Blogger Widgets

Greeting!

Thursday, March 24, 2011

Lagenda: Segi Tiga Bermuda

Assalamualaikum....semua.....hey ho bunkers!!!!! [pinjam trademark bunkface] sihat semua......hahahahhahaha sori...dh byk kali terlepas citer lagenda nie.....ok lar..setelah mendapat kajian tentang cerite yg nk diperkongsikn ni....akhirnye,,,dptlah kebenarannyer.....sape yg pernah dgr name Segi Tiga Bermuda???? mesti pernah kn....hhahahaha ok lar...tnpe membuang mase kite mulekan research kite dr skrunk!!!!

 Segi Tiga Bermuda adalah sebuah tempat yang terletak di antara Florida, Bermuda dan Porto Rico. Tempat ini bukanlah berbentuk segi tiga, tetapi ia hanya digambarkan oleh seorang lelaki yang bernama Christopher Columbus. Mengikut sejarah negara Barat, dia adalah orang pertama mengetahui adanya Segi Tiga Bermuda itu. Dan, kita mesti tertanya-tanya apakah yang ada di tempat itu bukan?



 Segi Tiga Bermuda sebuah tempat yang amat berbahaya di dalam dunia ini. Tempat ini bukan calang-calang tempat seperti Port Dickson ataupun Hawaii. Tempat ini dikatakan tempat puaka. Ini terbukti apabila pada tahun  1945, Flight 19 telah hilang sejurus melintas pusat Segi Tiga Bermuda. Pelbagai andaian telah mengatakan bahawa tempat ini mempunyai medan magnet yang kuat akibat di sinilah pusat graviti yang tertinggi, kederasan arus teluk Mexico, metana hidrate dan juga angin kencang yang kuat di lautan pasifik. Adakah itu benar? Baiklah, perkara ini tidak mustahil akan berlaku. Jikalau perkara inilah yang telah dilalui oleh ahli kapal terbang, bermakna ini adalah benar. Tetapi, mana datangnya semua ini?

 Segi Tiga Bermuda sebenarnya bukan tempat manusia berteduh. Segi Tiga Bermuda sebenarnya adalah tempat berteduhnya syaitan. Tempat ini boleh diibaratkan kilang penghasilan syaitan kecil untuk membinasakan manusia umat Muhammad keturunan Adam. Ada yang mengatakan adanya Dajjal di situ. Mungkin ya, atau mungkin pun tidak. Tetapi kebenarannya termaktub di dalam hadith Abu Hurairah iaitu:-
"Apabila seseorang itu berada di tempat yang terbuka atau matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bercelaru sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat yang sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu."
 Di sinilah yang dikatakan telah terjawab iaitu tempat yang dimaksudkan itu adalah Segi Tiga Bermuda. Tempat ini juga telah dilindungi oleh seluruh kaum kerabat keturunan syaitan yang di laknat Tuhan. Syaitan telah dikatakan menjaga sekeliling tempat ini supaya tiada seorang manusia pun boleh memasuki dan mendarat di Segi Tiga Bermuda. Mengapa begitu?

 Segi Tiga Bermuda dikatakan mempunyai khazanah yang cukup termahal di dunia kita ini. Tempat ini dicipta oleh Allah S.W.T. Walaubagaimanapun, jika seorang manusia turun di situ, mereka akan terlihat permata dan berlian yang banyak tak terkata. Itulah sebabnya seseorang yang pergi ke situ tidak mahu pulang semula ke dunia asalnya. Ini kerana kemewahan terletak di situ, iaitu di penghujung dunia kita. Ramai yang berkata di Bumi ini tiada penghujungnya. Adakah meraka sudah menjelajahi seluruh dunia? Jika begitu, mengapa mereka tidak dapat lagi membongkar misteri sesebuah tempat yang diberi nama Segi Tiga Bermuda?

 Kebenaran yang telah di ceritakan ini semua telah tercatat beratus-ratus tahun dahulu. Ia telah pun diberitahu melalui agama Islam. Islam adalah yang pertama mengetahui kejadian tersebut dan ia bukanlah Christopher Columbus. Apa-apapun, cerita hanya dipinjam oleh kita daripada Allah S.W.T. Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Agung bagi sekalian alam.

begitulah research yg ak dpt... mane yg x betul faktanyer tu harap dimaafkn...yg ragu2 tu wallahualam lah....aku bkn pandai sgt ngan isu2 alam semsta nie.......hmm....x puas hati?? sorilah..itu jer yg ak dpt.....tp....kalaw betul ade harte kat sane....maknenyer..citernyer cam kartun anime Onepiece lah yer..hehhehe..gurau jer... tp citer tu cam ade sangkut paut jer kn..

ok lar....selain dr tu .....maklumat yg aku dpt tentang syaitan makhluk iblis ini, die suke tempat yg x sejuk, dn x panas...sbb 2 lar die suke duduk kat Segi Tiga Bermuda 2...... dlm hadith pon dh ckp kan...maklumat laen pulak....lambang freemason juge telah dicipte berbentuk segi tige kerane mereke tahu bahawe lubuk syaitan berade di  Segi Tiga Bermuda.....

ok lar...pade sesiape...x percaye akn citer nie...anda leh membeli sebuah buku di kedai buku berhampiran tentang Dajjal Al-Masih dan Misteri Dunia Syaitan....beli yer....

sebelum beransur pergi...aku ade seiakn pelbagai gambar ilustrasi yg mengatakan perkara2 yg wujud di Segi Tiga Bermuda ni....semoge terhibur...


ok...semoge berjumpe lagi...bubye..:)

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !