Blogger Widgets

Greeting!

Saturday, March 12, 2011

Lagenda: Anak Mati Beragan

Assalamualaikum......wawawah...dh lame x update blog..hahahha..mestilar...ngah perikse....lgpown ade demam sikit...ok x per lar......hari nie ak nk citerkn psl satu kisah yg mungkin misteri bg korang semue....ok ok ok.....tajoknyer Anak Mati Beragan ....... kite mulekn research kite dr skrang!!!!!

Gigi Gajah Mati Beragan
 Anak Mati Beragan fasal 1 mengenai manusia yang di sumpah. Fasal 2, seperti binatang kongkang yang mati beragan di pokok. Fasal 3 iaitu seorang kanak-kanak. Cerita ini lebih diketengahkan melalui fasal 3 iaitu kanak-kanak kerana kisah ini lebih difahami melalui fasal 3. Kisahnya bermula seorang gadis kecil bernama Comel.
Dia hidup bersama keluarga tercintanya. Ibubapanya sangat menyayanginya. Abangnya, Kamal sering membawanya bersiar-siar di taman. Comel juga dimanjai oleh kakaknya sendiri. Kehidupannya mula gembirasejak dia dilahirkan ke dunia.

Kulit Tenggiling Mati Beragan
 Pada suatu hari, ibubapanya serta abang dan kakaknya pergi keluar membeli belah. Comel enggan untuk ikut bersama kerana dia leka bermain dengan anak patungnya. Sejurus selepas itu, Comel mendapat berita khabar yang kurang dipercayai olehnya. Keluarganya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di situ juga. Comel mula menangis tanpa henti. Bermulalah kisah ngeri dalam hidup Comel.

Misai Harimau Mati Beragan
 Comel tidak makan dan minum. Ketua Kampung banyak bersedekah pada Comel. Namun, akibat Comel tidak bergaul dengan orang ramai, Comel menyepi diri. Comel terseksa kerana orang ramai membaling batu kepadanya terutama kanak-kanak kerana rambutnya yang kusut-masai, bajunya yang compang-camping dan baunya yang busuk. Comel tiap kali menangis bersendirian di rumah. Sehinggalah suatu hari, Comel ditemui mati kebuluran di dalam rumah. Comel mati kerana kerinduannya terhadap ibubapanya dan juga kakak abangnya yang sudah meninggal dunia. Comel juga mati dalam keadaan yang terseksa akibat dipulau orang kampung.

Anak Mati Beragan
 Matinya secara beragan, hidupnya mati tak segan. Roh Comel berkeliaran mencari teman. Akibat jasadnya tidak dikapan, Comel dalam rupa yang ngeri mencari-cari seorang kawan yang boleh menemani hidupnya yang sepi.

macamtulah citernye Anak Mati Beragan nie.....korunk rase...camaner???? korang rase,,, Comel 2 berkeliaran lg tak????? mesti lar....mesti ade...cume....kite,, kite jer yg belum menemui sempadan makhluk yg tercipte dr angin, api dan air.....sempadan dunia mmg wujud...percayelah....inilah yg kite alami selama ini.....ok lar....berakhir sudah citer Anak Mati Beragan nie...jd fikir2knlah yer...bubye... :)

No comments:

Post a Comment

Hammy Hamster !