Blogger Widgets

Greeting!

Thursday, March 31, 2011

Mitosia: Misteri Elfira

Assalamualaikum....salam ceria sumer... hmmm sedihlar,..nmpknyer bulan 3 dh nk habes...satu persatu bulannyer habes dlm setahun.....hai..agknyer....camaner bln depan pulak yer...blog ak nie dpt idea lg ke x..hmmmm...ok x pe lar...memandangkan..ade lg stok cerite misteri2 utk korang sume....jd ade lar saki-bakinyer lg...xkn dh xde kot..hehhe.... ok citer kali pun misteri gak...dgr tajoknyer pun dh terang2 misteri...heheh ok ok...tajoknyer Misteri Elfira.....ape kene mengena ngan Elfira nie yer... [bkn Elfira yg pelakon 2 yer....]... ok ..jom kite dok dgr citernyer yer.....kite mulekn story-mory kite dr skrunk!


 Elfira seorang yang ganas dan tidak ada nilai positif pada dirinya langsung. Tetapi, sekurang-kurangnya dia ada rasa baik hati dan tidak melakukan perkara yang keji seperti dadah, merokok mahupun ponteng sekolah. Dia seorang yang berdisiplin tetapi yang membuat orang tidak suka padanya kerana perangainya yang ala-ala tomboy.



"Syahirah Syazrin," sahut Cikgu Amelia.
"Saya,"
"Linda Fathani,"
"Saya cikgu,"
"Shamsul Nazmi,"
"Ya cikgu!"
"Elfira Nazrina," keadaan jadi sunyi. Cikgu Amelia mula menghela nafasnya.
"Elfira belum sampai lagi cikgu," kata Linda dengan tersenyum memerli.
"Sa-sa-saya Cikgu Amelia yang jelita, saya dah sampai." kejut Elfira secara berdengus-dengus.
"Hai...dah pergi duduk," balas Cikgu Amelia. Suasana mula ceria semula.


 Aku Nurul Elfira Nazrina Hishamudani, just panggil aku Elfira; bukan pelakon tu tau. Aku seorang yang sukakan benda lasak. Jangan harap aku nak belajar ciri-ciri gadis melayu yang mak ayah aku ajar tu. Heh, katanya nak suruh aku ni jadi macam perempuan-perempuan dalam cerita Gadis Melayu kat Tv9 tu. Kalau nak diikutkan, sama je. Kata mak aku, gadis melayu ni tahu bersopan santun je, tapi diorang yang yang kat dalam tv tu, hampeh. Buat juga aktiviti lasak. Aku ni, still single. Lebih lah korang cakap aku ni lesbian. Aku ni, walau sekeras-keras pun, ada nafsu dekat lelaki tau. Jangan pandang sebelah mata je.


"Aku ni bukannya pandai dalam matematik pun Nazmi," ujar Elfira. Nazmi datang menghampiri Elfira.
"Penipu, kau tengok kertas ujian matematik kau ni, 98% tau. 2 markah lagi nak dapat 100%."
"Relaks lah dude, macamlah kau tak kenal aku. Aku ni memang suka merendah diri. Hahaha,"
"Merendah diri kepala otak kau, habis aku ni, siapa nak ajar matematik kalau bukan kau."
"Ok ok oklah. Aku ajar. Tapi, kau kena belanja aku makan jeli kelapa, ok set?"
"No hal lah. Bila, pukul berapa?"
"Pukul..ehmm, pukul...li-li-lima? Hehehe"
"Hei, lima lima jangan main-main ya, sensitif. Nanti aku jumpa kau kat depan bus stand pukul 4.60."
"Yelah bro," balas Elfira. Mereka mula bergerak pulang setelah loceng berbunyi.


 Ini kawan aku, Megat Shamsul Nazmi Megat Iskandar Rahman. Megat? Korang tanya kenapa aku kawan dengan Megat? Hahaha, Aku peduli apa, dia orang juga kan? Tak sesetengah orang tu, berlagak diva. Hah, yang ni dia diva tu, namanya Linda. Nur Linda Fathani Ilham Jaafar. Hemm, nama sedap. Perangai tak sedap. Elok-elok je mak ayah bagi nama yang sedap-sedap, tapi diubahnya. Dia letak Linda Gaga. Gila lah. Hai, macam-macam lah. Mak aku kata, biar kita berkawan dengan orang, tak kiralah keturunan raja ke, yang penting jangan sesekali kita tikam dari belakang. E-eh, ada lagi, ada lagi. Kawan aku yang ni namanya Syahirah Syazrin Abdul Putra Mustaqim dan Megat Shahfiq Ideris Megat Firlan Salleh. Diorang semua ni, bukannya kawan baik aku pun. Tetapi, aku dah anggap macam kakak abang aku dah. Aku pun selesa bercampur dengan diorang. Ada masanya kitorang enjoy, ada masanya kitorang study sampai pecah otak. Bila time nak periksa, barulah sibuk nak tengok wayang, shopping dan lepak kat grand mall. Tetapi, hasilnya tak adalah kecewa sangat sebab kitorang dah agihkan masa supaya senang belajar masuk kepala. Mengikut akulah kan, selama kami berkawan bersama-sama, tak pernah fail dalam periksa, hahaha hebat tak kitorang?


