Blogger Widgets

Greeting!

Tuesday, January 17, 2012

Kritika: Sekecil Dosa (Episod 1)

  Mak Miah keluar dari rumahnya dan memakai selipar berwarna biru. Tangannya memegang bakul dan arah fikirannya menuju ke pasar basah. Hatinya penuh dengan rasa gembira kerana mendapat wang daripada anaknya di ibu kota untuk dibelanjakan barang dapur. Dia yang teringin nak memakan ikan bawal akhirnya tercapai jua hasratnya. Kakinya bergegas laju menuju ke pasar basah,

  Tiba di sana, Tauke Fat menegur Mak Miah seperti mana dia menegur Mak Miah selalu.
"Aiya, hari ini akak mau angkat ikan mahal ka?" tanya Tauke Fat,
"Alah! Kau sudah nampak kan? Lagi mau tanya?" balas Mak Miah dengan selambanya.
  Sejurus sahaja Mak Miah membeli ikan tersebut langsung pulang ke rumah untuk memasak. Kehidupan Mak Miah yang kini keseorangan menambahkan kesenangan baginya dalam masakan seharian. Anaknya lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk pulang ke rumah selepas habis praktikal pengajiannya. Suami Mak Miah sudah lama meninggal sejak 9 tahun yang lalu.
 Suatu hari, Mak Miah ingin pergi ke Klang untuk membeli barang-barang keperluannya. Tiba sahaja dia di perhentian bas, dia duduk di atas tempat duduk yang disediakan. Datang seorang budak lelaki berumur lebih kurang 17 ke 18 tahun memakai baju beruniform kemas menghampiri stesen bas. Pakaiannya seakan-akan bekerja di sebuah restoran makanan. Dengan penuh peluh di mukanya, dia mengangkat telefon yang berdering beberapa saat tadi. Mak Miah melihat dari atas ke bawah kepada budak lelaki tersebut.

"Budak zaman sekarang bukan boleh percaya pun. Tengok je kemas, tapi dalam poket ada rokok. Buat benda yang tak berfaedah," berbisik hati Mak Miah setelah melihat perwatakan budak lelaki itu.

  Setelah selesai percakapannya di telefon, budak lelaki itu langsung duduk bersebelahan Mak Miah kerana hanya satu sahaja ruangan yang ada. Dalam perhentian bas yang agak kecoh kerana masih ramai yang menunggu bas, budak lelaki itu mula bersuara.

"Assalamualaikum makcik, saya tumpang duduk ya," dengan nada yang perlahan sambil senyuman yang lebar.
"Waalaikumsalam!" Mak Miah menjawab salam lalu sepi tanpa reaksi muka.

 Setelah bas tiba, ramai yang berpusu-pusu menaiki bas. Budak lelaki tersebut memberi laluan kepada Mak Miah. Namun, Mak Miah tiada sesekali mengucapkan terima kasih malahan senyuman pun tiada dibalas. Budak lelaki itu hanya tersenyum sahaja. 

 Mak Miah tidak langsung memikirkan soal itu dan dia mengendahkannya dengan begitu sahaja. Selama sejam di Bandaraya itu, Mak Miah singgah di sebuah restoran makanan. Pintu dibuka oleh pekerja di situ. Kelihatan pertemuan Mak Miah dengan budak lelaki itu agak panjang umurnya. Budak lelaki itu sedang mengemop lantai dan dipaparkan papan tanda "Awas! Lantai licin". Mak Miah dengan penuh riaknya melalui jalan yang dibersihkan oleh budak lelaki tersebut dan kesan kotoran melekat semula di lantai. 

 Setelah selesai makan, Mak Miah keluar dari restoran dan berhajat untuk menunggu bas. Kotoran di lantai masih melekat dan budak lelaki itu tidak berkata apa-apa kerana itulah sepatutnya kerjanya di situ. Senyuman mengubat rasa kepenatannya melayan kerenah pelanggan.

 Waktu menunjukkan pukul 5 dan Mak Miah masih berada di dalam bas. Keadaan agak sesak dan Mak Miah berdiri di sepanjang perjalanan. Seorang wanita muda menunjukkan rasa hormat kepada orang tua dengan memberikan Mak Miah duduk di kerusi bas. Mak Miah berterima kasih tetapi mukanya masih juga masam kerana kepenatan. Sewaktu dia duduk di kerusi bas, sekali lagi tuhan menemukan budak lelaki tersebut dengan Mak Miah. Kali ini, budak lelaki itu seperti baru pulang dari bekerja. Tangannya penuh dengan barang makanan. Mak Miah sekali lagi menjelingkan muka.

  Keadaan yang agak sesak di dalam bas menyebabkan budak lelaki itu berdiri sehingga tiba di destinasinya.Tangannya yang terkial-kial menekan butang berhenti bas menyebabkan dia mengambil masa yang lama untuk turun di pintu bas. Akibat ramai sangat orang awam dibelakangnya, dia mengambil keputusan untuk keluar di pintu hadapan berdekatan dengan Mak Miah. Oleh sebab seorang nenek tua memasuki bas terlebih dahulu dan dihalang pula orang berbangsa bangladesh, barang yang dipegang oleh budak lelaki itu terkena sipi-sipi di muka Mak Miah berkali-kali. Mak Miah bertindak dengan menepis barang tersebut dengan mukanya yang agak marah menyebabkan budak lelaki itu perasan wajah Mak Miah dan terus hilang senyumannya di muka budak lelaki itu. Dengan mukanya yang sedikit tersenyum menuruni bas tersebut sambil langkah kakinya yang bingung.
 Mak Miah pulang ke rumah dengan hati yang geram akibat kejadian itu. Mak Miah langsung ke bilik air untuk mandi dan mengerjakan solat Asar. 

 Sebulan kemudian, Hadi pulang ke kampung halamannya, iaitu di rumah Mak Miah...


No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !