Blogger Widgets

Greeting!

Friday, February 25, 2011

Lagenda: Titanic

Assalamualaikum....hai semue...memandangkan ini episod terakhir Hazrul Imagination bg bulan February...tp x mengape..sbbnye blog ak nie menyajikn citer2 yg best utk korang makan...hahahah... [bg yg x suke 2,, cube suke2 kn lar ye..heheh] oklar... kawan ak sorang nie x sabar2 nk dgr citer nie. citer Titanic...korang taw kan....hahahahah...mesti la taw..... mmg popular kisah nie...dan memag sesuai utk bulan cinta nie....heheheheh
oklar..drpd ak merepek meraban-raban sesorang...baik ak mulekn research kite dr skrang!!


 Rose DeWitt Bukater, penumpang kelas atasan bagi sebuah kapal yang bernama Titanic. Ibunya, Ruth DeWitt Bukater dan bersama tunangnya, Caledon Hockly ingin menaiki kapal yang terbesar di dunia sebagai seorang golongan elit ketika itu.
Walaupun dia bergelar tunang Caledon, namun, hatinya tidak tertarik langsung. Ini kerana paksaan ibunya yang memaksa Rose bertunang dan berkahwin supaya dapat mengekalkan golongan atasan mereka. Di Titanic, Rose mengancam dirinya supaya tidak berada di kapal Titanic. Dia mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun di atas kapal Titanic kerana kehidupannya yang terlalu terkongkong. Nasibnya begitu baik kerana dia telah dihalang oleh seorang lelaki bernama Jack Dawson. Jack seorang yang miskin dan bertaraf rendah berbanding dengan Rose. Jack menarik tangan Rose lalu anggota kelasi menangkap Rose terus di bawa ke biliknya. Sebelum berpisah, Jack dan Rose sempat berkenalan. 


Kapal tersohor Titanic
  Keesokan harinya, Rose berlegar-legar di atas kapal sambil menghirup udara yang segar di pelayaran tersebut. Rose sekali lagi tersempak dengan Jack yang sedang melukis. Rose menegur Jack dan Jack terus bersembang dengannya. Jack menceritakan tentang bagaimana dia dapat menaiki kapal Titanic itu. Semasa kapal hendak berlayar, dia telah berjudi dengan pertaruhan 2 tiket kapal Titanic berlabuh bersama kawannya Fabrizio. Nasibnya hari itu amat bernilai kerana pertaruhannya menang dan terus membawanya ke kapal yang terbesar di dunia iaitu Titanic. Rose begitu rancak mendengar ceritanya dan Jack juga memperkenalkan hasil seni lukisannya yang melukis pelbagai orang di merata tempat. Dari lukisan kanak-kanak, seorang lelaki, seorang wanita dan juga lukisan tanpa seurat benang. Hal ini menimbulkan bahawa Rose berharap suatu hari nanti dapat menjadi salah satu potret yang dilukis oleh Jack Dawson. Mereka mula berkenalan dengan lebih rapat selama di pelayaran itu.


Rantai yang digambarkan
Heart of the Ocean
 Rose telah mengundang Jack ke sebuah majlis terhormat bagi kelas atasan dan Jack menerimanya. Rose mula mengenalkan Jack dengan ibu serta tunangnya. Hal yang demikian, Caledon mencemburui mereka berdua. Manakala, Ruth Bukater mula rasa sangsi akibat kemesraan Jack dan Rose kerana darjat semata-mata. Disebabkan kebosanan dengan tutur kelas atasan dalam majlis itu, Jack telah mencuri-curi keluar bersama Rose ke majlis kelas bawahan. Rose mula rasa bebas dan menggemari dalam keadaan yang riuh rendah itu. 


 Atas mengembalikan rasa cinta Rose terhadap Caledon, Caledon telah menghadiahi Rose dengan seutas rantai Le Coeur de la Mer yang bermaksud Heart of the Ocean alias Jantung Lautan. Ketika itu, rantai itu paling termahal dan hanya boleh dibeli oleh orang-orang yang berada sahaja. Walaupun ada rasa ketamakannya terhadap wang, namun, Caledon terpaksa menghadiahkan rantai tersebut kerana Rose yang dia cintai. Rose pula kerap berjumpa dengan Jack di tingkat bawah kapal. Sambil menghirup udara yang segar, perbualan mereka menyebabkan Jack jatuh hati pada Rose. Ini menyebabkan Rose janggal dan merasakan dirinya dicintai oleh cinta sejati. Namun, dengan ras terkongkong di dalam golongan elit dan tunangnya, dia mengambil keputusan untuk mencintai Jack sepenuh hati.
Potret yang dilukis oleh Jack Dawson
ditemui semasa pengolahgalian Titanic.


 Suatu hari, Rose memanggil Jack supaya dirinya dilakar ke dalam sehelai kertas lukisan Jack Dawson. Jack setuju dan lukisan tersebut perlu dilukis salam keadaan Rose yang hanya memakai rantai Heart of the Ocean itu. Itu adalah kehendak Rose sendiri yang merelakan dirinya di potret tanpa seurat benang di badan. Jack melukiskan potret tersebut dengan sempurna bersaksikan kapal Titanic. Sejak hari itu mereka sering bersama sehingga Rose banyak meninggalkan aktiviti-aktiviti kelas pertama. 


 Caledon pernah tersempak dengan Rose bersama-sama Jack di suatu hari. Lalu Caledon terus memberi amaran kepada Rose supaya jauhi Jack si lelaki miskin itu. Namun, sepatah kata pun dia endahkan. Sehinggalah Jack dan Rose bersama-sama melarikan diri pada malam itu. Mereka melarikan diri daripada orang-orang Caledon yang ingin menangkap Jack. Dalam perlarian itu, keterlanjuran cinta mereka terus disambungkan langkah demi langkah. Sehingga mereka berhenti di hadapan luar kapal. Ketika itu, kapal Titanic berlayar di Lautan Atlantik. Seorang pengemudi kapal perasan bahawa seketul aisberg berada hadapan kapal dalam keadaan samar-samar. Tanpa sempat membelok kapal tersebut, Titanic telah berlanggar dengan aisberg itu bersaksikan Jack dan Rose. Ais tersebut telah terjatuh di hadapan Rose. Rose berasa amat takut namun, Jack telah berkata padanya yang kapal ini dibina besar kerana ia tidak akan pernah tenggelam. Kalau kapal ini tenggelam, Jack menyatakan cintanya tak pernah luput di ingatan. 
Gaya King of the World
yang sangat popular sehingga
kini.


 Ketika kekecohan kelasi bahawa kapal ini bocor di bahagian bawah, Jack telah ditangkap oleh Caledon dan dikurung di dalam bilik yang paling bawah. Berpusu-pusu orang meminta keluar dari kapal untuk diselamatkan  daripada lemas di dalam air yang sejuk namun, pertolongan tersebut hanya diluluskan oleh wanita dan kanak-kanak. Rusuhan berlaku antara mereka dan mula mengganas. Bot keselamatan diturunkan satu persatu diikuti dentuman bunga api. Rose mencari Jack di dalam kapal Titanic. Sehinggalah Caledon terlepas kata yang dia telah mengurungkan Jack di bawah. Akhirnya, Jack dapat diselamatkan di dalam air yang sejuk. Bahagian bawah kapal mula tenggelam. Ketika Jack dan Rose pergi ke bot keselamatan tersebut, Jack telah ditolak kerana wanita kelas atasan lebih diutamakan. Rantai Heart of the Ocean telah diambil oleh Caledon sebelum dia menyelamatkan dirinya. Namun, malang menyebelahi dia kerana rantai tersebut disimpan di dalam kot bajunya yang telah diserahkan kepada Rose. 


 Percintaan antara Rose dan Jack sangat kukuh dan padu menyebabkan Rose masoh lagi berkeras untuk tidak menaiki bot tersebut dan ingin bersama Jack di atas kapal Titanic. Kapal tersebut mula terbelah akibat di bahagian dek belakang kapal dipenuhi air yang tidak dapat menampung berat kapal. Akhirnya, kapal tersebut tenggelam dan seramai 1500 orang terkapai-kapai di lautan beku itu termasuk Jack dan Rose. Kata-kata akhir Jack terhadap Rose adalah kekalkan kehidupan seperti biasa walaupun dia telah tiada. Jack menyuruh Rose supaya berkahwin dan sering mengingatinya selalu. Akhirnya, Jack mati di situ kerana kesejukkan dan beratus-ratus orang lagi mengalami hipotermia. Hanya seorang sahaja yang dapat diselamatkan iaitu Rose, Rose Dawson. 
Titanic yang akhirnya tenggelam
juga.


 Rose amat sedih dan menyesal kerana tidak dapat membawa pulang Jack ke daratan. Rantai Le Coeur de la Mer menjadi kenangannya di atas kapal Titanic. Kapal Titanic itu berjaya ditelan oleh Lautan Atlantik pada 15 April 1912. Kini Rose telah meninggal dunia ketika berumur 101 tahun. Cintanya tidak pernah padam. Sekumpulan pengkaji saintis lautan menemui potret Rose hanya memakai rantai Heart of the Ocean sebagai bukti kewujudan cinta mereka. 




fuhh... panjang betul cerite Jack dan Rose nie...sedih pown ade... hai...mgkin bkn naseb diorang kot... xper lar....
ni ak ade info sedikit tentang Titanic  nie.....pd tahun 1997, terciptenyer Filem Titanic nie...sebab 2 ceritenyer popular sampai skrunk...hahahahah....korunk mesti suka kan tgk cerite tu kan..kn..kn..????? hahahhahaa..... Pelakon utamenye dipegang oleh Leonardo De Caprio sbg Jack dan Kate Winslet sbg Rose.... 


mmg sedih citernyer.... lebih2 lg bile dgr lagunye....huhuhuhu.... rase cam nk nanges......
sape sangke..kapal yg dikata takkan tenggelam akhirnye tenggelam jugak...heheh...maknenyer kite boleh ambil iktibar dr caerite ni.... bende yg sebagus2 dr pandangan kite pown, sburuk2nye lar dr pandangan kite juge...cume, kite x dpt melihtnye pade mase 2 juge...heheheh fikir2knlar ye....


lagu tema bg filem ini didendangkan oleh Celine Dion berjudul My Heart Will Go On.... mmg sedih..lagu nie mmg direka khas buat Filem Titanic  nie....

memandangkan nie episode terakhir bg bulan february, ak harap kite dpt jumpe lg dlm episode bulan mac lak yer...sedih nie..taw....huhuhuhu...semoge berjumpe lagi...bubye....

1 comment:

Hammy Hamster !