Blogger Widgets

Greeting!

Sunday, January 23, 2011

Lagenda: Anneliese Michel

Assalamualaikum... dan selamat beribadat..hahahha... ade lagi cerite yang menarik nk dikogsi kat kamu semua [tetibe jd sopan santun lak]... ok ok...kisah ari nie yang ak nak bgtaw adelah kisah orang barat....Kalaw korang taw,, comment2 lar sikit.....
Kenalkah korang tentang Anneliese Michel? kalaw kenal tu, fhm2 jer lar ye..kalaw x kenal lg..meh kite mulekn research kite mulai sekarang!..


Anneliese Michel sebelum dia dirasuk syaitan.
 Anneliese Michel dilahirkan pada 21 September 1952 di Bavaria, Germany. Dia seorang wanita yang baik, sopan santun dan solehah bagi seorang penganut agama Kristian Katholik. Namun, kejadian aneh telah berlaku padanya  sejak  dia telah tidur di sebuah bilik kosong atas menebus dosa-dosa seorang paderi dan penagih dadah. Kejadian aneh tersebut berlaku dalam keadaan dia yang merana seperti seorang yang sakit akal (masalah jiwa atau sakit mental). Pada sekolah menegah, dia telah disahkan oleh mahkamah tentang sebuah penyakit serangan epilepsi. Tidak lama kemudian,
dia sering mendengar bisikan yang amat menakutkan ketika dia sedang berdoa, seperti "rumahmu adalah neraka, tubuhmu milik neraka dan jiwamu di lubuk neraka,". Michel mula berasa amat takut dan sering menangis. Dari sejak itu, tingkahlakunya mula menarik perhatian ibubapanya seperti memakan labah-labah, menjilat tubuhnya dari atas ke bawah dan mengoyak baju-bajunya. 


Anneliese Michel semasa dirasuk syaitan dan
upacara mengusir syaitan.
 Semasa dia berumur 23 tahun, seorang wanita tua telah menziarahinya dan wanita tua itu memberitahu kepada ibubapanya bahawa dia telah dirasuk syaitan. Ibubapanya masih lagi enggan percaya dan terus menggunakan perubatan sains teknologi. Setelah 10 bulan kemudian, ibubapa Michel akur untuk menggunakan perubatan pengusir syaitan. Seramai enam puluh tujuh sesi mengusir syaitan, di dalam satu atau dua sesi setiap minggu dan 3 hingga empat jam berlangsung. Namun, tidak juga pulih-pulih. Michel mula berputus harapan dan enggan memakan ubat daripada doktor. Dia juga tidak lalu untuk makan kerana keadaannya itu. Dia mula bermimpi tentang "rasukan syaitan" dan tiada penawarnya. Hatinya mula berasa sedih dan tidak boleh mengawal tubuhnya sendiri. Pada 1 Julai 1976, Anneliese Michel mati di dalam tidurnya. 

 Paderi yang bernama Ernst Alt dan Arnold Ren telah dituduh menyeksa Anneliese Michel selama dia terlantar di rumah. Paderi-paderi itu dijatuhkan hukuman penjara kerana paderi tersebut adalah orang terakhir yang merawat Michel. Namun selama tujuh bulan penyiasatan di mahkamah, mereka dibebaskan daripada hukuman walaupun mereka kalah dalam pengadilan. Pita rakaman semasa rawatan Anneliese Michel sebagai bukti di mahkamah untuk membebaskan paderi-paderi tersebut namun tidak berjaya. 


Gitulah ceritenyer Anneliese Michel nie... x taw lah betol ke tak... tp research nie telah dikaji lebih detail dan inilah hasilnya... kalaw korang nk taw, cerita wanita nie telah dijudulkn dalam cerita The Exorcism Of Emily Rose. Pernah dgr bukan...


The Exorcism Of Emily Rose,
kesinambungan Anneliese Michel.
Info laen yang ak dpt ialah, semase die mati, beratnye hany 68 pound jer..hmmm..ia bermakne 30.8 kg jer....hahaha...kecik kn...kesian die..


oklar..
kembali ke episod yg laen..... tunggu ye utk cerite yg lg gempak...hak hak hak....

*p/s: utk maklumat lanjut, gi google image atau youtube, search Anneliese Michel...

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !