Blogger Widgets

Greeting!

Monday, February 14, 2011

Lagenda: Puteri Gunung Ledang

Assalamualaikum.....selamat sejahtera semue...haha,,, hari ini ak ade cerite yg menarik utk dikongsi kerane ade yg masih tdk fhm akan kisah yg akan didekorisasikn lepas nie...heheheheh. Korang sume penah dengar psl Puteri Gunung Ledang....??? ahahah...mestilah penah dgr.... sbbnye cerite nie penah difilemkan pade tahun 2006 dan filem nie termahal sekali di Malaysia...  sebelum menceritekan kisah nie,, cube kite jenguk dulu..ape  info2 filem yg kite ketahui....


Puteri Gunung Ledang
Antare pelakon2 yg menjayakan filem Puteri Gunung Ledang adelah, Tiara Jacquelina, M. Nasir, Alex Komang, Adlin Aman Ramli, Azmil Mustapha, Dato'Rahim Razali, Dian SastroWardoyo, Saharuddin Thambi, Man Bai, Sofea Jane, Khir Rahman, Ruminah Sidek, Radhi Khalid, Sabri Yunus dan Melissa Saila. 
Pelakon2nye mmg ramai,, sbb 2 lar mahal citernye....hahahah...ok lar...tunggu punye tunggu....research kite pown nk bermule.... kite mulekn research kite dr skrang!


 Kerajaan Melaka semakin meluas dengan empayarnya. Semasa Kesultanan Melaka, Sultan Mahmud datang ke Majapahit untuk mengeratkan silaturrahim antara kerajaannya, Hang Tuah, pengiring Kesultanan Melaka bertemu dengan Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah.
Gusti Putri adalah adik kepada Gusti Adipati Handaya Ningrat, raja Empayar Majapahit. Sejak Hang Tuah datang ke Majapahit, Hang Tuah bercinta dengan Gusti Putri. Cinta agung mereka tidak sesiapa yang tahu kecuali Dato' Bendehara dan Tun Mamat. 


 Ketika Hang Tuah dan pengiring Kesultanan Melaka hendak pulang ke Bumi Melaka, Gusti Putri sempat berjumpa dengan Hang Tuah secara rahsia. Gusti Putri berkata bahawa dia akan ke sana Melaka jika Hang  Tuah tidak dapat menemuinya di sini, Majapahit. Sejak dari itu, Gusti Putri dan Hang Tuah tidak dapat bertemu lagi. Semasa Gusti Putri menanti kerinduan Hang Tuah, Kerajaan Demak telah mengugut Gusti Adipati supaya mengahwinkannya dengan Gusti Putri, jika tidak Pangeran Demak akan berperang dengan Empayar Majapahit. Kerana itu, Gusti Adipati menyuruh Gusti Putri untuk menerima lamaran tersebut. 


Gunung Ledang
 Gusti Puteri merajuk lalu belayar secara senyap ke Gunung Ledang, Melaka. Hal ini membuatkan Gusti Adipati terus ke Melaka bertemu dengan Sultan Mahmud setelah mendapat tahu yang Gusti Putri ke sana. Sultan Mahmud boleh membantu Empayar Majapahit daripada serangan Pangeran Demak. Sebagai ganti, Sultan Mahmud dikahwinkan dengan Gusti Putri yang kini berada di Gunung Ledang. Selepas Hang Tuah mendengar berita itu, Hang Tuah mula berasa tidak sedap hati. Namun, kerana sifatnya yang amat patuh akan Sultan Mahmud, Hang Tuah terpaksa menggadaikan cintanya. 


 Hang Tuah pergi berjumpa dengan Pangeran Demak untuk menyelesaikan permasalahan mereka. Pangeran Demak mengaku kalah selepas berperang dan tidak mengganggu Majapahit lagi. Sejurus selepas itu, Sultan Mahmud terus menyediakan hantaran buat si Puteri Gunung Ledang. Penghantar rombongan tersebut dianggotai oleh Hang Tuah yang menyukarelakan pergi walaupun hatinya berduka, Tun Mamat dan beberapa orang lagi. Dato' Bendehara tahu bahawa Hang Tuah tengah berdukacita akan rombongan itu dan terus tidak membenarkan Hang Tuah pergi. Tetapi, Hang Tuah berdegil dan terus menjalankan perjalanannya kerana hasratnya ingin berjumpa Gusti Putri. 
Majapahit.


 Rombongan itu telah di ketahui oleh Gusti Putri. Gusti Putri bertapa di Gunung Ledang selama dia di sana. Disebabkan itu, Gusti Putri tahu akan kehadirannya. Gusti Putri telah menyamar menjadi nenek kebayan untuk mengetahui akan  isi hati Hang Tuah yang sebenar-benarnya. Hati yang ingin Puteri Gunung Ledang itu ingin tahu iaitu benarkah Hang Tuah pergi hanya sekadar titah Sultan atau kerana cinta agungnya? 


 Setelah Hang Tuah sampai ke Gunung Ledang, Gusti Putri terus menyambut kedatangannya dengan penuh rasa cinta. Tetapi, setelah mereka memberitahu apa yang dihajatinya, Gusti Putri terus terpaku dan tersentuh. Dia barulah tahu bahawa Hang Tuah benar-benar patuh akan titah sultan dan sanggup menggadaikan cinta agungnya. Kerana kemurkaan Gusti Putri, dia memutuskan 7 syarat sebelum menerima lamaran tersebut. Hang Tuah memutuskan untuk tidak pulang ke istana kerana telah gagal menyempurnakan perintah Sultan Mahmud. Hang Tuah menetap di hutan belantara dan membenamkan keris Taming Sari di sungai. Syarat-syarat tersebut dinyatakan di dalam bahasa sanskrit jawa. ianya berbunyi begini.


"Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya,"
Jawapannya, Tujuh tempayan air mata dara sunti.
"Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya,"
Jawapannya, Tujuh tempayan air pinang muda.
"Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya,"
Jawapannya,  Tujuh dulang hati hama.
"Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya,"
Jawapannya, Tujuh dulang hati nyamuk.
"Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning kuning raja dari tapak ke takhta,"
Jawapannya, Jambatan perak dari Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang.
"Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta,"
Jawapannya, Jambatan emas dari Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang.


 Semasa ini, Sultan Mahmud telah mengerah rakyatnya dan berjaya melakukan kesemua syarat-syarat itu. Gusti Putri berasa amat gentar ketika itu. Dia merasakan bahawa Sultan Mahmud akan berjaya menyelesaikan kesemua syarat tersebut. Sehinggalah dia turun ke Melaka untuk ke istana Sultan Mahmud sebelum syarat ketujuh dilaksanakan.


"Ketujuh, darah seguntal tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil,"
Jawapannya, Semangkuk darah Putera Kecil Sultan Melaka.


 Semasa Sultan Mahmud mendengar syarat ketujuh itu, dia bersetuju lalu dihentikan oleh Puteri Gunug Ledang. Gusti Putri menjelaskan kepada Sultan Mahmud bahawa kesemua syarat-syarat itu satu penolakan kerana setiap syarat itu ada perkataan darah. Apabila sultan mendengar sahaja, baginda begitu murka dan terus berkata "Bumi Melaka ini bumi berdaulat, sehiris luka yang beta terima, seMelaka sakitnya terasa!"


Gunung Ledang yang tidak
pernah nampak puncaknya.
 Jadi, Sultan Mahmud telah menyumpah setelah terbit fajar esoknya, sesiapa yang melihat  Puteri Gunung Ledang akan kehilangan nyawa bermuntahkan darah serta Jambatan Perak, Jambatan Emas dan Puncak Gunung Ledang dighaibkan dari pandangan semua.Gunung Ledang pula telah dikeluarkan dari Melaka kerana Gunung Ledang telah menerima sumpahan yang berdaulat. Puteri Gunung Ledang rasa kecewa akan sikap sultan tersebut. Sementara itu, Dato' Bendehara sempat memberitahu Hang Tuah hal tersebut. Hang Tuah berlari ke Gunung Ledang untuk berjumpa dengan Gusti Putri namun sia-sia kerana fajar pagi telah terbit di ufuk. 


jd..ape yg korang dpt dlm cerite nie????? hahahahah...itu korang fikirlah jawapannye ye....
sebenarnya mmg benar Puteri Gunung Ledang ini wujud dan sehingga kini ia masih lg hidup cume di alam laen iaitu alam bunian. Puteri Gunung Ledang ini duduk di puncak Gunung Ledang yg tiade sesiape yg tahu di mane puncaknye.... kalaw yg selalu kite pergi di sane adelah kaki gunung sahaje..di sane ade tujuh telaga yg selalu dijdkn tempat mandi puteri tersebut. Hmmmm...korang rasekn,, Hang Tuah pule hidup lg ke x????


ini ade sedikit lagu tema Filem Puteri Gunung Ledang lakonan Tiara Jacquelina dan M. Nasir. semoge berjumpe lagi..bubye....

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !