Blogger Widgets

Greeting!

Sunday, February 13, 2011

Lagenda: The Brown Lady

Assalamualaikum..... salam angin barat semue....Siri Lagenda kite kali ini memaparkan sebuah kisah dari negare barat....hahahhaa....semue mesti nk taw kan..... ok....setelah mendpt informasi yg betul dan terbukti kesasihannye....cerite ini pown akn dikisahkan dlm blog nie..
ak telah buat beberape kajian tentang nie....dn nk kongsikn dgn korang..supaye dpt menjdi iktibar...ok lar..research kite bermule dr skrung!!!

Lady Dorothy Walpole
 Lady Dorothy Walpole menetap di Norfolk. Dia seorang wanita yang sopan, dan lemah lembut. Dorothy adalah adik kepada Robert Walpole, Perdana Menteri Great Britain yang pertama. Dorothy telah berkahwin dengan seorang lelaki yang di sayangi iaitu Charles Townsend. Namun, cintanya terbelah bagi apabila dia mengetahui bahawa dia isteri kedua Charles Townsend. Walaupun Townsend seorang yang panas baran, Dorothy tetap setia pada yang satu.
 

 Dorothy juga patuh pada suaminya. Selama mereka bercinta, mereka mendapat anak yang sihat-sihat belaka. Suatu hari, Dorothy tinggal di rumah seorang diri. Suaminya, Townsend memesan agar tidak keluar dari rumah. Secara tiba-tiba, Lord Wharton datang ke rumah Dorothy dan mengajaknya ke Countess Of Wharton. Dorothy tidak mahu dan menolak pelawaannya. Tetapi, Wharton memberi alasan yang suaminya menyuruh hadir di sana. Dengan alasan yang munasabah, Dorothy pergi mengikutnya.

The Brown Lady yang pernah di'snap' oleh
Lucia C Stone padahari Krimas di tangga Raynham Hall.
 Tiba di sana, Wharton mula dengan rancangannya, Wharton dari dahulu memang inginkan Lady Dorothy Walpole kerana kecantikannya yang luar biasa.  Sikap iri hatinya terhadap Townsend meluak-luak dalam hatinya. Ini menyebabkan dia ingin merancang niat jahatnya kepada Dorothy. Ketika Dorothy dalam keadaan panik, Townsend sampai di Countess Of Wharton. Townsend melihat Dorothy bersama Wharton di dalamnya. Akibat persaan panas barannya, dia telah memarahi isterinya dan mngurung di dalam Raynham Hall, sebuah rumah keluarga Townsend. 

 Dorothy terseksa di sana. Sudah beberapa hari dia tidak melihat anak-anaknya. Rasa kecewa mula keluar dari emosinya. Suaminya pula tetap akan pendiriannya sendiri. Akan rasa setianya pada suami, dia sanggup menerima hukuman itu. Setiap hari dia berdoa untuk menguatkan hatinya gar tidak pernah rasa dendam dan marah pada Townsend. Itu kerana dia amat mencintai Townsend dengan sepenuh hati. Sehingg suatu hari, Dorothy sakit. Dia berpenyakit demam cacar. Akibat daripada tidak menerima rawatan selanjutnya, dia mati di situ pada tahun 1726.

 Roh Lady Dorothy Walpole tidak tenteram kerana dia masih tidak dapat mencari cinta sejatinya. Rohnya, pernah kelihatan di Raynham Hall oleh Lucia C Stone. Disebabkan dia berpakaian gaun coklat, rohnya digelar sebagai The Brown Lady. Sehingga kini, The Brown Lady masih setia dengan kepatuhan suaminya bahawa dia tidak akan pernah keluar dari Raynham Hall sehingga dimaafkan.
Raynham Hall

Oklar...begitulah cerita cinta Lady Dorothy Walpole......camaner,, best x???? hahahahah ini sajelah info yg ak dpt.....kalaw ade yg x berpuas hati,, leh la search kat google ye.....ok..bye...

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !