Blogger Widgets

Greeting!

Tuesday, January 17, 2012

Pengusir Syaitan Terakhir: Part 5

Assalamualaikum... hai hai.... selamat malam sume... dh update satu hari ni..ter update2 sampai ke malam... hahaha.. korang penah bace kan pasal topik Pengusir Syaitan Terakhir..atau name sebelum ni The Last Exorcist? [check balek kat sebelah kanan tuh.. yg Slot Hazrul Imagination, topiknye sekarang dh bertukar menjadi Pengusir Syaitan Terakhir] hahaha nie update baru... okay lar..bg sesiape yg x taw lg psl filem ni.. biar ak terangkan..



  Loading Pictures Production [http://www.facebook.com/pages/Loading-Pictures-Production/221251094560644] adalah salah satu laman sosial rasmi kami yang akan menyediakan pelbagai iklan, drama pendek, filem biasa dan video blog dalam kualiti yang amat rendah kerana kami masih lagi baru dan amateur. Setakat ini, kami telah menjalani sebuah penggambaran filem pendek biasa dekat youtube sahaja pada 17 Februari 2012. Mengambil masa 1 tahun untuk menyiapkan dan semua pelakon-pelakon adalah tahap amateur dan mungkin kurang memuaskan pada hati penonton kelak. Namun, kami sedaya upaya untuk menyajikannya dengan penat lelahnya. Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan dan sebarang komen amat kami hargai. Walaupun kritikan diberi agak pedas, namun itulah yang akan mengajar kami supaya lebih maju dalam bidang ini.

  Shamsul Iskandar Nazrin, penerbit di dalam filem ini dan banyak membantu dalam penyusunan video serta kamera. Hazrul Nizam Ismail merangkap seorang pengarah yang kurang pengalamannya juga melaksanakan tugas sebagai cameraman di dalam setiap lokasi. Defi Yansyah dan Shahfiq Ideris juga banyak memberi komitmen yang amat bagus dan setiap lakonannya menunjukkan prestasi yang baik. Zetty Saida, juga salah seorang pelakon yang amat memberangsangkan namun wataknya tidak dibawa sepenuhnya di dalam filem kerana kesuntukan masa. Atiqah Sabri, wataknya amat penting di dalam Jalan Cerita Sebenar Kisah Pengusir Syaitan Terakhir, tetapi akibat masa juga mencemburui kami, wataknya hanya dibawa sedikit sahaja di dalam filem pendek biasa ini. Pelakon-pelakon yang lain seperti Khabir Khalim, Amirul Aidil, Syikin Yacob, Firdaus Idris, Fakrur Radzy, juga Atiqah Sabri dan Zetty Saida amat kami hargai teramat sangat. Walaupun mereka berlakon sekadar sukarela tetapi sumbangannya teramat kami hargai. Jutaan terima kasih kepada mereka. Walaupun lakonannya sekejap tetapi mereka telah membuat sehabis baik. Tidak lupa juga ya kepada Razmir Rahim, Azwan Danial, Afiqah Sabri dan Qiela Zarwan iaitu tenaga produksi yang turut membantu dalam filem ini.

 Sekali lagi dikatakan di sini bahawa filem ini adalah rekaan semata-mata. Tidak umum kepada para penonton kerana ada gambaran-gambaran sihir dan khurafat serta perkara yang boleh memesongkan akhlak seseorang. Filem ini juga adalah filem pendek biasa. Filem ini tidak menggunakan peralatan yang lengkap tetapi kami telah mencuba sedaya upaya untuk membuatkan filem ini terbaik walaupun kekurangan modal. Kami bukan sengaja untuk membuat filem pendek biasa ini tetapi kami ingin sekadar mencuba bakat-bakat yang mungkin tidak boleh dan mungkin yang boleh.

 Okay lah... sebelum berakhirnya post kali ni... ade sedikit Poster terbaru Pengusir Syaitan Terakhir.. bubye.. wassalam...

Poster Pengusir Syaitan Terakhir
Barisan pelakon PST

2 comments:

Hammy Hamster !