Blogger Widgets

Greeting!

Sunday, March 20, 2011

Mitosia: Alisya dan Farisya

Assalamualaikum.....dan kini tibenyer mase utk cerite misteri yg mendapat smbutan hangat sebelum ditulisankn di blog ak...yeah......sebelum cerite Alisya dan Farisya nie terbit secare lisan....sume ahli keluarge dan shabat karibku menggemarinye...nmpknyer....terpulanglah pade korang....nk suke kn nyer ataw pown x...tp yg ak taw...ramai yg ckp citer nie best....jd....korang sile2knlah yer bace.....ok...kite mulekn cerite ak nie dr skrang!!!!!


 "Alisya! Alisya! Alisya!!! Mana kau ni? Aku dah tunggu berjam-jam tak siap-siap juga lagi. Cepatlah, kata nak ke majlis Malam Gemilang Akhir Tahun kat sekolah. Keluarlah," jerit Suzana. Suzana adalah teman baik Alisya sejak dari kecil. Alisya bersiap-siap hendak pergi ke majlis tersebut. Dia memberi senyuman yang menawan di cermin almarinya itu.


"ALISYA!!!!"
"Ya Su, alamak, habislah mawas cantik dah marah!!!"
"Hadoi, dah pukul berapa ni. Lambat betul Alisya ni. Ini yang buatkan aku naik darah ni. Ada je yang tak kena." Bebel Suzana.

"Su, aku dah siap. Malam ni, mesti aku menang dalam pertandingan Ratu 1001 Malam nanti."
"Wah, wah, wah, Alisya. Makin main lawa kau malam ni. Dah macam Arabian girl dah aku tengok." ujar Su.
"Biasalah, aku kan cantik, lagipun, aku ni dah 3 tahun habis sekolah. Asyik terperap je kat kolej tu, nak juga suruh yang lain tengok transformasi aku ni lepas habis sekolah, hahaha,"
"Eh, malam ni kira macam reunion lah ya?" tanya Su.
"Ia, kenapa? kau takut nak jumpa kawan lama?"
"Tak adalah, manalah tahu, kalau-kalau aku jumpa buah hati aku tu, hehehe"
"Siapa? Farique? Ceh, selisih malaikat 44 aku takkan berbaik dengan dia, perasan handsome,"
"Tak baik kau cakap macam tu kat dia tau, kesian dia,"
"Hei, yang kau tercegat kat situ kenapa? Cepatlah, kata dah lambat tadi," celah Alisya.
"Ha, ya lah ya lah, bising je, hem,"


 Alisya dan Su memulakan perjalanannya ke majlis tersebut. Pertengahan jalan, mereka tersempak dengan Farisya. Farisya seorang gadis yang bergelar adik jika dibandingkan dengan Alisya dan Su namun, rupanya yang serba sederhana membuatkan orang memandang rendah padanya. Alisya tidak begitu rapat dengan Farisya kerana Alisya mementingkn kecantikan. Pendangkap gigi dan cermin mata menghiasi wajah Farisya. Walaubagaimanapun, Farique abang kepada Farisya jauh panggang dari api. Farique seorang yang segak dan diminati oleh wanita-wanita di kolej. Alisya juga mempunyai kebolehan "sixth sense". Kebolehan itulah yang membuatkandia popular di situ.


 Farique masih menunggu ketibaan Farisya. Alisya dan Su tiba di majlis. Alisya merasakan bahawa seseorang sedang mengekorinya dari belakang. Apabila dia menoleh, kelihatan Farisya dengan baju gaun emasnya. Alisya berpaling muka lalu menyindir Farisya. Farisya merendah diri. Hubungan Farique dan Alisya sangat popular di kalangan kawan sekelasnya. Mereka sering bergaduh menunjukkan kehebatan masing-masing. Disebabkan kedinginan itulah Alisya tidak gemar berkawan dengan Farisya. Pada malam itu, setelah selesai majlis, Su bergerak menaiki kereta. Alisya mengikuti Su bersama-sama. Alisya secara sengaja ingin mengenakan Farique di tepi jalan. Dia telah membaling tin minuman ke arah Farique lalu terkena di kepala. Semua yang berada di situ tertawa melihat Farique terpekik memanggil nama Alisya termasuklah adiknya Farisya. Alisya hanya menjelir lidah mengejek Farique. Akibat kepalanya dikeluarkan ke tingkap, Alisya tersempak dengan makhluk bermata merah di luar kereta. Dia terus menjerit lalu ditutupkan tingkapnya. Semua yang ada di situ membalas gelakkan kepadanya termasuklah Farique. 


"Hahaha, balasan suka kacau orang. Patutlah anugerah yang dia ada tu di beri kat dia, rupa-rupanya untuk mengelakkan dia daripada mengganggu orang, hahahaha," kata Farique.


 Keesokan harinya, Farique tidak hadir ke kolej. Alisya dengan lagaknya berjalan menuju ke kantin. Alisya duduk seorang diri. Tiba-tiba dia dikejutkan oleh Farique dari belakang. 


"Hoi! Terkejut aku!"
"Hahaha, mak cik terkejut ke? hahahaha," gelak Farique.
"Ada apa ni? Kau jangan nak buat benda tak elok dengan aku hari ni. Aku badmood ni, masalah wanita,"
"Ya, aku tau lah badmood kau tu. Masalah wanita ke, bukan masalah wanita ke, hari-hari kau badmood."
"Diam la kau!, ganggu orang tengah makan, datang sergah tiba-tiba, ada apa!"
"Ahm," Farique duduk menghampiri Alisya. "Ni, aku nak minta tolong sikit, boleh tak" Farique mula serius dan keadaan menjadi sayu.
"(Eh, tak pernah aku nampak mamat ni serius dengan aku, kenapa pula ni, takut aku) Tolong apa?"
"Aku dalam seminggu dua ni, aku pergi luar bandar. Jadi..." Farique merenung ke arah Alisya.
"(Aduyai, dia tenung aku pula. Ni yang kaget ni) Jadi apa!!!!" sergah Alisya.
"Jadi-aku-nak-minta-kau-jagakan-adik-aku-dekat-rumah-sebelah je!" 
"Wak lu kau suruh aku jaga adik kau, aku bukannya babysitter,"
"Tolong lah, kau je yang berjiran dengan aku, sebelah kiri rumah aku tu mamat bangla menyewa, yang sebelah depan tu, amoi jual kain, kau je yang boleh tolong, boleh lah, boleh lah..."
"Ehmm..... (nak tolong ke tidak ni, argghhh...buat apa aku nak tolong musuh aku ni, tak payah je lah)"
"Please, please...please...please...."
"Ok lah..aku tolong, tapi, kau kena janji dengan aku, lepas ni, kau kena mengalah je selalu, boleh?"
"No problem, ok." Farique beransur pergi. Alisya mula rasa pelik.
"Apa pasal dengan mamat tu?" Alisya tertanya-tanya. Dengan secara tidak sedar, Suatu bisikan datang dari telinga sebelah kiri Alisya.
"Terima kasih Alisya," bisik Farique.


 Su pergi menerkam Alisya di sofa ruang tamu. Alisya sedang mengunyap-ngunyap kerepek bawang.
"Betul ke Alisya?" tanya Su.
"Betul, kau tak percaya ke. Mamat tu pelik gila tadi,"
"Adoyai, mamat tu dah lah handsome, boleh tenung-tenung kau macam tu, kau tak tergoda ke? Hehehe,"
"Apa kau merepek ni. Dha lar aku nak tidur,"
"Kau tak terpikat ke? Semua perempuan dekat kolej sukakan dia tau. Kau boleh tak terpikat? Kau ni ada masalah hormon kot."
"Apalah kau ni, kau cuba lah fikir, dia tu musuh aku, takkan mananya aku nak terpikat dengan dia, ceh!" Alisya terus naik tangga dan masuk ke biliknya. Dia terus tidur dan berfikir untuk memulakan tugasnya untuk menjaga Farisya.


 Alisya mengetuk pintu rumah Farisya. Farisya membuka dan menjawab salam. Alisya memberitahu yang selama abangnya pergi outstation buat kajian ekonomi, dia akan menjaga Farisya sebaik mungkin. Farisya tidak kisah dan membuat hal sendiri. Tugasan yang diberi amat mencabar bagi Alisya. Tugasan yang dia tidak pernah buat seumur hidupnya itulah yang dimaktubkan seperti mengemas rumah, membasuh baju, dan memasak. Walaupun Alisya seorang yang berlagak, namun, hatinya ada tersimpan juga perasaan menolong orang yang dalam kesusahan. Itulah kelebihan yang ada pada Alisya. Hari pertama sudah selesai. Alisya ingin menemani Farisya tidur di rumah tetapi, Farisya enggan. Farisya kasihan akan  Alisya yang telah membuat kerja seharian di rumah. Farisya menyuruh Alisya supaya pulang ke rumah sesudah Asar. 


 Semasa Alisya berjalan menuju ke rumahnya, Alisya terlihat Farique yang duduk keseorangan di taman. Alisya menegur Farique dengan mukanya yang marah.
"Hoi, kau kata kau pergi...."
"Hoi,, aku tanya ni, kenapa kau diam hah! (Ek eleh mamat ni, emo ke?)" Farique terpaku terdiam di situ. Alisya perlahan-lahan duduk di sebelah Farique.
"Farique, sori lah aku kasar tadi. Kau...kau ada masalah ke?" Alisya mula rasa bersalah.
"Wei Farique, jangan emo sangat. Cakaplah, kau ada masalah ke? Takde lah, sebabnya sejak semalam aku tengok kau lain macam. Sebab tu aku tanya, Farique..."
"Sori lah aku tipu kau. Aku bukannya nak kenakan kau semalam. Tapi..." jelas Farique.
"Cuba kau explain kat aku. Manalah tahu, aku boleh tolong."
"Aku.....sebenarnya....gaduh dengan adik aku, Farisya. Aku tak tahu mana nak mula. Memang hari ini aku ada outstation, tapi orang suruhan ayah aku gantikan aku."
"Ooo.... macam tu. Kau ni, janganlah serius sangat, takut aku." gelak Alisya.
"Heh, aku ni asyik kacau kau je. Bersalah pula aku."
"Takpe lah, bukannya aku ambil kisah pun. Hahaha" Alisya melihat jam tanganya.
"Wei, aku kena balik dulu ni, nanti marah pula si Su tu, ok bye!" Farique hanya tersenyum,


 Alisya masuk ke kelas dan melihat kerusi Farique kosong. Dia pelik, ke mana perginya Farique. Mungkin, Farique dah pergi outstation agaknya. Sejurus dia pulang dari kolej. Dia terus memasak, dan mengemas rumah Farisya. Farisya leka menonton televisyen. Sesudah solat Asar, Alisya berbual dengan Farisya seketika.
"Adik, nanti akak balik dulu. Kalau ada apa-apa, telefon akak. Jangan diam je."
"Ok," balas Farisya. Alisya pergi ke pintu keluar. Dia terhenti di situ lalu bertanya semula kepada Farisya.
"Farisya, kau ada gaduh dengan abang kau ya?"
"Hmm.... kenapa?"
"Abang kau mengadu kat akak yang kau bergaduh dengan dia? Betul kan?"
"Akak, saya ni tak suka masuk campur hal orang,"
"Ahmmm... (aduh, terkena aku)"


 Alisya berjalan pulang. Dia sekali lagi terlihat Farique di taman. Lalu Alisya menegur.
"Farique, termenung jauh nampak?"
"Tak adalah,"
"Kau pergi mana? Kat kolej tadi kau tak ada pun."
"Aku pergi bersiar-siar, cari ketenangan." Keadaan mula menjadi serius. Alisya bertanya secara perlahan-lahan.
"Aku lupa nak tanya kau Farique, apa sebabnya kau bergaduh?"
"Aku? Heh, sebabnya? Hahaha...dah agak dah, kau mesti nak tau."
"Ya lah, sekarang kan aku dah jadi babysitter adik kau tu, mestilah kena tahu." Alisya mula berlagak. Farique kembali serius.
"Farisya tak suka ayah. Sebab ayah, ibu meninggal. Farisya benci ayah. Dia marahkan aku sebab aku bekerja dengan ayah. Sambbil-sambil tu, aku belajar. Aku gunakan gaji aku dan kewangan ayah untuk sara hidup kami. Ayah masih bertanggungjawab walaupun kakinya cedera sikit akibat dia kemalangan bersama arwah ibu. Farisya masih kecil. Dia tak faham apa-apa. Akulah selama ni jaga dia tatang minyak yang penuh,"
"Ahmm....aku minta maaf Farique, aku tak sengaja nak tahu kisah kau,"
"Tak apa," Farique merenung ke arah Alisya. 
"Kau ingat malam yang kau balin tin kat aku tu? Malam tulah aku mula bergaduh dengan Farisya. Aku beritahu dia yang aku akan pergi outstation bersama ayah. Dia terus marah dan tinggalkan aku seorang diri berjalan di terpi jalan itu,"
"Hemmmm....jadi kenapa kau tak minta maaf kat dia?"
"Aku........aku cuma..tak boleh lagi. Peluang yang aku ada dah habis." Farique mula berasa sedih. Alisya mula menceriakan keadaan apabila mendengar kisah Farique.
"Hei, Farique, kau janganlah fikir sangat. Dah lah, kau ni emo lah.Aku tak suka doh,"
Alisya mula serasi dengan Farique. Mereka semakin rapat dari sehari ke sehari. Mulai dari hari itu, Alisya menjalani tugasnya seperti biasa. Lepas pulang dari kolej, pergi ke rumah Farisya dan lepak bersama Farique di taman. Alisya pernah bertanya kepada Farique, kenapa dia menyuruhnya menjaga Farisya dengan ketat. Farique berkata bahawa Farisya mengalami sensitif pada kulit. Dia mudah akan gatal-gatal jika kulitnya terkena habuk yg berat.


 Pada suatu malam, Su bertanya pada Alisya tentang tugasnya menolong Farique. Alisya tersenyum ceria.
"Alisya, kau tak bosan ke buat kerja semua ni?"
"Alisya? Alisya?" tegur Su. Alisya hanya tersengih-sengih sahaja.
"ALISYA! Kau ni kenapa? Aku cakap dengan kau ni,"
"Oh ya ya ya, apa kau cakap? Huh???"
"Aku cakap, kau tak bosan ke buat kerja semua ni?"
"Ohh... tak lah. Aku suka, hehehe"
"Wei, aku sejak akhir-akhir ni, aku tak nampak pun si Farique idaman hati aku tu kat kolej, dia pergi mana ha?"
"Dia pergi outstation,"
"Aik, takkan dari hari tu tak balik-balik lagi,"
"Dia pergi seminggu dua,"
"(Pelik lah aku minah ni, senyum sorang sorang) Wei Minah,, eh eh Alisya... sejak bila kau ambil berat pasal si Farique tu? Bukan dia musuh kau ke?"
"Tak lah, aku selalu jumpa dia kat taman, lepas aku habis kerja dekat rumah Farisya tu,"
"Oh....(menjadi-jadi budak ni, senyum lebih-lebih) Aku, kadang-kadang, peliklah. Kenapa kau terima tawaran menolong seorang adik jiran sebelah tanpa dapat gaji?"
"Aku kan suka tolong orang,"
"Atau, kau ni dah jatuh hati dengan Farique ya...hehehe"
"Haisshh,, mana ada!"
"Ada, kalau tak, kenapa kau tersengih-sengih sorang-sorang? Kau kata kau selalu jumpa dia kat taman,"
"Ahm........ada sikit kot perasaannya..hahahahha," Alisya terus masuk ke dalam biliknya.
"Hem..dah agak dah. Budak ni dah mabuk kepayang cinta. Itulah, orang kata, nak bermusuh-musuh, jangan lebih-lebih, nanti jadi buah hati juga akhirnya. Hai... melepaslah aku."


 Alisya terus termenung sambil tersenyum-senyum di dalam biliknya. Dia mula bernyanyi lagu yang selalu dinyanyikan bersama-sama Farique di taman.


"Selamat tinggal kawanku....
Tak mudah aku pergi...
Bila wajahmu sentiasa di hati ini...
Walau ku pergi sayangku
Dalam jiwaku ini....
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal...
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal..."

Farique melihat di luar jendela Alisya. Wajahnya muram dan sedih. Dia berasa hatinya akan menghancurkan hati seorang wanita selepas ini. 

 Keesokan harinya, Alisya pergi ke rumah Farisya dan menjalankan tugasnya seperti biasa. Alisya mengetuk pintu dan memberi salam. Dia pelik kerana tiada sesiapa yang menyahut salamnya. Alisya menghubungi Farisya. Panggilannya tidak di angkat. Keanehan menyelubungi firasat Alisya. Dia terus minggir dari situ dan pergi ke taman. Dia duduk seorang diri dan menunggu Farique tiba. 

"Hai, selalunya Farique ada kat sini, owh, mungkin aku sampai awal kot. Selalu pukul 5, hehehe. Tak apalah, aku tidur kejap lar." Alisya terus teralip di situ. Sejurus dia tidur, dia bermimpi. Mimpinya tentang Farique yang berjalan seorang diri selepas ditinggalkan Farisya. Farique berasa amat kesal kerana dia memberitahu yang dia akan pergi bersama ayah atas urusan kerja. Farique menangis lalu hujan turun membasahi bumi. Tiba-tiba, sebuah kereta datang menghampiri Farique. Dua orang lelaki telah merompak Farique lalu dihumban ke dalam jurang sebelah jalan. 

"Alisya...Alisya..." suara yang sangat lembut dan sayu memanggil nama Alisya berulang-ulang kali.
"Eh, Farique, lama tunggu ke?"
"Eh, sepatutnya saya yang tanya macam tu,"
"Ahm.. Farique, saya terkejut tadi. Tadi saya bermimpi, saya mimpi awak,"
"Awak mimpi apa?"
"Saya mimpi awak jatuh dalam jurang tempat awak berjalan balik dari majlis malam tu,"
"Ahmmm...." Farique terdiam. Alisya mula merenung ke arah Farique.
"Farique, awak kenapa? saya tersalah cakap ke?"
"Alisya, walau apapun terjadi, awak jagalah adik saya baik-baik ya, awak jadikanlah Farisya tu adik awak."
"Kenapa ni? Saya ada buat salah ke?"
"Alisya, sebenarnya, saya dan awak tak serupa."
"Huh?? Sa..saya tak faham,"
"Saya, sebenarnya dah berada di alam lain, saya tak tahu nak cakap macam mana dengan awak, saya takut, awak tak percaya,"
"Farique, saya sayangkan awak,"
"Awak tak boleh, ini dah ditakdirkan tuhan." Alisya menangis dan terus memaksa Farique supaya jangan pergi.
"Awak ambillah ini sebagai kenangan. Kita mungkin tak dapat jumpa lagi selepas ni." Farique memberi gelang lilitan hitam kepada Alisya. Alisya terus menangis.
"Farique,  saya..." Telefon berdering. Alisya mengangkat telefon tersebut. Panggilan itu daripada Farisya. Farisya kelihatan cemas ketika menjawab.

"Akak, abang dah takde....abang dah meninggal!" Farisya sambil menangis-nangis.
"Hah?!?" kejut Alisya.
"Farique? Farique ada kat sebelah akak ni dik, betul, akak tak tipu dik. Tak percaya, biar akak suruh dia cakap dengan adik..." Alisya mencari-cari Farique di sekelilingnya. Farique menghilangkan diri. Alisya menangis tak berlagu di situ. Farisya berulang kali menyedarkan bahawa abangnya sudah meninggal. Mayat Farique ditemui di jurang setelah 14 hari terbiar di situ. Mereka mengenalpasti mayat melalui kad pengenalan Farique. Farique selamat dikebumikan. Selepas pembacaan talkin, mereka semua bersurai, hanya Alisya dan Farisya sahaja  tinggal di situ. Farisya kesal kerana memarahi abangnya malam itu. Alisya pula tidak dapat mengenali hati budinya selama 5 tahun mereka bermusuh. Alisya berjanji pada dirinya akan menjaga Farisya sebaik mungkin.

 Malam itu, Farique datang di dalam mimpi Alisya. Farique berpesan supaya lupakan dia di dunia dan ingatilah dia di jiwa. Farique sentiasa berada di sekelilingnya. Farique juga berpesan, jika dia rindu padanya, dendangkanlah lagu yang diungkapkan selalu setiap pertemuan mereka di taman. 

 Alisya kini sedar, bahawa anugerah yang diberi tuhan bukanlah satu balasan bagi setiap perbuatannya, tetapi, anugerah itu memberi kesempatannya sebelum dia terlambat memohon maaf kepada seseorang yang telah tiada. Alisya tidak lagi seego dahulu. Dia kini mengenal apakah erti dunia yang dia duduki selama ini. Berbanding cintanya terhadap Farique yang tak pernah padam walaupun mereka berada di alam lain.

"Selamat tinggal kawanku....
Tak mudah aku pergi...
Bila wajahmu sentiasa di hati ini...
Walau ku pergi sayangku
Dalam jiwaku ini....
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal...
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal..."

begitulah citernyer Alisya dan Farisya nie..... mcm maner??? pendapat korang?????? sorilah..kalaw ter'panjang sgt......hhahahaha.. walau apepown....moralnye adelah....hargailah anugerah yg tuhan kurniakn utk kite....dan juge sentiaselah hargailah setiap ape pemberian yg telah diberi kepade kite......itulah yg penting dlm hidup kite ye...jd.......semohe dpt hidup dengan sempurna selalu bubye :)

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !