![]() |
| Ibubapanya bekerja keras untuk sebuah gerai kuih-muih. |
Naufal meminta sedikit air kerana penat berjalan akibat enijn keretanya yang rosak. Auradiyyah memberikan sedikit air kepadanya. Mereka mula berkenalan sejak hari itu. Auradiyyah semakin rapat dengan Naufal sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk bertunang.
Setelah setahun mereka bertunang, Auradiyyah mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Ibubapa Auradiyyah mula serasi dengan Naufal. Naufal pula berasal dari keluarga orang berada. Ibu Naufal iaitu Julia, 40, tidak berkenan akan Auradiyyah tetapi bapanya, Karman, 45, sebaliknya. Auradiyyah benar-benar ingin marapati hubungan ibu Naufal dengannya namun tidak berhasil. Sehinggalah suatu hari Auradiyyah mengambil keputusan untuk merencanakan majlis hari jadi ibu Naufal secara rahsia. Ketika Puan Julia pergi ke pejabat, Auradiyyah telah menjemput kawan-kawan dan saudara-mara Puan Julia. mereka bekerjasama untuk majlis itu. Sehinggalah malam. Naufal menyambut ibunya di hadapan rumah dan membawanya ke ruang tamu. Ramai yang menyambutnya dengan meriah tetapi setelah Puan Julia mendengar semua ini rancangan Auradiyyah, dia terus marah dan menghalau Auradiyyah keluar dari rumahnya. Kejadian tersebut menyebabkan Pak Sulaiman sangat marah.Sebulan kemudian, Auradiyyah terima tetamu yang membawa hajat yang besar di rumahnya. Tetamu tersebut adalah Encik Karman. Mak Rafiyyah menerima pinagan tersebut tetapi Auradiyyah tidak kerana dia tidak mahu berkahwin tanpa restu kedua-dua belah pihak. Auradiyyah sanggup berkorban demi menjaga maruah keluarga dan bersikap taat pada bapanya yang tidak membenarkan dia berkahwin. Naufal sangat kecewa namun, dia berusaha untuk mendapatkan Auradiyyah sehingga satu malam, Naufal datang ke Auradiyyah secara senyap-senyap. Naufal mengajaknya untuk kahwin lari, tetapi Auradiyyah tidak mahu melakukan itu. Auradiyyah sangat mentaati ibubapanya dan tidak sanggup untuk melakukan semua itu. Naufal hormat dengan isi hatinya dan memahaminya.
Sejak itu, Auradiyyah sering melawat ke kubur suaminya dan ke kubur Naufal. Cintanya terhadap kedua-dua lelaki itu telah mati di situ. Kini, Auradiyyah memulakan perjalanan hidup yang baru sekali lagi.
Tamat la sudah cerita Auradiyyah nie...panjang jugak....
Hhahahha...korunk rase...ap yg akn terjadi bile cinta korunk 2 x dpt bersatu???? hahahhaa.... fikir2 la sendiri....hehehehhe



No comments:
Post a Comment