![]() |
dah macam juon dah aku tengok.... |
MIMPI PERTAMA_
TEMPAT: Room Z016
WAKTU: 2400
Mak kata aku dilahirkan hitam kerana aku ini anak yang akan membanggakannya. Hitam aku bukan selegam arang, tetapi setinja debu. Aku takut bila ayah balik. Ayah selalu suruh aku membuat kerja seperti membasuh bajunya yang dua tiga helai itu, membuat airnya yang setawar manis itu, dan mengurut bahunya yang berbau-bau itu. Jikalau aku tidak membuat semua itu, aku akan dipukul dengan besi. Jikalau aku lakukan tetapi salah sedikit, pun juga aku dipukul dengan besi. Aku takut. Aku takut. Aku takut. Tolonglah aku di sini wahai abang. Abangku, bangunlah dari kubur dan ambillah aku di rumah. Aku takut. Hess...hess...aku terus menangis. Herss...hess.
MIMPI KEDUA_
TEMPAT: Room L500
WAKTU: 2500

MIMPI KETIGA_
TEMPAT: Room L560
WAKTU: 26006
Dika membawa kertas periksanya ke tandas. Dia menjawab dengan penuh teliti di sana. Dika tidak kisah dengan keadaan yang busuk di situ. Soalan yang dijawab itu senang sekali. Dika membaca satu persatu
Kertas soalan untuk kau tahu...[2UNO]
Syarat-syarat:-
- Jangan menipu
- Jangan menendang
- Jangan meludah
- Jangan mencarut
- Jangan menyeksa diri anda
- Patuhi keenam-enam syarat ini
1) Apakah nama kucing anda? WARNING_ [kalau tiada kucing, markah anda kosong]
2) Bagaimanakah Suraya menyepak batu tersebut? HINT_ [sila rakam aksi di pita rakaman yang disediakan]
3) Tunjukkan cara apabila anda membuang kahak. HINT_ [ sila rakam aksi di pita rakaman yang disediakan]
4) Adika Syafeeq seorang yang menjual diri. WARNING_ [kalau anda mencarut, markah akan ditolak]
5) Sila tulis jawapan anda dengan pen yang berwarna merah+hijau+ungu+biru.
6) Tulis semula jawapan anda mengikuti kelima-lima soalan yang diberi di atas pada ruangan yang disediakan.
MIMPI KEEMPAT_
TEMPAT: Room Hangat fm
WAKTU: 0530

MIMPI KELIMA_
TEMPAT: Room Z56fm
WAKTU: 3.00am
Argh...! Satu jeritan yang sangat kuat. Dika terbangun dari tidurnya dan terpinga-pinga. Dika pelik kerana malam ini dia bermimpi perkara yang banyak dan laju. Mengapa begitu? Setelah___ ____...___..........._____.... ........ ...__________ dibunuh.... _____ .... _____ hei!.....
MIMPI KEENAM_
TEMPAT: Dimana Dimana
WAKTU: Infiniti
Ditikam, dicincang, ditoreh dan diburai. Itulah satu 'trademark' yang tertaip di muka depan suratkhabar hari ini. Mangsa dijumpai di Bilik 505 di sebuah rumah penginapan berdekatan dengan tempat pembelajaran mangsa. Mangsa berumur 17 tahun menimpa nasib malangnya semasa pukul 6.00 pagi. Mangsa ditemui oleh pengawal dan pihak pengurusan rumah penginapan tersebut. Mangsa juga telah dikebumikan pada lewat jam 1.00 petang selepas zohor.
MIMPI TAMAT_
TEMPAT: Bilik 505
WAKTU: 4.00am
Mendesik-desik dari bilik sebelah. Apakah itu? Itulah bunyi seorang budak perempuan yang menghampiri Bilik 505. Adika Syafeeq, 17 tahun, kini tersedar dari tidurnya. Dia pelik kerana malam ini dia bermimpi perkara yang banyak dan laju. Apakah yang dihadapi oleh Dika? Dika mengeluarkan laptop nya dan terus menaip menggunakan Microsoft Word tentang mimpi-mimpinya itu. Setelah selesai menaip, dia menghayati kesemua mimip-mimpinya. Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Dia mengumpulkan tema-tema mimpinya itu dengan teliti.
- Mimpi Pertama - Dera
- Mimpi Kedua - Duit
- Mimpi Ketiga - Pelik
- Mimpi Keempat - Radio
- Mimpi Kelima - Mimpi
- Mimpi Keenam - Berita
Dika menjalani otaknya untuk menyelidik. Adakah ini satu petanda? Adakah ini sengaja? Dika tiba-toba terkejut. Dika tersentak dengan laju. Mimpinya cuba memberitahunya untuk beredar dari Bilik 505 ini kerana ada puaka yang menantinya. "Dera" bermaksud kejadian bagaimana hantu itu mati. "Duit" bermaksud punca hantu itu mati. "Pelik" beerti sahsiah ayahnya yang berperangai sedemikian rupa penyebab hantu itu mati. "Radio" bermaksud alat yang digunakan untuk hantu itu mati. "Mimpi" bermakna mimpi Dika adalah suatu suruhan untuk pergi dari biliknya itu. Dan "Berita" berdefinisi akan ada berita kalau dia tidak beransur pergi dari biliknya.
Kereta laju |
Dika terus mengemas bajunya dan terus pergi dari biliknya pagi itu juga. Dika menggigil-gigil membawa keretanya masa itu. Keesokan harinya, dia pergi menceritakan tentang ibunya. Ibunya ketawa dan mentafsirkan yang itu hanya ceritanya sahaja. Adika mula takut dan gelisah. Akhirnya, dia telah membuat keputusan yang agak kurang pandai iaitu pergi berjumpa dengan bomoh. Adika menceritakan kisah-kisah itu kepada bomoh tersebut. Bomoh itu bercadang untuk memberi tangkal kepada Dika. Namun, Dika mengakhiri ceritanya dengan "semua itu Pak Dukun, saya mimpi kat rumah penginapan itu". Bomoh itu berdiri lalu membaling tangkal tersebut ke arah Dika. Dengan muka yang bengis, bomoh itu memarahi Dika kerana tidak memberitahu yang kisah itu semua adalah mimpi.
![]() |
Dika berjumpa bomoh |
Bomoh itu kembali tenang dan memberitahu Dika yang itu hanyalah ilusi semata-mata. Itu adalah mainan syaitan. Dika terpinga-pinga lalu berkata pada bomoh itu, mengapa dia bermimpi budak itu dan dibunuh? Bomoh itu mula bercakap tentang asal-usul budak itu. Budak itu sebenarnya hendak memberi isyarat bahawa ada seseorang yang akan mengkhianati Dika. "Bunuh" bermaksud khianat jika kita bermimpi akannya. Terserahlah jika kita mimpi bagaimana. Mimpi yang lain-lain itu adalah hanya imaginasinya sahaja. Tiada kena-mengena dalam kehidupan Dika. Hei! dalam hati Dika berkata. Dia mula ketawa akan dirinya yang membuat perkara agak kurang pandai semasa pagi itu di rumah penginapan itu. Dika, pulang ke rumah dan menjalani kehidupannya seperti biasa setelah menangguh percutiannya di rumah penginapan tersebut. Kadang-kala, dia ketawa kecil apabila mengingati perkara itu.
begitulah ceritenyer.....jadi....moral dlm citer nie...jgn kite terlampau taksub akn mimpi....ya,, ya,,ya,,, walaupun mimpi itu sesuatu yg misteri, namun,, mimpi juga boleh memberitahu kite akn sesuatu perkara yg berlaku pd kite nnti...jd..ak sarankn,, korunk jgnlah lupe basuh kaki sebelum tidur...kalaw x.., dptlah mimpi mcm si Dika nie...hhahahahhahaahhaha k lar..bubye....
No comments:
Post a Comment