"Syazrin, Nazmi, Shahfiq, aku dah tunggu lama dah ni, baru nampak batang hidung korang ye," kata Elfira kepada mereka. Mereka meneruskan perjalanan ke gerai jeli kelapa. Nazmi mengeluarkan duitnya lalu membeli 8 jeli kelapa.
"Wah banyaknya, terima kasih Nazmi, i like you!" kata Elfira.
"Banyak, memang banyak. Banyak cantik muka kau! Bukan kau sorang je makan, ni dua lagi kepala ni termasuk aku tiga. Sorang ambil 2," ujar Nazmi.
"Hahaha, kelakar korang berdua, tak habis-habis nak bertekak," kata Shahfiq. Syazrin hanya tersenyum.
"Shahfiq, macamlah kau tak tahu perangai si dua kepala tongkang ni, sana memerli, sini menjawab, hahaha," balas Syazrin. Bahu Syazrin secara tiba-tiba dilanggar Linda. Linda menyapa dengan penuh berlagak.
"Hei, tak tau tengok jalan ke? Bodoh!"
"Linda, eww," sapa Elfira. Linda maju selangkah ke arah Elfira.
"Hei perempuan, jangan nak meng"eww-eww" dengan aku ye, cermin diri kau tu sikit; dah lah tomboy, kawan pulak dengan budak nerd-nerd ni." balas Linda.
"Sekurang-kurangnya, aku tak gedik macam kau," teguh Syazrin. Elfira mula bersorak.
"Woohoo, Linda Gaga gedik, tolong lah, eww, hahaha" perli Elfira.
"Pergi baliklah Linda, meluat aku tengok muka kau ni, pergi" kata Nazmi.
"Ok, tapi, kau cakap dengan kawan perempuan kau yang tomboy ni, suruh dia masuk kelas Jelita Kaum Hawa kat pondok sana tu. Boleh dia jadi wanita yang lemah lembaut macam aku. Barulah kau boleh kahwin dengan dia. Hahaha chow!" Elfira tersentak, lalu terdiam seketika. Linda beredar dari situ. Mereka juga mula bersurai dan pulang ke rumah masing-masing.


 Ketika di rumah, Elfira duduk di sebuah kerusi sebelah tingkapnya. Matanya mula bergenang dan menitis satu demi satu titisan airmatanya.
"Buruk ke aku?" Elfira bermonolog.
"Ya Allah, kalau engkau Maha berkuasa, kau berilah aku kesedaran mana jalan yang benar, supaya aku boleh pergi dari permasalahan ini," Elfira terdiam, langkas dia terus tidur di katilnya.


 Aku rasa terhina bila kau kata aku macam tu Linda. Apalah yang kau pandang aku sampai kau kata aku seburuk tu. Seumur hidup aku, aku tak pernah jumpa orang macam kau. Malah tak bertegur langsung. Tiba-tiba, baru tadi pula kau bersuara. Hai. Ehm, betul ke aku tak boleh kahwin kalau macam ni? Atau, sebenarnya boleh, cuma sampai bila aku nak tunggu dia cakap? Takkanlah dia cakap kat aku yang dia suka kat aku sedangkan dia pun tak sedar yang aku suka kan dia? Mungkin, mungkin, mungkin aku kena pikat dia supaya dia suka kat aku. Tapi macamana ya? Hmm, kalau aku boleh bagi apa yang dia suka, mesti dia tau, aku suka dia. Ok, aku mesti megendap rumah dia. Kau tunggulah Nazmi, hehehe.


"Yah, dapat pun panjat," Elfira memanjat pagar rumah astana Nazmi. Rumah Nazmi sangat besar. Ini membolehkan Elfira lebih susah nak masuk kerana terdapat banyak bodyguard berkot hitam berkaca mata kelabu. Elfira terus menyelinap masuk dan tanpa melihat ke belakang. Dia berhenti di suatu sudut dan melihat sisir tingkap di dalam rumah. Kelihatan Nazmi sedang berbual dengan orang gajinya di ruang rehat. Nazmi mula berjalan menuju ke suatu pintu. Elfira mengikuti jejak langkah Nazmi di luar rumah dan melihatnya berdasarkan tingkap.
"Nasib baik rumah kau ni banyak tingkap Nazmi, hehehe senang kerja aku apa yang kau suka nanti, hehehe" ujar Elfira. Elfira terus melihat Nazmi dari luar. Dia melihat Nazmi masuk ke bilik tidurnya. Dia terus menyalin pakaiannya dan pergi ke bilik mandi.
"OMG! Aku tak boleh tengok!" Elfira terus menoleh ke belakang dan melihat dua orang bodyguard berdiri segak dan gagah dihadapannya.
"Upps! Lari!!!" jerit Elfira.Mereka terus berkejar-kejaran sehingga kedengaran oleh Nazmi. Nazmi terus mengintai keluar dan melihat seorang wanita berambut panjang paras pinggang di belakang.
"Siapa perempuan tu?" Nazmi tertanya. Mereka terus berkejaran sehingga Elfira masuk ke suatu terowong dan membuka pintu yang boleh dikatakan lorong rahsia. Dia terhantuk lalu pengsan disitu tanpa diketahui oleh bodyguard tersebut.


 Kat mana aku ni? Aku mula tersedar dari pengsan. Kelihatan seluruh berwarna abstrak. Apakah aku sedang bermimpi. Aku menyentuh rumput, pokok dan ulat gonggok, ulat gonggok? Arghh!!!!


"Di mana pita rakaman CCTV tadi?" kata Nazmi kepada bodyguard tadi.
"Ini dia Tuan Megat,"
"Hmm..armm...ermm...ha? Elfira? Ke mana kamu berdua kejar dia tadi?"
"Sampai ke terowong, lepas tu, dia lesap,"
"Hmmm, tak apa, biarkan dia, dia bukannya penjenayah,"


 Aku terus berlari ke ruang yang lebih lapang. Ulat gonggok itu tadi sudah tiada terasa di tangan aku. Kenapa dengan aku ni? Di mana aku ni? Adakah aku sudah mati?! Oh tidak, aku masih hidup, ini bukan alam yang seterusnya. Ataupun... aku berada di alam lain ni? Ya, betul aku berada di alam lain. Aku masih ingat di mana aku berada sebelum aku pengsan tadi. Aku terus berjalan menuju sebuah rumah yang usang tetapi dikelilingi bunga-bunga yang indah tetapi aneh kerana tidak pernah aku lihat sebelum ni. Aku berjalan dan terus masuk ke rumah itu. Aku melihat sebuah pinti gerbang diliputi sinaran alpha berwarna pelangi berpusar-pusar di setiap penjuru. Aku terus masuk ke dalamnya dan melihat suasana di rumah Nazmi. Aku melihat jam tangan menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Jarum saat berjalan mengikut detak detiknya. Tetapi, jam di rumah Nazmi tak bergerak, pelik, tapi benar. Aku melihat semua orang di luar. Semua terhenti. Aku pula berasa seperti gembira check in dalam badan aku.


"Wah! boleh aku tengok Nazmi ni, hehehe" Elfira masuk ke bilik Nazmi. Aku melihat Nazmi sedang tidur di atas katilnya. Aku pergi ke sebelah dan duduk bersila di atas lantai. Aku merenung ke arah mukanya.
"Betul ke ni Nazmi? Kenapa bila dipandang dekat, rupanya lain, lain betul"


 Elfira mula mengangkat tangannya perlahan-lahan. Jarinya ingin menyentuh mukanya. Dengan secara tiba-tiba, tangan tersiku lengan Nazmi lalu dia terbangun dan terkejut.


"Arggh! Apa kau buat dalam bilik aku? Elfira?" kata Nazmi.
"Nazmi! Bongok, aku lah. Hish,"
"Apa dah jadi ni?"
"Apa dah jadi kau tany, erm, yang kau tidur kenapa tengah hari buta ni hah?"
"Hobi." balas Nazmi.
"Hobi? Bodoh betullah kau ni. Hahaha,"
"Kau kenapa datang menyelinap masuk ni? Oh, kau rindu kat aku ya? Hahaha," ujar Nazmi. Muka Elfira mula tersipu-sipu menahan malu. Elfira terus menarik tangan Nazmi lalu membawanya keluar.
"Hahaha, kalau rindu pun, tak payah nak tarik-tarik tangan aku macam ni, gelojoh lah kau ni," kata Nazmi. Elfira terus berhenti lalu mengetuk kepala Nazmi.
"Woi, bongok! Gelojoh apa nya?! Ni ha, aku nak bagi tau yang masa dah berhenti!"
"Mana, penipulah kau n.... hah!" Nazmi terkejut melihat semua orang-orangnya berhenti. Nazmi mula takut dan menarik tangan Elfira keluar dari rumah untuk pergi berjumpa Shahfiq dan Syazrin.


"Hai, gelojoh nampak," balas Elfira.
"Diamlah!"


 Aku terus di bawa ke rumah Syazrin. Ajaibnya, setiap kali aku pegang sesuatu, ia mesti bergerak semula. Begitu juga pada Shahfiq. Hanya mereka sje yang bergerak. Aku mula pelik. Aku terus membawa mereka ke tempat yang aku pergi tadi. Kelihatan penuh ilusi dan hablur. Aku berkata pada mereka apa yang terjadi pada aku tadi.


"Elfira, macam mana ni, aku dah takut, masa tak bergerak!" kata Syazrin.
"Betullah, macam mana ni?" kata Shahfiq.
"Sabarlah, aku rasa baik kita tidur di sini dulu. Memandangkan tempat ini ada kemudahan yang banyak jadi kita tidur di rumah tadi."
"Ok lar Elfira," balas Nazmi.
"Wei, tengok tu, burung cenderawasih!" kata Syazrin..
"Wah cantiknya," balas Elfira. Mereka menikmati mata mereka dengan melihat keindahan burung cenderawasih tersebut berterbangan di udara. Mereka ibarat tak percaya bahawa mereka berada di alam halus. Elfira berjalan setapak demi setapak.Dia kemudian terlihat sebuah rumah kayu berukirkan susu. Dia masuk lalu mengajak semua di situ menginap. Kemudahan seperti makanan, televisyen dan juga alat kawalan jauh semuanya ada. Duduk di rumah susu itu terasa sejuk dan dingin tidak terlalu membeku. Mereka mula membuat seperti rumah sendiri dan menjalankan tugas seperti memasak dan meninjau alam sekeliling. Tanpa disedari mereka telah menghiraukan dunia asal mereka.


 Malam menjelma, kelihatan bulan bergandingan berdua-duaan bersama burung cenderawasih dan mayang terjulur. Mereka mula mengantuk lalu tertidur di dalam bilik masing-masing.


Bilik Syazrin_
"10.15 malam, Selasa - 28 Mac 2011
Aku rasa seperti di kayangan je tadi, hmm..mungkin bukan tadi, tapi semasa ni. Wow! Memang dasyat, hmm..akhirnya, aku dapat berdua dengan lelaki pujaan aku ni. Nampak segak je bila pakai baju melayu hari tu. Handsome tak terkata. Hmm, aku harap, kali ni, aku tak syok sendiri. Oklah, bye diari."


Bilik Nazrin_
"Selasa, 28 Mac
Pukul 10.25 pm, aku still kat sini dan terus kat sini. Hemm, geram pulak aku dengan Elfira tu. Pasal dialah aku stuck kat sini. Tak dapat main game, tak dapat study playing, hmm, tak dapat bersenam, berjogging, playstation, huh. Hmm, tapi, ok juga daripada terperap kat rumah besar tu. Dpat juga jalan-jalan tanpa diawasi. Hmm... Elfira, macam perkenan je aku kat nama tu, tak mungkinlah. Tapi cantik juga tadi. Burung Cenderawasih berterbangan depan mata aku, hahaha lawak lah."


Bilik Shahfiq_
"10.30am
Selasa 28/3, duduk diam dan termenung. Itulah kerja aku. Tapi, tadi tu sedap juga dia masak ya. Hahaha, calon isteri tu. Sedap-sedap dia masak pun, tak semanis buah hati aku tu. Agaknya bilalah aku nak cakap dengan dia, hai..."


Bilik Elfira_
"Selasa, 28 March, Pukul 10.45 malam,
Kenapa malam ni tak boleh tidur hah? Susah betul nak lupakan kejadian petang tadi. Tengok muka dia dekat-dekat macam tak percaya je. Tapi, aku pun pelik juga, macam mana aku boleh sampai kat sini. Mungkin takkan selama-lamanya aku kat sini, macam mana lah aku nak hentikan masa yang tak bergerak ni, hmm.."


 Elfira keluar dari biliknya. Dia terus keluar dari rumah dan melihat ke arah langit yang ungu. Lama-kelamaan Nazmi pun keluar.


"Duduk sorang-sorang?" sapa Nazmi.
"Habis dengan siapa lagi?"
"Bosan ke?"
"Tak adalah, aku...cuma...rasa bersalah, sebabkan aku masa berhenti. Tapi kenapa ya?"
"Aku pun tak tau, tapi dulu-dulu, mak aku ada pesan, jangan lalu kat terowong tu, katanya ada naga."
"Hahaha, naga ker? Hehehe" Keadaan mula sunyi dan serius.
"Ahmm, Nazmi, aku nak cakap sikit ni,"
"Apa dia? Cakap lah," Elfira merenung ke mata Nazmi. Nazmi mula serius.
"Aku...aku..hmm..tak apalah, mungkin terlalu awal kot. Aku tidur dulu ya."
"Hai, kenapalah aku rasa lain macam ni? Apasal pula dengan budak tu, hai," Nazmi terus memandang ke arah langit.


"Hah?! Kat mana aku ni?" kata Elfira.
"Elfira, kau sudah salah memilih cara,"
"Siapa kau?"
"Aku Sustera, kaum bunian"
"Apa yang aku salah cara ni? Aku tak faham,"
"Kau telah terpilih untuk tinggal di sini, jadi kau tak boleh keluar terus. Kalau kau keluar, inilah padahnya,"
"Maksud kau, masa di dunia berhenti?"
"Itulah jawapannya. Kau harus tinggal bersama kami, kerana akan ada bencana menimpa kau."
"Apa dia? Bencana apa?"
"Kau patut berterima kasih pada kami kerana telah menyelamatkan kau dari hilang nyawa. Kalau kau tak dimasukkan ke sini, kau akan ditembak mati oleh pengawal sana,"
"Apa? Betul ke?"
"Tetapi, kau telah tersilap cara, kau telah menjemput kawan-kawan kau masuk ke sini tanpa kebenaran aku!"
"Habis apa aku nak buat?"
"Aku boleh tolong dengan melupakan mereka tentang kejadian di sini,"
"Macam mana??"
"Dengan memutar balik masa dan kau harus duduk di sini, jika kau tak nak nyawa kau hilang,"
"Tak boleh, aku mesti bersama dengan diorang. Diorang sahabat baik dan..."
"Dan kekasih kau? Hehehe, aku dah tahu sejak kau datang sini lagi. Elfira, kau makhluk tuhan yang terpilih, kadang-kadang kau kena gadaikan cinta tersbeut. Supaya kau boleh teruskan hidup. Majulah Elfira."
"Aku, takut, aku akn menderita dengan perasaan ni"
"Percayalah Elfira, walaupun kau berada dalam alam ni, tetapi kau masih boleh melihat dunia. Cuma,"
"Cuma orang tak nampak aku? Macam tu?"
"Hahmm,, begitulah caranya. Kau harus ingat, aku di sini ingin menyelematkan nyawa kau dari terancam." Elfira mula menitiskan airmatanya. Dia lalu berkata dan terus menegah.
"Baiklah, kalau begitu, beri aku masa untuk bersama dengan diorang buat beberapa hari di sini,"
"Kau mesti ingat, kau tidak boleh berada terlalu lama di sini bersama kawan-kawan kau itu. Kerana orang yang tidak diundang akan ditelan naga,"
"Naga?"
"Hah!!" Elfira terjaga dari tidurnya. Dia terus berlari dan membuka semua pintu kawan-kawannya. Mereka masih di situ tidur. Elfira mula menarik nafas dan terus masuk ke dalam bilik.


 Aku nak pergi keluar kejap. Tapi tak tau lagi mana jalannya. Agaknya, dunia ni lagi misteri dengan bumi. Hah? Apa tu?


"Elfira! Elfira! Mana kau ni..."jerit Syazrin. Shahfiq dan Nazmi mencari Elfira dari utara ke selatan.
"Elfira! Keluarlah! Tempat ni dah lah bahaya! Manalah tau, kot kot ada naga ke, hehehe"
"Hei apa kau cakap ni Shahfiq! Mulut selupar betul," balas Nazmi.
"Ok ok, relakslah bro,"


 Aku berhenti sekejap. Cantiknya lah pokok ni. Namanya Pokok Cenuwai. Tak pernah aku tengok pokok yang ada tujuh bunga berlainan dalam satu dahan yang mempunyai saiz dan bentuk daun yang lain-lain. Mungkin, inilah pokok makhluk halus punya dunia gaknya. Hahaha. Hah! Sempena aku dekat dengan pokok ni, apa kata aku buat hajat.


 Nazmi berjalan menuju ke satu hutan kecil. Dia terlihat Elfira menadah tangan lalu berkata di hadapan satu pokok yang besar.


"Aku harap, aku dapat menemukan cinta aku dengan Nazmi. Sudah lama aku pendam, tapi susah nak luahkan. Aku tahu aku siapa, bukannya cantik, pandai tu adalah. Tapi tak selembut perempuan-perempuan kat luar sana. Aku harap, bersaksikan pokok ni,..."
"Cinta kita akan bersatu dan tertanam di dalam pokok yang cantik berdiri megah dihadapan kita," celah Nazmi. Elfira terkejut. Dia mula tersipu-sipu dan pipinya mula merah atas malunya terhadap Nazmi.
"Eh, Nazmi. Asal tak sergah aku?"
"Saja, nak tau kau dengan aku ni ada rasa cinta ke tak?"
"Weyh, ehmm...ahmm..."
"Dah lah, ak tahu dah kau suka kat aku," Nazmi mula mendekati Elfira. Keadaan mula menjadi sunyi. Syazrin dan Shahfiq tersempak dan melihat kejadian itu bersama-sama.
"Aku pun....suka kat kau Elfira,"
"Hah? Hmm...ya?"
"Aku harap, dalam dunia dan pokok ini memegang sumpah cinta kita bersama-sama," Nazmi mula memandang ke arah Elfira. Sementara itu, Syazrin dan Shahfiq tercengang di situ.


"How sweet," kata Syazrin.
"Apa dia?" balas Shahfiq.
"Shahfiq, kau buzy ke? Hehehe"
"Haishh, pelik aku perempuan ni,"
"Hishh, tak romantik langsung! Hmm," Syazrin lari lalu masuk ke rumah tersebut.


 Aku rasa bagaikan mimpi dalam mimpi. Hahaha, berpuisi pula aku ni. Tak percaya je yang selama ni dia suka kat aku. Tapi, kenapa dia selalu marah. Hari berganti hari sampai aku dah tak tahu dah hari ni hari apalah ni. Hmm... aku sempat berdating dengan dia, fuyooh. Hari-hari pula tu. Korang ada? Takde kan. Hahaha. Itupun Syazrin dengan Shahfiq yang aturkan. Jahat betul diorang ni. Syazrin dengan Shahfiq pun dah couple sekarang. Eloklah tu. Lama punya lama, barulah aku tahu kenapa dia taknak bagitahu dengan aku pasal dia suka kat aku. Dia takut nak bagitahu sebab aku ni kan ganas sikit. Dia ni mana pernah terima aku marah. Hui, kalau aku marah, jangan cakaplah. Si Linda Gaga tu pun ngeri tau. Tapi tak tahu kenapa aku tak lawan masa hari tu. Mungkin sebab malu kot bila dia cakap aku ni tak laku.


"Mereka masih ada di sini,"
"Haa, tibanya masa untuk Penghulu Dunia keluar menghela api dari nafasnya,"
"Jangan! Jangan, nanti dulu abang, kakak," Sustera berkata.
"Hahaha, sudah terlambat. Jangan kau nak menghalang kami."
"Tolong kakak, abang. Mereka cuma sesat sahaja."
"Habis, kenapa mereka tak mencari jalan keluar selama di sini. Mereka hanya menetap dan membuat dunia kita ini seperti dunia mereka yang telah mereka rosakkan sebelum ini,"
"Janganlah, tolong, adik merayu," Abang dan kakak Sustera pergi memanggil naga untuk dijadikan bahan pesantap Shahfiq, Nazmi dan Syazrin. Sustera mula bergelut pergi ke arah mereka untuk mengeluarkan mereka dari situ dengan cara melengah-lengahkan masa naga ketika dia menghembus nafasnya sehingga 5 kali. Dengan cara itu sahajalah naga tersebut boleh melepaskan mereka daripada terkuncinya alam ini.


"Elfira, aku ni Sustera,"
"Ya Sustera, ada apa?"
"Bawalah teman-teman kau pergi dari sini cepat. Saudaraku ingin menyerang kau semua menggunakan naga!"
"Apa!? Ba-ba-baiklah, aku pergi sekarang. Terima kasih Sustera,"
"Sama-sama, cepat Elfira,"


 Apalagi yang aku perlu buat. Larikan diri mereka keluar dari sini, atau tinggalkan mereka di sini dan terus mati? Arghh, susahnya aku nak buat keputusan. Tak apa, aku kena korbankan juga diri aku ni.


 Elfira terus berlari dari hutan ke rumah. Dia termengah-mengah lalu memanggil semua kawan-kawannya keluar dari sini. 


"Woi! Cepat keluar! Ada naga nak serang kita!!"
"Apa??" semua tercengang.
"Tulah Shahfiq, aku dah cakap, jangan mulut cabul, tengok, dah ada naga," marah Nazmi.
"Cepat lah keluar dari sini!" jerit Elfira. Selepas sahaja mereka keluar, naga itu sampai ke depan rumah. Mereka terus berlari menuju ke tempat masuk asal mereka ke dunia.


"Perlu ke cerita ni berakhir dengan kene kejar itu naga?" sapa Shahfiq sambil berlari.
"Perlu!" marah Nazmi.
"Dah macam cerita Magika pula!"
"Diamlah Shahfiq!" semua menekak lidah kepada Shahfiq. Naga yang mempunyai misai di pipi mula mengeluarkan api di hidung dengan hembusan yang pertama.


"Hembusan pertama sudah lepas!" kata Sustera.
"Ayuh Naga! pergi kau terbang ke arah mereka!!"
"Aku harap, saudaraku takkan mencederakan mereka," Sustera berdoa dengan sepenuh hati.


Burrpp...!!!! Hembusan kedua dilepaskan. Aku still lagi berlari dengan Nazmi, Argghh, aku takkan berpisah dengan dia walau apa cara sekalipun. Tapi, kalau aku kembali ke dunia, aku akan....arrghh, lantaklah!


"Arrgghh, mana makananku??!!!!!" sentak naga.
"Oh tidak! mereka semakin perlahan berlari," kata Sustera.
"Burrpp...!!!!" hembus naga itu bersama api dan nafas.
"Hembusan ketiga!!!!!" jerit Elfira.
"Oh, kamu mahu mengira hembusan tersebut ya. Tak mengapa,hembusan yang terakhir ini pasti menumbangkan kamu semua, hahaha"
"Tolonglah saudaraku, aku merayu," jerit Sustera.
"Jangan kau nak mengajar aku!"
"Mereka tak bersalah, aku yang menyuruh Elfira datang ke sini supaya dia tidak terbunuh akibat ditembak masa hadapan!" jelas Sustera.
"Ya! Aku boleh terima alasan itu. Tetapi mengapa dia membawa kawannya ke sini!"
"Oh tidak! Aku tak berdaya," Sustera mengalah.


Burrpp...!!! Api keempat! Cepat naga! Kau mesti serang aku!!!!!! Jangan kau ganggu kawan-kawan aku. Serang aku sudah lah!!!!


"Elfira, cepat lari! Jangan berhenti!" jerit Syazrin.
"Elfira!!! Cepat!!!" Nazmi mencelah. Naga itu semakin laju mengejar mereka. 


Serangan terakhir. Ya, aku tahu, di sinilah pengakhirannya. 


Burrpp....!!!!!!! Naga itu menghembus buat kali kelima. Ia terus terjunam ke tanah dan mencair menjadi abu.


"Woohoo!!! kau kalah juga!!"
"Elfira!!!!! Jom lah!! Cepat!!!!"
"Ok ok ok, yes!!!"


"Mengalah sahaja saudaraku," Sustera berkata kepada saudaranya.
"Tidak, aku masih punyai kuasa untuk menumpaskan mereka,"
"Tetapi jika kau menyalahgunakan, kau akan menempah neraka 5!!!"
"Arggh, aku tak peduli, hahahah"


 Mereka berlari sekuat hati. Tiba-tiba, suatu kuasa petir menyambar ke arah kana Shahfiq.


"Fuhh!!! Petir!!! Soccerrer ke kau ni??!"
"Shahfiq! Cepat masuk ke lubang tu!!!!" jerit Elfira.
"Syazrin!! Pegang tangan aku!!!!" Shahfiq menjerit.
"Elfira!!!! Cepat!!!" jerit Nazmi.


 Sedang ia menyambar petir. Tuhannya marah kerana derhaka. Terus ia dilemparkan ke tanah. Dibakar hidup sehingga rentung. Sustera pula berlari ke arah mereka dan menyuruh mereka keluar setelah keadaan menjadi haru-biru. Naga dan saudara-saudara Sustera telahpun tewas. Namun, suasana dendam kesumat masih tak henti.


"Elfira!!! Cepat naik!!" kata Nazmi.
"Nanti dulu Elfira!! Kau tak boleh pergi.Nyawa kau akan bahaya." Sustera menarik tangan Elfira.
"Elfira!!!"
"Nazmi, kau pergi dulu, biar aku susul lepas ni!!!" jerit Elfira.
"Elfira!!! Ke sini, kau tak boleh tinggalkan kami!!!" jerit Nazmi.
"Aku terpaksa!! aku mesti tinggalkan korang semua!!! Pergi, aku tak boleh,"
"Elfira!!!!" Pintu masuk tertutup. Cincin yang dimiliki Nazmi tercicir di situ. Keadaan menjadi reda setelah sahutan "Elfira" terhenti. Sustera melepaskan tangan Elfira lalu hiba. Elfira hanya mampu menangis lalu berlutut di tanah. Dia terlihat cincin tersebut terus diambil dan digenggam seerat-eratnya. 


"Mengapa jadi begini,"
"Kau harus tahu Elfira, kau salah seorang yang bertuah kerana masih hidup walaupun di dunia lain." kata Sustera.
"Apa bezanya! Kalau aku keluar tadi pun, aku akan mati dan akan hidup di dunia yang lain juga!"
"Kau masih tak faham, aku harap, kau tak perlu kecewa atas apa yang aku lakukan terhadap kau Elfira. Aku pergi dulu," Elfira terus menangis dan meraung bersendirian.


 Sementara itu di dunia Bumi. Shahfiq, Syazrin dan Nazmi tergelungsur di lantai rumah Nazmi. Mereka terpinga-pinga dan melihat arah jam mereka mula nergerak. Semuanya kembali normal. Bermulalah kehidupan baharu mereka di situ.


 Elfira pula mula rasa sedih dan murung sejak berada di alam itu keseorangan. Sustera datang menghampirinya.


"Kau rindukan seseorang?"
"Hmm, kenapa kau tanya? Mestilah aku rindu kawan-kawan aku,"
"Maksud aku, seseorang yang kau cintai?"
"Hmm... a-a-aku, rindu dia. Ya, betul, dengan jujur,"
"Kau tak nak tengok dia ke?"
"Selagi kau ada cara nak bagi aku keluar dari sini?"
"Keluar tu, tak boleh. Tapi, kalau nak tengok, tanpa penglihatannya, aku rasa boleh dipertimbangkan."
"Betul ke??"
"Kau tak kisah kalau dia tak nampak kau?"
"Tak kisahlah apa nak jadi, yang penting aku dapat tengok dia hari-hari,"
"Kau harus ingat, selepas sahaja mereka keluar dari sini hari tu, aku telah luputkan ingatan mereka yang mereka pernah diami tempat ini,"
"Aku tahu Sustera, aku hanya dapat lihat dia dari jauh pun dah cukup. Aku pergi dulu ya Sustera,"
"Baiklah,"" senyum Sustera. Sustera mula terasa selesa kerana Elfira mula gembira seperti dulu. 


"Wahai Sustera,"
"Oh, penghulu. Ada apa?"
"Jagalah budak itu baik-baik. Jangan sampai perkara hari itu terjadi lagi,"
"Baiklah,"
"Kau tahu kan, bila tiba sampai waktunya?"
"Tahu penghulu, aku akan menjalankan tugas seperti apa yang disuruh,"
"Bagus,"


 Aku rasa macam mimpi balik semula. Aku dapat tengok Nazmi dari jauh ataupun dekat. Sebabnya, dia langsung tak nampak aku. Hahaha. Tapi, Nami...walau apapun terjadi, aku sentiasa ingat kau sampai bila-bila. Aku harap, ingatan kau takkan terpadam seratus peratus. 
 Elfira memandang ke arah Nazmi yang segak itu berjalan menuju ke keretanya. Elfira memegang cincin Nazmi di jarinya itu. Nazmi pula terhenti berjalan. Dia seakan-akan terasa ada orang yang sedang memerhatikannya. Berkata pada hatinya,
"Aku harap, Elfira bahagia di sana. Aku harap, kau ingat aku walaupun jauh. Dan aku harap, kau simpa cincin yang aku campak hari tu," Nazmi tersenyum tetapi mukanya mula bersedih. Dia terus menaiki kereta dan bertolak dari sekolah. Elfira mula menitiskan airmata dan mula beredar dari situ.


hah...tamatlah sudah episod akhir nie...harap2 korang terhibur ye...moralnyer, kite harus bersyukur dengan ape shj nikmat yg diberi, n apepepown terjadi, sumenyer ade hikmahnyer...


ok lar...jgn lupe saksikan episod terbaru bulan April esok...bubye......:)

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !