itu tidak mematahkan semangat Syarif. Suraya berteriak memanggil nama Syarif untuk makan.

  Sedang suasana nyaman ditiup angin, Syarif, Suraya dan Mak Besah bersembang kecil di teratak di tepi pantai.

"Nasib baiklah kau tak ada apa-apa masa accident hari tu Syarif. Nak dekat tiga minggu lebih kau terlantar kat hospital," kata Mak Besah.
"Alah, mak long. Sekarang Syarif dah ok." balas Syarif.
"Macam mana kerja hari ni jadi nelayan muda?" kata Suraya sambil ketawa kecil.
"Hahaha, Syarif baru mula kerja hari ni, rasa janggal pula nak cakap penat," balas Syarif sambil menyuap nasi ke mulutnya. Tiba-tiba Syarif terhenti makan. Matanya merenungkan sesuatu. Suraya mula bersuara,
"Kenapa Syarif?"
"Tak adalah kak. Syarif baru sedar, sebab kawan, Syarif berhenti kerja dekat restoran hari tu. Hai, tak tahulah, lepas kemalangan, macam-macam yang berlaku, rumah disita, kerja pula kena pecat. Kalau tak kerana kuih hari tu, mesti Syarif tak dipecat." Syarif mengimbas semula kejadian yang berlaku di restoran.

  "Syarif, kau boleh panggilkan Helida tak? Aku nak jumpa dia  lah," kata Rogayah kepada Syarif.
"Mana boleh, aku tengah kerja ni. Helida pun tengah kerja, kalau nak jumpa dia, tunggulah waktu rehat. Lima belas minit je lagi." balas Syarif.
"Hish kau ni, tolong pun tak boleh," Rogayah dan kawannya pergi ke kaunter itu menempah menu. Setelah itu, dia duduk di meja makan sambil memegang plastik beg yang besar penuh dengan kuih yang mahal. Setelah menu  hidangan yang dipesan tiba di meja makan mereka, Rogayah dan kawannya mula menjamu selera sambil membuka kuih itu untuk dimakan bersama-sama. Rogayah memanggil Syarif sekali lagi.

"Syarif, panggilkan Helida, cepatlah!" Rogayah bersuara.
"Kau ni kenapa!? Aku tengah kerja kan," balas Syarif.
"Apa masalah kau, tak boleh layan customer dengan elok?"
Syarif akur lalu masuk ke bilik staf untuk memanggil Helida. Semasa Syarif masuk, Syarif ditahan oleh manager nya sementara.
"Syarif, itu kawan sekolah awak kan?" kata manager Syarif.
"Ya puan." Syarif menjawab dengan hormatnya,
"Awak tahu etika restoran ni. Dia tak boleh bawa masuk makanan luar sesuka hati. Dah lah melanggar etika, buat sepah merata-rata. Apa ni?!"
"Saya minta maaf puan, sebenarnya saya tak rapat dengan dia, dia kawan rapat Helida."
"Saya tak kira, dia tetap kenalan awak. Baik awak suruh mereka jangan makan makanan luar di sini."
"Baik puan," Syarif masih lagi akur dengan tugasnya. Dengan lembut dan sopan dia berkata dengan Rogayah.

"Rogayah, kau tak boleh makan dekat sini, ini makanan luar restoran?"
"Hah?! Mana Helida? Aku nak bagi dia sikit kuih ni. Sedapnya,"
"Aku dah bagitahu kau kan, janganlah makan kuih ni kat sini, kau buat sepah lagi kat lantai," kata Syarif dengan perlahan. Rogayah dengan selamba mengendahkannya. Syarif terus menyapu sampah di lantai. Sementara itu, manager Syarif melintas di meja makan Rogayah. Rogayah memanggil manager itu lalu berkata;
"Cik, boleh bagikan kuih ni dekat Helida tak?"

  Manager itu dengan senyum mengambil makanan itu lalu meletakkan di kaunter. Ketika itu, Rogayah melihat pergerakan manager itu, lalu dia memanggil Syarif.
"Syarif, kau ambillah kuih tu bagi dekat Helida, perempuan tu aku suruh dia bagi kat Helida, dia boleh letak atas kaunter," kata Rogayah.
"Apa kau ni?" balas Syarif. Syarif terpaksa beranikan diri untuk mengambil kuih itu di kaunter. Semasa dia mengambil kuih itu, manager terus menegur Syarif.

"Saya nak, awak pulangkan nametag awak dengan unifrom tu sekali. Awak dipecat hari ni juga!"
Syarif terus terkejut lalu mukanya kembali bersedih. Senyumannya tidak lagi muncul seperti dahulu. Dengan langkah yang perlahan-lahan dia memulangkan kuih itu kepada Rogayah. Belum sempat Rogayah bertanyakan kepada Syarif, Helida keluar dari bilik staff dan bermesra-mesra dengan kawannya Rogayah. Mereka seperti tidak mahu mengambil perhatian kepada Syarif. Syarif terus mengambil fail kerjanya lalu keluar dari restoran itu. Matanya menoleh ke belakang melihat Helida dan Rogayah menjamu selera kuih itu bersama-sama tanpa pengetahuan manager itu.

 "Kadang-kadang, bekerja dengan kawan ni susah maklong. Kawan takkan ambil berat pasal kita walaupun kita dituduh berslaah atas kesilapan mereka," kata Syarif.
"Lain kali, kau tak payah kerja dengan kawan-kawan kau tu. Kerja nelayan ni, memang susah, tapi kau boleh lari daripada kawan-kawan. Semua tempat kerja area pekan, semua ada kawan kau," nasihat Suraya di hadpaan Syarif.
"Dah, sudahlah, makan Syarif. Lauk kegemaran kau ni." tepis Mak Besah. Mak Besah tiba-tiba terfikir untuk bertanya kepada Syarif. Semasa Syarif menyuap nasi, Mak Besah bertanya.

"Aku hairanlah, macam mana kau boleh kena langgar kereta hari tu?" ....

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !