Blogger Widgets

Greeting!

Thursday, February 10, 2011

Lagenda: Natrah

Assalamualaikum......selamat pagi/petang/malam semua....heheheheheh.....nie ade lg satu cerita bersejarah yg paling besar [x lar sebesar perang dunia kedue] yg pernah terjadi di Malaysia..... ha,,, korang semua taw x???? mesti taw kan kalaw ak sebut Natrah...ok.... nk dgr cerita die????? baiklah...kite mulekan research kite dr 3, 2, 5 eh eh......!!! 1!!!!


 Natrah dilahirkan 24 Mac 1937, di Tjimahi, Indonesia. Natrah berasal daripada keturunan Belanda. Natrah asalnya bernama Maria Huberdina Hertogh. Ibu Natrah, telah menyerahkan anaknya, Maria Hertogh kepada Che Aminah, penjual kain di Indonesia. Hal ini disebabkan Adeline tidak mampu menjaga Natrah kerana suaminya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh telah ditawan di Jepun semasa berperang.
Sejak hari itu, Maria Huberdina Heretogh, 5 tahun dijaga oleh Che Aminah dan terus dibawa ke Kemaman, Terengganu kampung asal Che Aminah kerana rakyat Indonesia tidak suka akan wajah-wajah orang putih di negaranya. Natrah nama diberi oleh Che Aminah setelah dia dimasukkan ke agama Islam.


Natrah semsa dalam perjalanan ke
mahkamah di Singapura.
 Semasa tahun 1945, Sarjan Hertogh telah dibebaskan. Adeline dan Hertogh mencari anaknya di Jawa tetapi tidak berhasil. Mereka terus balik ke Belanda dan mengarahkan orang-orangnya mencari Natrah. Semasa Natrah berumur 12 tahun, ketika dia bersenam di sekolah, Arthur Lorke telah menemuinya dan terus memberitahu Adrianus di Belanda. Sejurus kemudian, Adrianus telah memanggil Che Aminah serta Natrah ke Singapura. Dengan helah yang sulit, Natrah di bawa ke mahkamah. Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan agar Natrah di bawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura. Pada 24 April 1950, Natrah di hantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura. Natrah mula berasa takut kerana di hantar dan dimanipulasi oleh pihak kerajaan Singapura. Namun, ketakutannya tidak menghalangnya untuk tidak meninggalkan solat 5 waktu, ajaran-ajaran islam yang telah diajar oleh Che Aminah. Usianya semakin meningkat dan terus meningkat. Che Aminah peula amat risau dan mual bersedih. Tanpa berdiam diri, Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan peguam iaitu Encik Ahmad Ibrahim kerana ingin mendapatkan hak penjagaan Natrah semula. Rayuan tersebut tidak sia-sia, kerana Che Aminah berjaya dalam kes tersebut. 


 Natrah dijaga semula oleh Che Aminah. Semasa itu, Natrah mula menyedari bahawa hatinya telah terjatuh kepada seorang guru iaitu Mansor Adabi, 22 tahun. Mereka bercinta dan diperkenankan oleh Che Aminah. Mereka dinikahkan secara nikah gantung kerana tidak membuat persiapan apa-apa pun. Walaupun Natrah berumur 13 tahun, namun, dia telah akil baligh dan dewasa. Mengikut hukum islam, seseorang yang telah akil baligh di benarkan untuk berkahwin. Natrah mula merasakan dunia cinta meraka. Mereka takkan terputus walaupun dilanda rusuhan yang besar. Kejadian itu benar-benar berlaku setelah Che Aminah kalah dalam mahkamah kerana mahkamah mengutamakan undang-undang Belanda daripada Islam. Wanita yang di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk membuat keputusan sendiri dan hanya ibubapa sahaja yang menentukannya mengikut undang-undang Belanda. Manakala Islam pula membenarkan setelah seseorang itu akil baligh. Natrah tetap dengan keputusannya untuk beragama Islam. Rusuhan telah berlaku di hadapan Masjid Sultan di Singapura. Mereka menggelarkan Rusuhan Natrah. Rusuhan ini juga dikenali sebagai Perang Salib kerana peperangan berlaku terdiri daripada orang Islam dan orang Kristian. Natrah menghembuskan nafas terakhirnya sebagai orang Islam kerana telah berjaya dimurtadkan ke agama Kristian Katholik. Natrah terus menetap di Belanda. Natrah amat sedih kerana meninggalkan suaminya sendiri, Mansor Adabi. Ketika di sana, Natrah tidak pernah lupa solat walaupun sudah beragama Kristian. Masjid Bergen Op Zoom menjadi saksi Natrah bersembahyang di sana. 


Natrah, kiri, semsa melawat di Malaysia.
 Cinta Natrah tidak terputus dengan Masor Adabi. Mereka masih berhubung dengan berbalas-balas surat. Mereka masing-masing menceritakan kisah hidup mereka. Sehinggalah Mansor Adabi dan Natrah meminta izin untuk berkahwin. Mereka berdua berkahwin dengan pilihan hati mereka, namun, cinta mereka tidak pernah padam. Di Belanda, Natrah mendapat 10 orang anak. Natrah pernah cuba untuk membunuh suaminya dengan meracun dan menggunakan pistol tetapi tak berhasil kerana berjaya ditangkap dan dimasukkan ke penjara. Dia pernah dituduh gila atau sakit jiwa. Tetapi tiada yang dapat membuktikan kesasihannya. Mansor Adabi tidak dapat berhubung dengan Natrah. Berkemungkinan, Mansor Adabi telah meninggal dunia setelah mendapat kemewahannya di dunia. 


Teater Natrah The Musical
 Natrah berpindah pula ke America Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya. Natrah amat sedih dan hatinya hancur setelah tuhan menduganya dengan meninggalkan satu persatu orang yang tercinta. Natrah pernah pulang ke Malaysia, dan melawat kubur ibunya, Che Aminah. Orang-orang di situ semua gembira apabila dia pulang ke Malaysia dan mereka menggelarkannya Kak Puteh. Kak Puteh, Natrah meninggal dunia setelah sampai hajatnya ke Malaysia. Dia meninggal akibat leukemia.


hahahahah......camtulah kisah Natrah........
Kisah Natrah juge telah beradaptasikan Teater Natrah The Musical di istana budaya arahan Eirma Fatima.Pelakonnya terdiri daripada Maya Karin (Natrah), Remy Ishak (Mansor Adabi) dan Umie Aida (Che Aminah)....
sedihkan....apepepown...sebagai umat Islam, ape pown terjadi,, kite kene melaksanakan tugas kita...Amar Makruf Nahi Mungkar...  Natrah yang sudah dimurtadkan pown masih lagi menjalani hidupnya sbg org Islam...kite macam mane??? sempurna ke amalan kite??? pikir2 lar sendiri ye....bye....

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !