Blogger Widgets

Greeting!

Sunday, March 27, 2011

Gempak: Malaysia mempersembahkan Shuffle...!

Assalamualaikum.....hhai ho diggedee......[trademark catdog] hahhahahha....inilah rancangan dokumentari terbaru dlm Hazrul Imagination....ok ok ok...bg sesiape penggemar action atau ganas,,,di sini ak akn paparkan perihal2 generasi mude yg mesti ade pde diri mereka....semuenye ade dlm "Gempak!" ok..tajok hari nie adelah Shuffle... kite mulekan sebalik tabir kite dr skrunk!

 Shuffle adalah suatu seni tarian. Tarian ini pada asalnya tercipta di Melbourne, Australia. Ia bermula pada akhir tahun 1980 dan awal tahun 1990. Seni tarian Shuffle telah tersenarai dalam 10 Tarian Generasi Muda zaman kini. Asas bagi seni tarian ini pada mulanya adalah hanya memerlukan pergerakan tumit dan jari kaki yang lembut dan beralun serta tangan.



 Lain pula di Malaysia. Tarian Shuffle bermula pada tahun pertengahan 2005 dan ia amat diminati oleh rakan muda kita. Bukan sahaja golongan remaja, malah golongan kanak-kanak juga sudah mahir dalam tarian ini. Pergerakan tarian ini amat berbeza berbanding Melbourne. Di sini, pergerakan Shuffle hanya memerlukan kaki yang digesel ke tanah yang rata dan diangkat berulang-alik. Pergerakan tangan pula mengikut gerakan bebas [freestyle]. Shuffle tidak mengikut saiz tubuh badan seseorang.Ia hanya mengikut kreativiti seseorang penari untuk menampilkan persembahan yang gempak.

 Shuffle juga bukan untuk lelaki sahaja. Tarian ini juga telah berjangkit kepada wanita. Selalunya, seseorang itu akan memakai seluar yang nipis dan singkat serta memakai vest. Lagu untuk seni tarian ini bergenre hardstyle atau tekno. Ia bukannya seperti zapin mengikuti irama Malaysia selalu. Namun, lagunya juga tidak memilih. Di mana-mana ada lagu yang mengikut sedikit sebanyak rentak hardstyle mahupun hip hop, maka terciptalah Shuffle.

 Antara kumpulan yang cukup popular di Malaysia adalah Hardstyle Republic dan juga Funkakaction. Manakala Kuala Langat, Telok Panglima Garang telah menubuhkan beberapa kumpulan Shuffle tersendiri. Antaranya yang boleh disebut adalah Revolution Hardstyle Kineticz [sorry kalau tersalah eja] ataupun dikenali sebagai RHK. Mereka terdiri daripada Muhammad Fakrur Radzy alias Ku-G, Muhammad Faizuddin alias Afiz, Shamsul Iskandar alias Ken, Defi Ardi Yansyah alias Ardicx dan Muhammad Shahfiq alias Shaf Sixth. Di bawah mereka terdapat banyak lagi anak-anak didikan rendah. Kelab RHK juga di bawah pimpinan sebuah kelab yang bernama Ixora, Kuala Langat. Mereka masih lagi dalam persekolahan dan hanya 90% aktif dalam bidang ini. Mereka juga banyak memasuki pertandingan luar dan memenangi tempat ketiga. Kini, mereka masih berusaha dengan lebih gigih untuk mendapatkan nama gelaran sebagai Juara.

Shuffle Team RHK:-

  • Ku-G - Leader
  • Ken - Assistant Leader
  • Afiz - Dj
  • Ardicx - Krew
  • Shaf-6 - Krew
ok....begitu shjlah yg ak dpt info drpd sumber2 yg boleh dipercayai.....hmm..nmpknyer ramai dh minat shuffle...nie... Ajam pun shuffler jugak..dan skrunk die tlah bergelar artis atau penyanyi af iaitu Arill....

ok lar....sampai di sini shjlah watikah ak nie....terime kasih kpd Udin dan Sam serta Afro dan Def krn bg info nie kpd aku yaww.... x lupe juge Fakrur, Leader Team RHK.... ok..semoge berjumpe lagi..bubye..:)

3 comments:

Hammy Hamster !