Blogger Widgets

Greeting!

Friday, March 25, 2011

Lagenda: Penanggal

Assalamaulaikum...salam misteri buat semue yg ade kat sini...hrahrahrah.......semue sihat???? semestinya....kalaw camtu...biar aku citer pasal sebuah lagenda yg mungkin misteri bg anda semue yer.... ok ok ok...... tajoknyer adelah... penanggal..... kite mulekn citer kite dr skrunk!!!


 Salmiah, [nama tidak dapat dikenalpasti] berusia pertengahan dara sunti, dan masih belum berkahwin. Dia seorang yang cantik dan disukai oleh orang ramai. Namun, karakter yang misteri iaitu pendiam dan suka bersendiri menyebabkan orang kampung semakin tertarik padanya untuk berkawan.
Salmiah akhirnya berkenal dengan seorang lelaki yang dia sukai. Dipendekkan cerita, Salmiah berkahwin dengannya, Muslim [nama tidak dapat dikenalpasti] atas dasar cinta.



  Suatu hari, Salmiah pergi ke pekan dengan menaiki kereta. Dia telah menimpa nasib malangnya di jalan raya akibat kecuaiannya sendiri. Hal yang demikian, dia telah mengalami kecacatan di muka dengan teruk sekali sehingga menghilangkan kecantikannya di mata orang kampung. Hal itu, dia telah dipulau oleh orang kampung dan telah diusir dari tempat tinggalnya bersama suaminya.


 Dengan penuh kesedihan di dalam hati, Salmiah hampir membunuh diri, tetapi dihalang oleh suaminya. Muslim amat menyintainya walau bagaimana sekalipun rupa Salmiah. Salmiah berasa lega dan meneruskan hidupnya seperti biasa. Di kampung yang baharu, Salmiah berkenalan dengan Kasmah. Dengan sikap simpati Kasmah, dia telah mengesyorkan supaya Salmiah berjumpa dengan ahli perubatan. Slamiah akhirnya bersetuju demi suaminya yang tercinta. 


 Dia telah berjumpa bomoh tersebut. Bomoh itu mengubatinya dengan penuh teliti. Salmiah berasa gembira kerana hari makin hari mukanya semakin pulih. Akhirnya, dia kembali cantik semula. Muslim mula rasa gembira kerana Salmiah kembali ceria semula. Sehinggalah Salmiah terlepas kata yang dia bercakap tentang bomoh itu seorang yang tidak mengikut ajaran agama Islam. Salmiah berasa kesal kerana menggunakan perkhidmatan bomoh itu walaupun dia tahu yang dia menggunakan ilmu hitam. 


 Keterlepasan kata tersebut membuatkan bomoh itu marah sekali. Dia telah datang berjumpa dengan Salmiah dan telah menyumpah Salmiah menjadi seorang wanita tanpa tubuh dan hanya berkepala berjuraikan tali perut.  Ia hanya akan menjadi manusia apabila matahari terbit sahaja. Pabila malam, dia akan merayau tanpa jasad mencari darah waniat mengandung. 

 Dari sejak itu, Salmiah menjauhi dirinya daripada Muslim. Muslim penat mencari isterinya di situ namun tidak jumpa juga. Salmiah berserah pada takdir dan hanya cinta mereka sahaja yang dapat menetukan hidupmatinya bersama suaminya. Dia hanya dapat memerhati suaminya dari jauh.


begitulah ceriternye... hahahah ak x leh citer smapai habes..sbbnyer org kate...penanggal nie masih merayau sampai sekarang...hmmm...ak x taw lar...mungkin die ade kat semenanjung Malaysia agaknyer...sb dh merayau..


die adelah sejenis hantu yang duduk di sabah...kat sane..org gelarkn die balan-balan.....hmmm.....popular jugak yer dye nie.....


lagi satu...astro ria pun ade buat citer dye..tajoknye penanggal lar.....hari ape ak x taw..mgkin dh lepas kot...pelakonnye Amy Mastura ngan Zizan Nin.....kalaw nk taw lebih lanjut...tgk traile kat bwah nie....
semoge berjumper lagi,,,,bubye...!:)

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !