Blogger Widgets

Greeting!

Sunday, March 27, 2011

Lagenda: Serigala Jadian

Assalamualaikum.... hai hai....pejam celik pejam celik...dh nk akhir bulan 3 lak yer... x lame lg bulan 4....so...camaner nie...nmpk x ape yg ak nmpk...hahahah...mesti x nmpk kan....ak nmpak yg x lame lg ak ade satu hari yg amat membodohkn kite...hmm.....hari ape lar 2....x pe lar...hari nie..ak nk bincang psl satu cerita mungkin dongeng..ataupun tidak...iaitu Serigala Jadian.....hmmm sape penah dgr......hahahah..oklar kite mulekan research kite dr skrunk!


 Henry [nama tidak dapat dikenalpasti] seorang penduduk sebuah kampung di Eropah. Kisahnya bermula ketika serangan serigala yang banyak menerkam kampung tersebut. Ia seperti dirasuk oleh semangat kejahatan kerana serigala-serigala tersebut menerkam dan memakan setiap orang di kampung tanpa belas kasihan. Sehinggalah Henry diserang dan digigit oleh serigala tersebut. Semasa situasi Henry yang berdarah dan kesakitan, dia sempat menyelamatkan dirinya lari ke hutan.



 Henry seorang yang tekun dan rajin bekerja lebih-lebih lagi sebagai seorang pemburu dan tukang kebun. Ini memudahkannya meneroka hutan tersebut dan mengelakkan dirinya daripada tersesat. Selama beberapa jam Henry di situ, dia terjumpa sebuah kampung yang aman dan indah di mata pandangannya. Henry meminta pertolongan atas dasar kecederaannya. 


 Henry terselamat dan dirawat oleh ketua kampung di situ. Henry gembira menetap di situ sehinggalah dia sihat. Dia bekerja untuk mencari makan sementara membalas budi ketua kampung itu atas rawatan yang diberi. Penduduk kampung mula berasa selesa dan ramai gadis-gadis muda memendam hati pada Henry. Selama sebulan dia duduk di tempat baharunya, dia mula rasa gelisah dan sering mendapat mimpi yang aneh seperti digigit serigala, dibunuh manusia dan upacara kematiannya. Dia tidak tahu apa yang terjadi selepas itu.


 Pada suatu malam, dia duduk di meja tulisnya sambil merenung ke arah langit malam yang sepi. Sambil dia menulis, dia terselak lengan bajunya dan terlihat kesan gigitan serigala tempoh hari. Dia pelik kerana kesan gigitan itu hilang sedikit demi sedikit apabila dia merenungnya. Henry mula memandang ke langit dan melihat awan yang menyelubungi lapisan-lapisan atmosfera. Dia mula rasa tak tenang. Awan menunjukkan di sebaliknya iaitu bulan yang sedang mengambang. Henry mula berpeluh-peluh dan terus bertukar menjadi serigala. Malam itu, dia telah membunuh seorang wanita yang duduk di tepi sebatang sungai. Dia menghisap darah wanita tersebut sehingga mati.


 Kampung itupun mula tersebar kisah serigala jadian yang menyerang kampung tersebut. Mereka percaya bahawa serigala jadian itu bukannya orang luar. Tetapi orang yang berada di dalam kampung ini kerana kampung itu tersorok dari mata pandangan bandar. Mereka mula sangsi terhadap Henry namun segelintirnya tidak. Henry mula dicemuh oleh orang kampung. Suatu hari, ketika malam bulan mengambang, Henry dalam rupa serigala jadian hampir membunuh seorang gadis remaja di halaman rumahnya tetapi tidak dapat kerana gadis tersebut memakai barangan kemas berunsur perak. Henry berlari ke hutan. Atas keberanian gadis tersebut, dia mengikutinya dan mendapati Henry adalah serigala jadian itu. 


 Gadis itu memaklumkan kepada ketua kampung lalu menangkap Henry. Mereka mengikat Henry di suatu tempat bersaksikan bulan untuk mendapatkan kebenaran. Apabila bulan mengambang, Henry mula bertukar menjadi serigala jadian dan mula menyerang  tetapi tidak dapat menyerang wanita-wanita yang berada di situ kerana mereka semua memakai perak. Akhirnya Henry berlari dan mula meninggalkan kampung itu. Sejak dari hari itu, dia lenyap tanpa khabar berita.


hai...begitulah ceriternyer.....tapi...kenape serigala jadian takutkan perak huh??? hemm...ape2lah..yg penting korng fhm citer yg diberi ni yer...


citer ni juge telah dilakon semule x silap ak tahun 2010 yg lalu...tajoknye Wolf Man..... tp ak x penah tgk lar citernyer....nmpk cam best.. jom kite tgk trailernyer....
oklar.....kite jumpe lg pade hari yg akn dtg...bubye....:)

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !