Blogger Widgets

Greeting!

Thursday, January 19, 2012

Kritika: Sekecil Dosa (Episod 2)

  Syarif menghayun tangannya ke arah jam loceng di sebelah bantal katil. Dia bangun dalam keadaan yang kusut-masai dengan berbaju putih berkain pelekat. Kakinya mencari-cari selipar lembut untuk dia maju ke bilik mandi. Selesai dia membersihkan diri, dia memakai baju uniform kerjanya berwarna biru yang digantung di dalam almari. Perasaannya sungguh teruja kerana hari ini adalah hari pertama Syarif bekerja. Dia tidak kisah apa pun kerja yang diberi kerana pekerjaannya itu akan menampung serba sedikit kewangannya sebagai hidup sara diri. Setelah menyikat rambutnya dengan kemas, Syarif menggalas beg dan keluar mengunci pintu pagar rumah dan mula berjalan ke arah perhentian bas.



  Tempat kerjanya agak jauh dari rumahnya. Namun, dia masih lagi boleh mengambil kenderaan awam sebagai pembawa destinasinya. Dalam perjalanan ke sana, dia bertemu Suraya, jiran sebelah rumahnya yang berjalan pulang ke rumah setelah membeli perkakas dapur. Wajahnya yang selalu tersenyum menegur dengan lembut.
"Assalamualaikum, Kak Suraya. Beli apa ni? Barang dapur ya?" tegur Syarif.
"Waalaikumsalam Syarif. Akak beli barang sikit ni. Kau tahulah anak akak ni, mengada-ngada nakkan sambal sotong dengan tempe goreng tepung. Terpaksalah ikut kehendaknya," menjawab dengan sopan walaupun sedikit mengeluh.
"Biasalah kak, budak-budak kan." balas Syarif.

"Adik, dah besar nanti, jangan lupa tolong mak. Penat mak beli makan masak adik. Kesian mak, jangan nakal-nakal ya," Syarif memberi nasihat kepada anak Suraya. Suraya mampu membalas dengan senyuman sahaja.
"Dengar tu adik, jangan nakal-nakal." kata Suraya,
"Kau ni, nak pergi mana dengan kemas-kemas seragam ni? Pergi shopping complex ke?" tegur Suraya kepada Syarif.
"Eh, taklah kak. Saya baru mula kerja hari ni. Kat restoran hujung pekan tu, jemput-jemput datang lah ya," balas Syarif sambil ketawa kecil.
"Lah, dah bekerja kau ni. Hai, yelah, akak nak balik dulu. Kau hati-hati pergi kerja. Naik bas kan? Kat depan tu ramai orang, tadi akak melintas tadi." kata Suraya.
"Yelah kak, pergi dulu," Syarif beransur pergi sambil melambai anak Suraya dengan senyuman.

  Syarif tiba di perhentian bas dan melihat ramai yang duduk di situ. Matanya terpandang satu ruang kosong di hujung tempat duduk. Dia bergegas berjalan, tiba-tiba telefonnya berdering. Dalam keadaan berpeluh-peluh, dia mengangkat telefonnya dan menjawab.

"Hello, Daus! Kau tunggulah aku dekat pintu depan. Aku takut nak masuk sorang-sorang. Aku first-time mula kerja ni. Ok, tunggu aku tau!" Syarif menutup telefonnya. Semasa dia berdiri dari tadi, dia terperasan seorang makcik memerhatikannya sejak dia bergayut di telefon. Dia berasa pelik. Namun, di dalam hatinya berkata.

"Kenapalah makcik tu pandang aku? Hah! Mungkin dia nak bagi aku duduk sebelah dia tak? Alah, kan ada satu je ruang nak duduk tu. Baik aku pergi dekat." Syarif berjalan ke arah makcik itu.

  Makcik itu memandang Syarif dari atas ke bawah. Wajahnya kelihatan seperti berang. Sesuatu perkara yang pelik terhadap Syarif. Syarif mula mendekatinya lalu bersuara.

"Assalamualaikum makcik, saya tumpang duduk ya," Syarif menegur dengan nada yang perlahan sambil senyuman yang lebar.
"Waalaikumsalam!" makcik menjawab salam lalu sepi tanpa reaksi muka. Syarif menggamam mulutnya dan hatinya agak terasa kerana salamnya dibalas begitu. Namun, Syarif tidak kisah kerana pelbagai jenis manusia dia telah jumpa sepanjang hidupnya bersikap demikian.

  Bas pun tiba setelah beberap minit Syarif menunggu. Orang ramai berpusu-pusu hendak menaiki bas tersebut. Dengan rasa hormatnya, Syarif memberikan laluan kepada makcik tersebut. Dengan pantas makcik itu menaiki bas tanpa segan silu.

  Jam menunjukkan pukul 12, waktu bekerja Syarif hampir setengah hari. Dia menghabiskan kerjanya dengan mengemop lantai. Badannya agak lenguh kerana melayan pelbagai kerenah pelanggan yang hadir. Baru sebentar tadi, dia berjumpa dengan makcik di perhentian bas itu sebagai pelanggannya. Kelihatan lantai yang di mop telah pun kotor akibat makcik yang tidak mematuhi arahan papan tanda "Awas, Lantai licin!". Walaupun ada lantai yang belum di mop, namun tindakan makcik itu menambahkan beban kerja Syarif.

 Syarif yang tidak pernah berhempas pulas mengemas rumah menyebabkan tulang uratnya lenguh di tempat kerja. Daus pernah berkata kepadanya bahawa "...tak ada kerja yang tak penat. Kalau jadi boss sekalipun, usaha perlu dijalani. Kepenatan itu datangnya dari usaha. Tak ada mananya kerja goyang kaki. Kalau nak macam tu, bersedialah untuk dipecat!" Ayat-ayat itu telah pun menjana kuasanya untuk lebih bekerja dengan elok.

 Pada waktu pulang bekerja, dia meminta Daus menghantarkan di stesen bas hadapan kerana stesen bas di depan restoran amat sesak. Keadaan tangannya yang penuh dengan barang makanan telah menjadi alasan buat Syarif kepada Daus untuk pergi ke stesen bas hadapan. Akibat dari itu, bas yang dinaiki oleh Syarif di kemudiannya, menyebabkan terserempak Syarif dengan makcik itu sekali lagi. Dia tidak tahu, mengapa Tuhan menemukan dia dengan makcik itu. Walaupun hatinya sedikit terasa akan sikap makcik itu, dia masih tersenyum dengan ikhlas.

 Keadaan agak sesak di dalam bas menyebabkan Syarif berdiri. Di belakangnya seorang gadis bertudung dan hadapan Syarif seorang warga asing Bangladesh. Syarif terpaksa menjauhi sedikit tubuhnya daripada terkena wanita bertudung itu kerana takut tersentuh. Semasa di perhentian destinasi iaitu di jalan rumahnya, dia menekan butang berhenti bas dalam keadaan terkial-kial. Memandangkan keadaan belakangnya sempit, dia mengambil keputusan dengan menuruni bas di pintu hadapan berhampiran makcik itu. Warga asing bangladesh mencuit poket Syarif menyebabkan barang makanan Syarif terkena sipi-sipi ke muka makcik itu berkali-kali. Syarif terhenti di tempat berdirinya. Hasratnya ingin turun dari bas tetapi hasratnya itu juga dihalang oleh seorang warga emas menaiki terlebih dahulu ke dalam bas. Dia terpaksa akur dengan warga emas itu dengan senyuman. Perasaan terhenti apabila makcik itu menepis dengan kuat barang makanannya yang terkena di wajah makcik itu. Syarif terkejut lalu merenung ke wajah makcik itu. Senyumannya terus hilang dan dia terus turun dari bas. Sebelum dia turun, dia sempat menoleh muka makcik itu, wajahnya masam dan kelihatan marah.

 Syarif berjalan perlahan-lahan dalam keadaan yang bingung. Bas pergi meninggalkannya setiap langkah kakinya diambil. Menunggu jalan raya lengang kerana rumahnya di seberang, Syarif asyik berfikirkan hal tadi sebelum di menyemberang. Hatinya mula tawar. Wajahnya tidak tersenyum sejak turun dari bas. Kakinya melangkah setiap kali dia berfikir. Bunyi hon kereta semakin kuat di telinganya. Matanya memandang ke kanan dan melihat sebuah kereta Persona menghampirinya dengan kadar kelajuan yang tinggi. Syarif tidak sempat untuk mengelak.

  Sebulan kemudian, Suraya membawa sedikit bekal Kari Ikan Tenggiri untuk seseorang...

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !