Blogger Widgets

Greeting!

Saturday, December 15, 2012

Resepi: Jemput-Jemput Cili Berapi bersama Sos Halia

Assalamualaikum, dah lama dah tak update blog ni, hehehe.
Hai semua, sihat ke? Anyway, saya sekarang dah ada 2 blog! [satu blog pun tak terjaga, inikan pula 2 blog! Apela dia ni~~] http://hazrulputih94.blogspot.com
Hahaha, aku ni memang suka macam ni, tamak sangat :)

Ok, kali ni ada slot terbaru iaitu Slot Resepi.
Aku mulakan dengan resepi ciptaan aku yang bernama Jemput-Jemput Cili Berapi bersama Sos Halia.
Hurrm... macam susah je dengar. Well, taklah susah mana. Korang yang kurang memasak di rumah tu pun leh masak taw!


Serius, aku cakap, senang je. jom tengok bahan-bahannya.

Bahan-Bahan:-

Jemput-Jemput

  • 4 cawan tepung gandum 
  • 1 biji telur (Gred A)
  • 1 biji bawang merah (dipotong halus atau dikisar)
  • 3 ulas bawah putih (dipotong halus atau dikisar)
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh Maggi Cukup Rasa *
  • 4 batang cili padi (dihiris kecil-kecil dan bergantung pada kepedasan)
  • Garam dan Air secukup rasa


Sos Halia

  • Sos Cili Life bersama Bawang Putih dan Halia
  • Sedikit air
  • Secubit gula

Cara-Cara:-

Jemput-Jemput

  1. Larutkan garam secukup rasa bersama air mentah lebih kurang 2 gelas cawan.
  2. Adunkan 3 cawan sahaja tepung gandum ke dalam mangkuk besar.
  3. Tuangkan air tadi sedikit demi sedikit dan kacau adunan. Perhatian, jangan tuangkan air dengan banyak sekaligus kerana boleh menyebabkan tepung tidak pekat.
  4. Kacau adunan sehingga menjadi adunan air yang pekat. 
  5. Pecahkan sebiji telur ke dalamnya. (Sebiji saiz telur yang besar sudah memadai)
  6. Kacau sehingga larutan telur dan tepung sebati dan sedikit kembang. (Muncul gelembung buih)
  7. Kemudian, masukkan bawang putih dan bawang merah yang dipotong halus bersama lada sulah dan Maggi Cukup Rasa*.
  8. Kacau sehingga ia sebati.
  9. Adunan akan menjadi cair, oleh itu, tambahkan sedikit demi sedikit baki 1 cawan tepung gandum tadi sehingga adunan tersebut pekat sedikit dan sesuai untuk digoreng.
  10. Panaskan minyak di kuali dengan keadaan minyak yang banyak. 
  11. Akhir sekali, masukkan cili padi yang telah dihiris ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  12. Masukkan sedikit demi sedikit adunan tersebut ke dalam kuali masakan dan pastikan minyak dalam keadaan yang panas.
  13. Tunggu sehingga jemput-jemput keperang-perangan.
  14. Toskan dan sedia untuk dihidang.
Sos Halia
  1. Masukkan tiga sudu Sos Cili Life bersama Bawang Putih dan Halia ke dalam kuali kecil tanpa minyak.
  2. Masukkan secubit gula dan sedikit air.
  3. Setelah gula dan air sebati bersama sos, tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk.
Panduan:-
( * ) - Bahan sampingan

Ok, terima kasih kerana membaca. Selamat mencuba!
Assalamualaikum :)


No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !